facebook

Selasa, 25 Februari 2014

LANTAI TANDAS BOCOR DI TAMAN MULIA, BANDAR TUN RAZAK, CHERAS (MENCARI DAN MENGENALPASTI PUNCANYA)

Seorang pelanggan yang tinggal di Taman Mulia, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur telah menghubungi saya tempohari. Permasalahan yang dihadapi oleh beliau ialah lantai tandas yang sering berair/bocor. Apabila dilihat dengan mata kasar lantai tandas ini seperti tiada kebocoran. Sila lihat proses membaiki kebocoran lantai dibawah ini.

Dua gambar ini menunjukkan kesan bocor yang berlaku. Ia dapat 
dilihat ditingkat bawah. (Rumah ini adalah rumah teres 2 tingkat).

Apabila dilihat dengan mata kasar tandas ini seperti elok sahaja.

Untuk mengetahui punca kenapa terdapat kesan bocor ditingkat bawah,
maka tandas ini terpaksa dipecahkan sedikit. Tujuannya, untuk mencari dimanakah
punca lelehan air berlaku. Ini adalah proses memecah sebahagian jubin lantai
dan dinding tandas.

Sebahagian jubin didinding dan lantai yang telah dipecah.

Gambar yang ditunjukkan diatas (yang ditanda berwarna hitam) adalah puncanya.
Air telah meresap melalui besi BRC yang terlalu hampir dengan simen render.

Ini adalah water proofing jenama SIKA. Bahan ini akan disapukan keatas besi BRC.
Tujuan ia disapukan adalah untuk menutup besi BRC dari terkena terus ke lantai simen render.
Ini adalah proses membancuh water proofing.

Setelah itu, keseluruhan lantai dan dinding tandas disapu dengan water proofing.
Ini bagi mempastikan air yang meresap/bocor tidak berulang lagi.

Ini adalah proses pengeringan. Ia akan dibiarkan kering sepenuhnya terlebih dahulu
barulah proses seterusnya dilakukan.

Lantai dan dinding yang telah disapu dengan water proofing telah kering sepenuhnya.
Ini adalah proses pemasangan jubin lantai dan dinding.

Gambar kiri menunjukkan jubin dinding telah siap dipasang dan lantai telah 
disimen sebelum jubin dipasang. Gambar sebelah kanan menunjukkan jubin
lantai yang telah siap dipasang dan ini adalah proses membersih lantai.

Jubin dinding dan lantai yang telah siap dipasang sepenuhnya. Untuk makluman,
saya terpaksa menggunakan jubin lantai yang berwarna biru lembut kerana jubin yang
berwarna sedia ada tiada lagi dipasaran. 


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




1 ulasan:

  1. salam...tuan berapa cost nk repair ...rumah saya alami maslah yg sama cam rumah ini...

    BalasPadam