facebook

Rabu, 19 Februari 2014

FLOOR TRAP TERSUMBAT DI BANDAR SERI PUTRA,BANGI, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh Puan Noraini yang tinggal di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor tempohari. Permasalahan yang dihadapi oleh beliau adalah floor trap di bilik air tersumbat. Air sentiasa bertakung dilantai tandas dan akan mengalir dengan perlahan ke floor trap. Beliau memberitahu saya terdapat cawan plastik yang telah termasuk ke dalam saluran  floor trap tersebut.

Ini adalah lantai tandas yang sentiasa bertakung dengan air.

Ini adalah proses mencari cawan plastik yang dikatakan oleh Puan Noraini. Proses mencari cawan plastik ini dilakukan dengan memasukkan tangan ke saluran floor trap tersebut. Namun cawan plastik masih tidak ditemui.

Tangan terpaksa disarungkan dengan plastik sehingga ke lengan kerana cawan plastik telah masuk ke bahagian bawah saluran floor trap.

Setelah beberapa kali dicuba barulah ditemui cawan plastik tersebut. Bukan hanya satu tetapi terdapat 2 cawan plastik yang telah termasuk ke saluran floor trap tersebut.

Inilah 2 cawan plastik tadi.

Air di lantai tandas telah mengalir dengan lancarnya ke saluran floor trap.

NOTA:
Penutup floor trap hendaklah sentiasa ditutup agar tiada benda-benda yang keras seperti plastik, batu, kaca dan sebagainya boleh masuk ke saluran floor trap. Bahan-bahan tadi boleh menyebabkan floor trap tersumbat dan air tidak dapat mengalir  dengan lancar.


NO. TEL : 012-6379460
EMAIL : normserin@gmail.com




Ahad, 16 Februari 2014

TUKAR TAP SINKI DI SAUJANA KAJANG

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Saujana Kajang, Kajang, Selangor untuk menukar tap sinki yang telah patah dirumahnya. Tap sinki yang patah dibahagian bawahnya telah menyebabkan ia tidak stabil dan akan terpusing dengan sendirinya apabila tap dibuka. 

Ini adalah tap yang telah patah tadi dan ini adalah proses membuka tap tersebut.

Tap sinki yang telah dibuka dan dipasang yang baru.

Ini adalah tap sinki jenis 'double flexible' yang ringan dan mudah dikendalikan.



NO. TEL : 012-6379460
EMAIL: normserin@gmail.com




Rabu, 29 Januari 2014

PUNCA FLOOR TRAP TERSUMBAT DI CHERAS, KUALA LUMPUR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Cheras memberitahu tandas dirumahnya tersumbat. Air sering bertakung dengan banyaknya dilantai tandas selepas digunakan. Air juga akan mengalir dengan perlahan melalui floor trap ke mainhole. Terlebih dahulu saya akan mencari punca kenapa air bertakung dengan banyaknya dilantai tandas tersebut. Sila lihat dibawah ini punca air ditandas ini tidak mengalir dengan lancar. Sebelum ini saya telah pernah menyiarkan entri-entri mengenai floor trap tersumbat di sini, sini dan sini.

 Ini adalah sesalur air dari sinki dapur yang disambung terus ke floor trap didalam tandas.

 Floor trap yang telah dibuka. Kelihatan sesalur air yang kotor dan air bertakung disitu.

 Sesalur air yang kehitaman telah dibersihkan dan terdapat penutup floor trap didalam sesalur tersebut.

 Ini adalah proses mengeluarkan penutup floor trap. Setelah diambil dengan pengepit bukan hanya 1 sahaja penutup floor trap yang terdapat disitu tetapi 3 unit yang telah jatuh kedalam sesalur air tersebut. Ini adalah punca kenapa air sentiasa bertakung dilantai tandas.

 Sesalur air yang telah dibersihkan.

Ini adalah proses menguji sesalur air bagi mempastikan air akan mengalir dengan lancarnya ke mainhole.



No. Tel : 012-6379460



Isnin, 27 Januari 2014

GULLY TRAP TERSUMBAT DI KOTA WARISAN, SEPANG

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Kota Warisan, Sepang. Beliau memaklumkan kepada saya gully trap didapur rumahnya tersumbat. Air basuhan dari sinki tidak dapat mengalir dengan lancar ke mainhole. Saya telah memeriksa dan dapati saluran gully trap  dipenuhi dengan lelemak yang telah mengeras dan berwarna kehitaman.

Lelemak yang terdapat di gully trap. Ia kelihatan kehitaman.

Ini adalah proses mengepam keluar lelemak beku yang terdapat di sekeliling
gully trap.

Setelah beberapa kali dipam, barulah air mengalir dengan lancar ke mainhole.
Ini adalah proses membersih gully trap dengan menyiram air di salurannya.

Gully trap yang tidak lagi tersumbat dan air mengalir dengan lancar ke mainhole,

Gully trap yang telah bersih.



No. Tel : 012-6379460



Sabtu, 25 Januari 2014

TANDAS TERSUMBAT

Dibawah ini adalah gambar yang diambil sewaktu membaiki tandas yang tersumbat dirumah seorang pelanggan. Menurut pelanggan ini, air akan bertakung di mangkuk tandas setelah dipam/flush dan air akan mengalir dengan sangat perlahan.

Mangkuk tandas yang dipenuhi dengan air. Air tidak mengalir dengan lancarnya.

Setelah beberapa kali dipam barulah air dimangkuk tandas dapat mengalir keluar.



No. Tel : 012-6379460



Khamis, 23 Januari 2014

FLOOR TRAP TERSUMBAT DI KEMENSAH HEIGHT

Hari ini saya hanya akan tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu membaiki floor trap yang tersumbat. Pelanggan ini tinggal di Kemensah Height. Saluran floor trap yang masih berkeadaan baik tiada lelemak keras yang meyelaputinya. Namun air tidak dapat mengalir dengan lancar.

Keadaan floor trap yang tersumbat. Air sentiasa bertakung disitu.

Setelah dipam, hanya sedikit sahaja lelemak yang keluar.

Saluran floor trap yang telah dibersihkan. Air telah mengalir dengan lancar.

Floor trap yang telah dibersihkan.


No. Tel : 012-6379460




Selasa, 21 Januari 2014

MENGENALPASTI DAN MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR DI PUTRAJAYA

Saya telah dihubungi oleh Puan Syikin yang tinggal di Putrajaya dan memaklumkan bumbung rumahnya bocor. Air sentiasa menitis dan membasahi keseluruhan ruang tamu rumahnya walaupun tidak hujan. Saya mencari punca kenapa air boleh memasukki ruang tamu rumahnya. Setelah diperiksa, saya dapati terdapat beberapa perkara yang menjadi punca kenapa air boleh memasukki ruang tamu. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini.

Gambar bumbung atap genting yang diambil dari bahagian atas. Jika dilihat bumbung ini masih berkeadaan baik. Tiada atap genting yang pecah dan retak mahupun atap yang renggang.

Ini adalah bahagian dimana tangki air diletakkan. Terdapat pokok-pokok renek yang tumbuh disitu.

Lantai/slab ditangki air yang dipenuhi dengan daun-daun kering serta berkulat. Apabila dibuka floor trap, daun-daun kering telah memasukkinya dan menyebabkan saluran floor trap tersumbat. Ini telah menyebabkan air sentiasa bertakung dilantai/slab. Jika dilihat betul-betul, lantai/slab ini sentiasa basah.

Ini adalah proses membuka bumbung atap genting. Ia bagi mengenalpasti punca air sentiasa mengalir walaupun tidak hujan.

Setelah diperiksa, didapati beberapa bahagian penyambungan paip dari tangki air ke rumah berkarat dan bocor.

Saluran paip yang berkarat dan bocor telah diganti dengan yang baru manakala lantai/slab yang dipenuhi dengan daun-daun kering dan pokok-pokok renek telah dibersihkan.

Proses memasang penyambung T jenis pvc.  Floor trap yang tersumbat telah dibersihkan dan air yang disiram diatas lantai telah mengalir dengan lancar.



No. Tel : 012-6379460