facebook

Sabtu, 22 Disember 2012

TUKAR BOLA TANGKI YANG ROSAK


En. Faisal telah pergi bercuti selama 2 minggu keluar negara. Apabila pulang beliau terkejut  melihat ruang tamunya yang basah sehingga ke dapur. Dibahagian dindingnya  pula masih terdapat  air yang mengalir. Beliau telah menghubungi saya dan meminta saya mencari punca aliran air itu serta membaiki semula beberapa bahagian rumahnya yang telah rosak. Untuk makluman En. Faisal tinggal di SS 2/77 Petaling Jaya.
Hari ini saya akan tunjukkan bola tangki yang telah rosak.

.
GAMBAR 1

Gambar ini menunjukkan bola tangki air yang seperti berfungsi dengan biasa/baik. Namun ia tidak dapat mengawal kemasukkan air kedalam tangki. Walaupun air ditangki telah penuh ia masih mengeluarkan air sehingga ia melimpah keluar dari tangki. Ini adalah satu pembaziran dan akan menyebabkan air itu mengalir masuk kedalam rumah.

GAMBAR 2

Gambar ini pula menunjukkan satu set bola tangki telah ditukar. Tiada lagi air yang menitis dan melimpah keluar dari tangki air.

GAMBAR 3

Gambar ini menunjukkan tiada lagi air yang menitis keluar.

NOTA
Sering kali terjadi air mengalir/menitis kedalam rumah dan kita menyangka ia berpunca dari bumbung yang bocor. Kita perlu memeriksa dengan teliti adakalanya ia berpunca dari bola tangki yang telah rosak di  tangki  tempat penyimpanan air mungkin menjadi puncanya.

No. tel: 012 -6379460




Tiada ulasan:

Catat Ulasan