facebook

Selasa, 19 Februari 2013

KERJA-KERJA MEMBAIKI LANTAI TANDAS BOCOR

Hari ini saya tunjukkan kerja-kerja yang telah saya lakukan sewaktu membaiki lantai tandas yang bocor di rumah En. Murshidi, yang tinggal di Kondominium Angsana Hilir, Ampang, Selangor. Lantai tandas yang bocor ini telah menyebabkan air menitis kebawah.  Ia telah menjadi satu masalah kepada jiran di tingkat bawah kondominium beliau. Beliau telah menghubungi saya bagi melihat keadaan lantai tandas dirumahnya. (Sebelum ini saya pernah siarkan entri membaiki lantai tandas dirumah Puan Huda di sini).
Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambarnya.


GAMBAR 1

Beginilah gambar yang saya ambil dirumah jiran beliau akibat air tandas yang menitis kerumahnya. Terdapat beberapa tempat yang mengalami kebocoran itu. Jiran En. Murshidi terpaksa menadah air menggunakan baldi setiap kali En. Murshidi dan keluarganya menggunakan tandas tersebut.



GAMBAR 2

Setelah saya  periksa, terdapat beberapa bahagian lantai tandas yang bocor. Saya memaklumkan kepada beliau cara penyelesaian jangka panjang ialah dengan menyapu semula 2 lapisan water proofing. Apabila water proofing hendak disapu,  jubin lantai serta tandas duduk perlu dibuka. Setelah itu ia akan dibiarkan  kering sepenuhnya sebelum jubin lantai dipasang semula.


GAMBAR 3

Setelah lantai yang disapu dengan water proofing itu kering sepenuhnya, barulah jubin lantai dipasang semula. Gambar-gambar ini menunjukkan jubin baru yang telah dipasang dan dalam proses pengeringan.



GAMBAR 4

Apabila  jubin lantai siap dipasang, tandas duduk beserta fittingnya  dipasang semula. Beginilah hasil daripada kerja-kerja membaikpulih lantai tandas yang telah dilakukan.


NOTA
Ada pelbagai cara bagi membaiki lantai tandas yang bocor ini. Sesetengah orang  menggunakan silikon . Ia hanya perlu disapu ke bahagian lantai yang bocor itu. Silikon berfungsi seperti gam. Silikon yang telah disapu tadi akan mengembang apabila terkena air. Ini akan menyebabkan kebocoran berlaku semula.   Walaupun kosnya lebih murah namun ketahanannya tidak akan kekal lama.



No.Tel : 012-6379460





1 ulasan: