facebook

Rabu, 19 Februari 2014

FLOOR TRAP TERSUMBAT DI BANDAR SERI PUTRA,BANGI, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh Puan Noraini yang tinggal di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor tempohari. Permasalahan yang dihadapi oleh beliau adalah floor trap di bilik air tersumbat. Air sentiasa bertakung dilantai tandas dan akan mengalir dengan perlahan ke floor trap. Beliau memberitahu saya terdapat cawan plastik yang telah termasuk ke dalam saluran  floor trap tersebut.

Ini adalah lantai tandas yang sentiasa bertakung dengan air.

Ini adalah proses mencari cawan plastik yang dikatakan oleh Puan Noraini. Proses mencari cawan plastik ini dilakukan dengan memasukkan tangan ke saluran floor trap tersebut. Namun cawan plastik masih tidak ditemui.

Tangan terpaksa disarungkan dengan plastik sehingga ke lengan kerana cawan plastik telah masuk ke bahagian bawah saluran floor trap.

Setelah beberapa kali dicuba barulah ditemui cawan plastik tersebut. Bukan hanya satu tetapi terdapat 2 cawan plastik yang telah termasuk ke saluran floor trap tersebut.

Inilah 2 cawan plastik tadi.

Air di lantai tandas telah mengalir dengan lancarnya ke saluran floor trap.

NOTA:
Penutup floor trap hendaklah sentiasa ditutup agar tiada benda-benda yang keras seperti plastik, batu, kaca dan sebagainya boleh masuk ke saluran floor trap. Bahan-bahan tadi boleh menyebabkan floor trap tersumbat dan air tidak dapat mengalir  dengan lancar.


NO. TEL : 012-6379460
EMAIL : normserin@gmail.com




Tiada ulasan:

Catat Ulasan