Hari ini saya akan tunjukkan gambar-gambar menukar tap baru. Saya telah dihubungi Puan Nonee yang tinggal di Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor bagi membaiki dan mengganti tap lama yang telah rosak. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini.
GAMBAR 1
Gambar ini menunjukkan tap lama yang telah rosak. Masalah kerosakannya ialah, ia akan terpusing ke kiri dan kanan (bergoyang-goyang) apabila di pulas pemusingnya dan pemusing sebelahnya juga telah tertanggal. Puan Nonee juga meminta saya menukar saluran air PVC itu kepada tembaga.
GAMBAR 2
Gambar ini pula menunjukkan saluran air telah diganti dengan tembaga dan tapnya pula telah diganti baru.
GAMBAR 3
Gambar 3 - ini adalah gambar yang telah diambil sewaktu saya menukarkan tap baru dirumah Puan Nora yang tinggal di Taman Kosas, Ampang, Selangor tempohari. Beliau juga menghadapi masalah yang sama iaitu tap air yang telah patah/rosak. Beliau meminta saya menukarnya kepada yang baharu.
GAMBAR 4
Gambar ini menunjukkan tap yang telah ditukar baharu. Setelah diuji airnya mengalir dengan lancar.
GAMBAR 5
Beginilah rupanya tap yang baharu itu.
|
NO. TEL : 012 - 6379460 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan