facebook

Khamis, 13 Disember 2012

TANGKI AIR BOCOR DAN DITUKAR BARU

Kolonel (B) Bob adalah rakan lama saya yang tinggal di Taman Zooview, Kuala Lumpur. Beliau telah tinggal disitu sejak 25 tahun lalu. Minggu lepas beliau menghubungi saya mengenai air yang sering menitik dari siling rumahnya.  Oleh itu beliau telah  meminta saya  menyiasat apakah punca air itu menitik. Saya dapati tangki air dirumahnya bocor. SILA LIHAT PERINCIANNYA DIBAWAH.

GAMBAR 1

GAMBAR 1 -  ini adalah tangki air dan penutupnya.

GAMBAR 2

GAMBAR 2 - ini adalah proses pertama sewaktu hendak memasang tangki air. Pada peringkat awalnya atap perlu dibuka dan kayu-kayu  kekuda   perlu dipotong bagi memudahkan proses mengeluar dan memasukkan tangki air.

GAMBAR 3

GAMBAR 3 - ini adalah tangki air lama yang telah bocor. Pada peringkat ini, tangki yang lama akan dikeluarkan secara perlahan-lahan kerana masih terdapat air didalamnya.

GAMBAR 4

GAMBAR 4 - ini adalah gambar tangki air yang bocor (berwarna putih). Kebocorannya sangat besar dan terdapat dibeberapa tempat. Gambar ini juga menunjukkan proses mencuci tangki air dilakukan.

GAMBAR 5

GAMBAR 5 - setelah tangki air yang lama dikeluarkan, tangki air yang baru  dimasukkan semula di tempatnya. Setelah itu,  proses memasang bola tangki dan saluran-saluran  paip (fitting) dilakukan. Pemeriksaan yang teliti dilakukan bagi memastikan tiada kebocoran berlaku dan pemasangan bola tangki mestilah dilakukan dengan betul barulah kekuda kayu dipasang semula. Pada peringkat akhir, atap-atap yang dibuka tadi dipasang dengan susunan yang betul.

NOTA
Tangki air ada pelbagai jenis saiz, bentuk  dan kapasitinya. Ia adalah mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing. Sering kali saya diajukan pertanyaan kenapa kos menukar tangki air agak tinggi.  Ia adalah kerana proses melaksanakannya adalah rumit dan berisiko. Dan ia juga bergantung kepada faktor cuaca.
No. tel : 012 - 6379460




Tiada ulasan:

Catat Ulasan