Seorang pelanggan yang tinggal di Taman Ukay Bistari, Ampang telah menghubungi saya bagi membaiki bumbung bocor. Setiap kali hujan, air akan mengalir masuk ke ruang dapur dan juga ke bahagian tepi dinding rumahnya. Beliau meminta pandangan saya bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Untuk makluman, rumah ini telah dibuat penambahan dibahagian dapurnya.
Saya telah membuat pemeriksaan dan mendapati bumbung dibahagian dapur ini landai. Apabila bumbung yang dipasang ini landai, air hujan yang mengalir akan berpatah balik dan akan bertakung diantara atap genting. Untuk mengatasi masalah ini terdapat 2 cara. Cara pertama adalah dengan membuka semula atap genting dan kayu kerangka dibetulkan kedudukkan dan ketinggiannya. Namun cara ini akan mengakibatkan kos yang lebih tinggi kerana kos membuka dan memasang semula atap genting ini adalah tinggi disamping penambahan pada kayu kerangka itu. Tempoh membuka dan memasang semula atap genting mungkin akan mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja (mengambil kira keadaan cuaca). Cara kedua pula adalah dengan membuka atap genting tersebut dan digantikan dengan atap metal deck. Cara ini dapat menjimatkan kos sebanyak 30%.
Pelanggan ini bersetuju untuk menggunakan cara kedua iaitu dengan memasang atap metal deck. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Ini adalah proses membuka semula atap genting. Atap genting ini dibuka dan disusun
dengan baik agar ia tidak pecah sebelum ia dibawa turun.
Sebahagian dari atap genting yang telah dibuka.
Ini adalah proses membawa turun atap genting yang telah dibuka. Untuk membawa
turun atap genting ini saya menggunakan kren.
Setelah kesemua atap genting tadi dikeluarkan barulah atap metal deck di naikkan
dan dipasang. Ini adalah proses memasang atap metal deck.
Apabila atap metal deck telah siap dipasang dan dipaku menggunakan paku yang
khas, sesalur air hujan pula dipasang.
Gambar ini menunjukkan atap metal deck yang telah siap dipasang. Pada bahagian
tepinya pula telah dipasang zink supaya air hujan tidak akan mengalir ke tepi dinding.
Atap metal deck yang telah siap dipasang.
No. Tel./Whats App: 012-6379460
Emel : normalplumbing@gmail.com
NOTA:
Saya mengesyorkan agar atap genting ini ditukar kepada atap metal deck kerana kos memasang atap metal deck lebih murah. Ia menjadi lebih murah kerana kayu kerangka tidak perlu dibuka atau ditambah. Pemasangan atap metal deck ini boleh terus diletakkan diatas kayu kerangka yang sedia ada. Saya menggunakan atap metal deck jenis PU DECK yang mempunyai foam yang tahan haba panas dan menghalang dari berlakunya kondensasi. Ia juga tidak menyerap bunyi.
kos metal deck jenis PU Deck ni berapa
BalasPadam