facebook

Sabtu, 29 Disember 2012

WATER FILTER (PENAPIS AIR BERTINGKAT)


Ini adalah water filter yang saya reka dan buat bagi kegunaan harian di rumah En. Ainuddin yang tinggal di Taman Melawati. En. Ainuddin adalah seorang yang sangat mementingkan soal kebersihan air, samada untuk minum mahupun bagi kegunaan membasuh pinggan mangkuk, pakaian dan sebagainya. Beliau telah meminta saya mereka filter air yang boleh digunakan selama sebulan atau lebih mengikut keadaan kekotoran pada filter tersebut.  Saya pernah siarkan entri penapis air bertingkat disini.


Water filter yang saya reka secara bertingkat ini bagi menjimatkan ruang. Ia terletak dibahagian dalam kawasan pagar rumah. Tujuan saya menggunakan 6 unit water filter ini bagi memudahkan En. Ainuddin   menyelenggara water filter tersebut. Kelihatan water filter yang telah lama digunakan menjadi kehitaman. Tidak seperti water filter yang ada dipasaran sekarang, kebanyakkannya direka dengan katrij filter di bahagian dalam. Disebabkan rekabentuk sebegini, kita tidak dapat melihat tahap kekotoran pada water filter tersebut.


Water filter yang kotor telah dibuka  untuk diselenggara. Saya menggunakan polypropylene katrij. Ia murah,  boleh dicuci dan diguna semula. Namun En. Ainuddin mahu saya menggantikannya dengan yang baru.


Setelah dibersihkan filter air itu, dipasang semula.


Water filter yang telah diselenggara dan diganti baru setiap unit. Water filter yang terletak disatu sudut tembok pagar kelihatan kemas dan tersusun. Ia tidak terlalu besar sepertimana water filter yang ada dipasaran sekarang.

NOTA
  • Water filter ini amat menjimatkan ruang.
  • Menggunakan tembaga/copper sebagai saluran air. Tembaga/copper adalah sejenis besi yang tahan karat dan tidak mudah rosak.             . 
  • Setiap satu unit water filter dipasang stock cork/gate valve (injap) yang berfungsi untuk mengawal tahap tekanan dan aliran air yang keluar/masuk dengan menarik/menolak pembukanya.
  • Menggunakan POLYPROPYLENE KATRIJ. Ia adalah katrij yang sangat murah dan mudah didapati . Penggunaan katrij ini dapat menyingkir pasir, kelodak, kekotoran dan karat. Ia juga dapat menghalang proses kimia atau biologi daripada berlaku.Sesuai digunakan samada dikawasan kediaman, akuarium atau  kolam renang. Ia boleh dicuci dan diguna semula.
  • Reka bentuk ini boleh disesuaikan dengan keadaan kediaman masing-masing. Unit water filter ini juga boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut keperluan anda. 

No. tel : 012 - 6379460





Tiada ulasan:

Catat Ulasan