facebook

Jumaat, 28 Februari 2014

PAIP AIR TERSUMBAT DI BANDAR ENSTEK, NILAI, NEGERI SEMBILAN

Seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan telah menghubungi saya tempohari bagi mencari dan mengenalpasti apakah puncanya air di bilik mandi mengalir dengan perlahan. Tap airnya juga tidak boleh ditutup dengan rapat. Air sentiasa meleleh keluar. Tuan rumah terkejut apabila saya membuka tap air dan mendapati saluran tap air dipenuhi dengan sarang semut. Sila lihat perinciannya dibawah ini.

Air yang sentiasa meleleh dari tap. Walaupun telah ditutup
dengan rapat namun ia masih meleleh.

Apabila tap air dibuka, air mengalir dengan kuat. Ini bermakna
tekanan air dikawasan ini adalah tinggi.

Setelah dibiarkan air mengalir dalam 10 minit, barulah dapat
dilihat banyak semut yang keluar dari saluran tersebut. Ini bermakna
semut-semut itu telah membuat sarangnya disaluran air.

Setelah pasti tiada lagi sarang semut di saluran air, barulah
tap air dipasang semula.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan