Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Ampang Tasek, Selangor tempohari. Beliau meminta saya memeriksa water pump dirumahnya. Menurut beliau, water pump itu sering mengeluarkan bunyi yang bising setiap kali ia mengepam air. Setelah diperiksa saya dapati motornya yang berbunyi. Saya telah membuka motor tersebut dan didapati bearing telah rosak. Terdapat beberapa komponennya telah tertanggal/hilang. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Ini adalah water pump yang dibeli oleh pelanggan ini. Water pump ini
tiada berjenama dan dikeluarkan dari negara China.
Water pump yang rosak telah dibuka.
Pelanggan ini meminta saya memasang 1 unit water pump yang baharu.
Saya telah menggantikan dengan water pump jenama HITACHI.
Ini adalah proses pemasangan water pump dan penyambungan
sistem perpaipan ke water pump.
Water pump jenama Hitachi yang telah siap dipasang.
No. Tel/Whats App : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com
Soal & Jawab:
1. Kenapa water pump yang baru 2 tahun
dibeli dan dipasang boleh rosak?
Jangka hayat water pump tidak dapat
dijangkakan. Adakalanya ia akan berfungsi dengan baik walaupun lebih dari
5 tahun waranti/jaminannya. Mengikut pengalaman saya water pump yang tiada
berjenama terutamanya produk dari Negara China sering kali mengalami masalah
seperti ini.
2. Mengapakah motor water pump sering mengeluarkan bunyi yang
bising?
Motor water pump akan mengeluarkan
bunyi apabila salah satu dari komponen didalamnya tertanggal
atau hilang. Apabila ada komponennya yang tertanggal, ini akan
mengakibatkan motor
itu bergeser dengan komponen yang lain. Oleh kerana itu water pump tidak dapat
berfungsi dengan lancar. Akibat daripada geseran itu boleh
menyebabkan ia mengeluarkan asap dan berbau hangit ataupun terhenti
dengan sendirinya.
3. Apakah kesan daripada kerosakkan
motor water pump?
Apabila motor water pump rosak secara
otomatiknya ia tidak dapat berfungsi dengan baik. Ia tidak lagi
dapat mengepam air masuk ke dalam tangki kerana tiada tekanan darinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan