facebook

Khamis, 23 Mac 2017

MENCUCI TANGKI DI TAMAN JATI, NILAI, NEGERI SEMBILAN

Saya telah dihubungi oleh seorang pelangan yang mahu saya mencuci tangki air dirumah beliau. Beliau tinggal di Taman Jati, Nilai, Negeri Sembilan. Apa yang akan saya tunjukkan dibawah ini mungkin akan menjijikkan namun saya memohon para pelanggan mengambil ikhtibar dari paparan ini.  Sila lihat keterangannya dibawah ini.

Rumah pelangan ini adalah jenis teres 2 tingkat. Tangki air ini berada dibawah
bumbung ditingkat atas. 

Apabila dibuka penutup tangki didapati bangkai kucing didalamnya. Bangkai
kucing itu telah lama berada didalam tangki tersebut.

Bangkai kucing yang telah reput mengeluarkan bau-bauan yang amat busuk.

Ini adalah proses mengeluarkan bangkai kucing sebelum proses mencuci
tangki dilakukan.

Bangkai kucing yang telah dibawa keluar.

Ini adalah proses mengeluarkan sisa-sisa bangkai kucing yang tertinggal
seperti tulang-tulang, tengkorak dan juga bulu-bulu kucing.

Setelah air dibuang, terdapat bulu-bulu kucing yang melekat di dinding tangki.

Sewaktu hendak membuang air tangki terdapat tengkorak kucing didasar tangki tersebut.

Ini adalah proses mencuci tangki. Proses mencuci tangki ini dilakukan sebanyak
2 kali iaitu mencuci dengan sabun dan bilas, kemudian mencuci dengan sejenis
bahan pencuci yang dapat menghapus bau-bauan  dan dibilas bersih.

Ini adalah proses pertama yang dilakukan iaitu membasuh bersih tangki itu
dengan sabun. Setiap bahagian tangki ini dicuci dengan teliti.

Proses membilas  tangki  dengan air bersih.

Kemudian ia dilap dan dibiarkan kering. Ini bertujuan untuk memastikan setiap
inci tangki ini dibasuh dengan sempurna.

Ini adalah proses mencuci tangki kali kedua dengan bahan cucian nyah bau.
Sama seperti cucian yang pertama setiap bahagian tangki dicuci dengan bersih
supaya tiada lagi bau-bauan yang busuk.

Setelah dibilas ia dikeringkan sekali lagi sebelum air dimasukkan.

Ini adalah proses mengisi air ke dalam tangki.

Setelah siap dibersihkan tangki ini ditutup semula dengan penutupnya
agar tiada haiwan atau serangga dapat masuk ke dalam tangki.

Nota:
Saya menasihatkan para pelanggan agar sentiasa memastikan tangki air ditutup dengan rapat agar tiada serangga atau haiwan yang dapat masuk ke dalamnya kerana  kita akan menggunakan air tersebut sebagai mandian, mengambil wuduk dan sebagainya.


No. Tel/Whats App : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com


Selasa, 21 Februari 2017

MENUKAR ATAP GENTING KEPADA ATAP METAL DECK DI TAMAN UKAY BISTARI, AMPANG, SELANGOR

Seorang pelanggan yang tinggal di Taman Ukay Bistari, Ampang telah menghubungi saya bagi membaiki bumbung bocor. Setiap kali hujan, air akan mengalir masuk ke ruang dapur dan juga ke bahagian tepi dinding rumahnya. Beliau meminta pandangan saya bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Untuk makluman, rumah ini telah dibuat penambahan dibahagian dapurnya.

Saya telah membuat pemeriksaan dan mendapati bumbung dibahagian dapur ini landai. Apabila bumbung yang dipasang ini landai, air hujan  yang mengalir akan berpatah balik dan akan bertakung diantara atap genting. Untuk mengatasi masalah ini terdapat 2 cara. Cara pertama adalah dengan membuka semula atap genting dan  kayu kerangka dibetulkan kedudukkan dan ketinggiannya. Namun cara ini akan mengakibatkan kos yang lebih tinggi kerana kos membuka dan memasang semula atap genting ini adalah tinggi disamping penambahan pada kayu kerangka itu. Tempoh membuka dan memasang semula atap genting mungkin akan mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja (mengambil kira keadaan cuaca). Cara kedua pula adalah dengan membuka atap genting tersebut dan digantikan dengan atap metal deck. Cara ini dapat menjimatkan kos sebanyak 30%.

Pelanggan ini bersetuju untuk menggunakan cara kedua iaitu dengan memasang atap metal deck. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah proses membuka semula atap genting. Atap genting ini dibuka dan disusun
dengan baik agar ia tidak pecah sebelum ia dibawa turun.

Sebahagian dari atap genting yang telah dibuka.

Ini adalah proses membawa turun atap genting yang telah dibuka. Untuk membawa
turun atap genting ini saya menggunakan kren.

Setelah kesemua atap genting tadi dikeluarkan barulah atap metal deck di naikkan 
dan dipasang. Ini adalah proses memasang atap metal deck.

Apabila atap metal deck telah siap dipasang dan dipaku menggunakan paku yang
khas, sesalur air hujan pula dipasang.

Gambar ini menunjukkan atap metal deck yang telah siap dipasang. Pada bahagian
tepinya pula telah dipasang zink supaya air hujan tidak akan mengalir ke tepi dinding.

Atap metal deck yang telah siap dipasang.


No. Tel./Whats App: 012-6379460
Emel : normalplumbing@gmail.com


NOTA:
Saya mengesyorkan agar atap genting ini ditukar kepada atap metal deck kerana kos memasang atap metal deck lebih murah. Ia menjadi lebih murah kerana kayu kerangka tidak perlu dibuka atau ditambah. Pemasangan atap metal deck ini boleh terus diletakkan diatas kayu kerangka yang sedia ada. Saya menggunakan atap metal deck  jenis PU DECK yang mempunyai foam yang tahan haba panas dan menghalang dari berlakunya kondensasi. Ia juga tidak menyerap bunyi.

Ahad, 8 Januari 2017

PAIP BOMBA BOCOR DI RESIDENSI BISTARIA, TAMAN UKAY BISTARI, AMPANG, SELANGOR

Saya dihubungi oleh pengerusi JMC Residensi Bistaria yang memberitahu paip bomba di apartmen itu bocor. Beliau meminta saya melihat keadaan paip tersebut dan membaikinya.

 Begini keadaan paip bomba yang bocor itu.

Air yang melimpah dengan banyaknya.

Saya membuka paip bomba tersebut dan mendapati pelapik getah telah haus dan terdapat beberapa bahagian getah itu yang telah berlubang. Itu adalah punca kenapa air melimpah keluar dari paip tersebut.

 Saya telah menggantikan pelapik getah itu dan tiada lagi air yang melimpahkeluar.



No. Tel/Whats App : 012-6379460
Emel : normalplumbing@gmail.com



Selasa, 8 Mac 2016

MENUKAR TANGKI POLY DI KOTA WARISAN, SEPANG, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Kota warisan, Sepang, Selangor. Beliau meminta saya menukar 1 unit tangki poly yang baharu. Tangki poly yang lama telah bocor. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah tangki poly yang terdapat diatas slab. Tangki ini telah lama tidak digunakan
oleh pelanggan ini kerana ia bocor.

Ini adalah proses membuka sistem perpaipannya.

Setelah sistem perpaipan dibuka tangki ini akan dibawa turun supaya
tangki poly yang baharu boleh dinaikkan dan ditempatkan disitu.

Tapak tangki air yang lama. Terdapat 3 unit konkrit disitu.

Ini adalah proses membawa turun tangki poly.

Bahagian yang berwarna putih itu adalah dimana ia bocor. Tanda putih itu
adalah sealant yang telah disapukan pada bahagian itu. Ia bertujuan untuk menutup
air dari mengalir keluar.

Tapak tangki tadi di lapikkan dengan kayu papan.

Tangki poly yang baharu telah dinaikkan dan diletakkan diatas kayu papan.
Ia juga dicuci terlebih dahulu bagi membuang segala habuk dan kekotoran.

Ini adalah proses memasang dan menguji ball valve. Apabila ia berfungsi dengan
baik, air akan dibiarkan penuh.

No. Tel / Whats App : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com

Soal & jawab:

1. Tangki poly dirumah saya bocor. Saya telah memanggil beberapa orang kontraktor untuk membaikinya tapi ia masih bocor lagi. Apakah sebab ia bocor kembali?

Saya sering menerima soalan seperti ini dari pelanggan. Pelanggan/pengguna harus faham kenapa tangki poly ini boleh bocor. Diantara penyebab tangki poly bocor adalah memang terdapat kebocoran kecil semasa proses pengeluarannya dari kilang. Sewaktu proses penghantaran, berkemungkin ia terjatuh ataupun tergesel dengan objek yang tajam. Tangki yang telah lama. Mengikut pada pengalaman saya, ada sesetengah jenis kebocoran yang boleh dibaiki. Pembaikiannya pula bukan boleh menggunakan gam, sealant dan sebagainya.

Pertama : Sekiranya bocor itu berlaku dibahagian tepi ataupun dipanggil dinding tangki ia  boleh dibaiki. Cara untuk membaiki semula kebocoran pada dinding tangki ini adalah dengan memasang 'tank connector'.

Kedua : Bocor pada bahagian lantai dan bucu tangki tidak boleh dibaiki. Pada bahagian yang telah saya nyatakan itu tidak boleh dibaiki adalah kerana apabila tangki poly diisi dengan air, ia akan mengembang. Apabila ia mengembang bahagian yang bocor tadi akan terenggang dan air boleh mengalir keluar. Itulah sebabnya ia tidak boleh dibaiki. Walaupun ada kontraktor lain yang menyapu gam dan sebagainya pada bahagian tersebut. Menyapu gam pada bahagian yang bocor itu adalah bersifat sementara dan kebocoran akan berlaku semula.

Ahad, 6 Mac 2016

MENUKAR WATER PUMP DI AMPANG TASEK, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Ampang Tasek, Selangor tempohari. Beliau meminta saya memeriksa water pump dirumahnya. Menurut beliau, water pump itu sering mengeluarkan bunyi yang bising setiap kali ia mengepam air. Setelah diperiksa saya dapati motornya yang berbunyi. Saya telah membuka motor tersebut dan didapati bearing telah rosak. Terdapat beberapa  komponennya telah tertanggal/hilang. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah water pump yang dibeli oleh pelanggan ini. Water pump ini
tiada berjenama dan dikeluarkan dari negara China.

Water pump yang rosak telah dibuka.

Pelanggan ini meminta saya memasang 1 unit water pump yang baharu.
Saya telah menggantikan dengan water pump jenama HITACHI.

Ini adalah proses pemasangan water pump dan penyambungan 
sistem perpaipan ke water pump.

Water pump jenama Hitachi yang telah siap dipasang.

No. Tel/Whats App : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com


Soal & Jawab:

1.  Kenapa water pump yang baru 2 tahun dibeli dan dipasang boleh rosak?

 Jangka hayat water pump tidak dapat dijangkakan. Adakalanya ia akan berfungsi dengan baik  walaupun lebih dari 5 tahun waranti/jaminannya. Mengikut pengalaman saya water pump yang tiada berjenama terutamanya produk dari Negara China sering kali mengalami masalah seperti ini.
            
2.  Mengapakah motor water pump sering mengeluarkan bunyi yang bising?

 Motor water pump akan mengeluarkan bunyi apabila salah satu dari komponen didalamnya    tertanggal atau hilang. Apabila ada komponennya yang tertanggal, ini akan mengakibatkan    motor itu bergeser dengan komponen yang lain. Oleh kerana itu water pump tidak dapat berfungsi  dengan lancar. Akibat daripada geseran itu boleh menyebabkan ia mengeluarkan asap dan berbau  hangit ataupun terhenti dengan sendirinya.

3.  Apakah kesan daripada kerosakkan motor water pump?

 Apabila motor water pump rosak secara otomatiknya ia tidak dapat berfungsi dengan baik. Ia tidak   lagi dapat mengepam air masuk ke dalam tangki kerana tiada tekanan darinya.

   

Selasa, 12 Januari 2016

MEMBAIKI SALURAN PAIP BOCOR DI DALAM DINDING DI PUTRAJAYA

Seorang pelanggan telah menghubungi saya tempohari. Beliau memberitahu terdapat kesan basah/tompokan air pada dinding dapur. Beliau mengesyakki saluran paip didinding itu bocor kerana beliau telah mengetuk paku pada dinding tersebut untuk memasang peralatan dapur disitu. Melihat daripada kesan tompokan air itu saya pasti ketukkan itu telah mengenai saluran paip. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Bahagian yang bertanda bulat itu dimana saluran paipnya bocor.

Setelah mengenalpasti tempat yang bocor itu,  jubin dinding akan dipotong
supaya saluran paip yang bocor tadi dapat dibaiki semula.

Setelah jubin dibuka, simen keras pada saluran paip akan dipecahkan.
Ini bagi membolehkan mengenalpasti bahagian mana yang bocor.

Bahagian bertanda hitam ini adalah dimana saluran paip itu bocor.

Saya telah membuka saluran paip yang berlubang itu dan digantikan
dengan  saluran paip pvc.

Setelah itu, ia akan ditutup semula. Ini adalah proses menyimen dinding
dan memasang semula jubin pada dinding dapur.

Jubin yang dipasang berlainan sedikit warnanya kerana sukar untuk
mencari jubin yang sama coraknya. Saya mendapat persetujuan dari pelanggan
ini agar jubin yang berwarna dipasang disitu.


No. Tel/Whats App: 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com

Soal & jawab

Melihat pada gambar ini, didapati saluran paip yang bocor itu berwarna biru. Kenapa tuan mengantikan/memasang saluran paip berwarna kelabu disitu? Apakah perbezaan diantara kedua-dua jenis paip ini?

Pemasangan saluran paip berwarna kelabu pada biru tidak menjadi satu permasalahan. Kita boleh menyambung saluran paip itu dengan syarat penggunaan gamnya menggunakan gam untuk saluran paip berwarna biru.

Perbezaan saluran paip biru & kelabu

Saluran paip biru - disebut saluran paip ABS
Saluran paip kelabu - disebut saluran paip PVC

Saluran paip ABS selalu digunakan oleh pemaju yang membina taman-taman perumahan. Paip jenis ini telah mendapat kelulusan dari JKR untuk penggunaan/pemasanganya. Namun begitu, paip jenis ini sangat rapuh dan harganya juga 10% - 15% lebih tinggi dari paip PVC. Selepas pemasangan paip jenis ini dilakukan, ia memerlukan tempoh semalaman untuk gam mengering. (Gam berwarna biru).

Saluran paip PVC sangat liat. Ia tidak mudah pecah atau patah. Ia juga tahan pada ketukan objek yang keras. Paip jenis ini dikeluarkan dalam berbagai jenis ketebalannya. Selepas pemasangannya pengguna akan boleh terus memasang air dan tidak perlu menunggu ia kering. Harganya pula lebih murah berbanding paip ABS.

Untuk rumah pelanggan ini saya menggunakan paip PVC Class 6/7. Apa yang saya nyatakan diatas adalah dari pengalaman saya yang sering membaiki paip-paip yang bocor dirumah pelangaan.