facebook

Khamis, 27 Februari 2014

SINKI TERSUMBAT DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR

CikAnis dari Seri Kembangan, Selangor telah menghubungi saya dan meminta saya membaiki sinki dapur yang tersumbat. Air di sinki telah bertakung selama seminggu dan tidak mengalir keluar ke gully trap. Walaupun telah dipam beberapa kali air di sinki masih tidak mengalir keluar. Sila lihat punca permasalahannya dibawah ini.

Ini adalah sinki yang masih dipenuhi air.

Ini adalah proses membuka bottle trap dan membuang air yang bertakung disinki.
Saluran paip juga di bersihkan dengan memasukkan getah paip kedalamnya.

Gully trap yang dipenuhi lelemak beku. Ini adalah proses memecah 
lelemak beku dengan menggunakan rotan.

Air telah mula mengalir ke manhole.

Bottle trap yang telah dibersihkan dan dipasang semula.

Air mula mengalir dengan lancar dan tiada lagi bertakung disinki.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan