facebook

Sabtu, 5 Oktober 2013

MENUKAR JUBIN LANTAI YANG TERKOPAK DI TAMAN MULIA, SERI PAJAM, NEGERI SEMBILAN

Saya telah dihubungi En. Zaini yang tinggal di Taman Mulia, Seri Pajam, Negeri Sembilan. Beliau memberitahu lantai  di tingkat atas rumahnya telah terkopak. Sebanyak 36 keping jubin lantai yang terkopak. Oleh itu, beliau telah meminta saya menukar dan membaiki semula lantai berjubin tersebut.

Proses pertama yang dilakukan adalah memotong jubin lantai yang telah terkopak itu dengan menggunakan mesin pemotong jubin. Kerja-kerja ini perlu dilakukan dengan berhati-hati. Jika tidak berhati-hati berkemungkinan besar jubin bersebelahan yang tidak terkopak akan pecah/rosak. 

Gambar-gambar ini menunjukkan setelah jubin lantai yang terkopak tadi dibuka dan dibuang.

Ini adalah simen yang melekat pada lantai. Simen ini akan dikeluarkan sepenuhnya sebelum proses selanjutnya dilakukan.

Ini adalah proses mengeluarkan simen-simen yang masih terlekat dilantai. Kerja-kerja ini dilakukan dengan berhati-hati serta memakan masa selama 2 ke 3 hari. Setelah simen yang melekat itu dibuang barulah proses seterusnya dilakukan. Proses memasang jubin.

Ini adalah proses pemasangan semula jubin lantai. Proses pemasangan jubin ini dilakukan oleh pekerja yang mahir. En. Zaini telah memilih untuk memasang jubin lantai bersaiz 2" x 2" (600mm x 600mm) Jenama Luxury Granito. Ia adalah jubin lantai jenis berkilat.

Jubin lantai yang telah siap dipasang sepenuhnya. 


NOTA:
Jubin lantai yang terkopak ini sering terjadi dirumah kediaman anda. Samada ia baru ataupun telah lama dipasang. Punca ia terjadi ada beberapa faktor. 
i)   sering terdedah kepada panas api (seperti jubin didinding dapur).
ii)  simen tidak melekat pada jubin lantai.
iii) simen melekat pada lantai sahaja.



NORMAL
No. Tel : 012-6379460




Jumaat, 27 September 2013

MEMBINA BILIK STOR

Puan Lela yang tinggal di Taman Melawati, telah meminta saya membina sebuah bilik stor penyimpanan barang di belakang rumahnya. Sila lihat proses membina bilik stor di bawah ini.

Puan Lela telah meminta saya membina sebuah bilik stor penyimpanan barang-barang keperluan beliau disini. Ia terletak dibahagian belakang rumahnya.

Ini adalah proses membina dinding batu. Ketinggiannya dibina mengikut kehendak Puan Lela. 

Ini adalah proses memplaster dinding batu tadi.

Bahagian atas (penutupnya) di konkrit dan kerangka simen dibina sebelum itu.

Ini adalah proses membancuh simen konkrit.

Selepas itu, konkrit tadi diratakan dan dibiar  kering. Pintu bilik stor penyimpanan ini dipasang.

Proses mengecat pintu dan setelah siap sepenuhnya.


No. Tel : 012 - 6379460




Jumaat, 13 September 2013

KERJA-KERJA MELUASKAN TEMPAT PARKIR KERETA

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu membuat kerja-kerja menutup taman mini yang terdapat di garaj hadapan, rumah Puan Lela yang tinggal di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Tujuan beliau mahu taman mini dengan pancuran air itu di tutup semula, kerana mahukan kawasan parkir kereta ini menjadi lebih luas.

Kerja pertama yang dilakukan adalah mengalihkan pasu-pasu dan batu-batuan yang terdapat disitu.


Kerja kedua adalah memecah lantai bersimen itu dengan mesin hacker. Kemudian segala batu-batuan tadi dikeluarkan dan kawasan itu dibersihkan. Ini adalah bagi memastikan jubin yang akan dipasang nanti akan sekata.

Kerja yang ketiga dilakukan adalah menyimen rende semula lantai tersebut sebelum proses memasang jubin dimulakan.

Ini adalah proses memasang jubin lantai. Puan Lela meminta untuk memasang lantai bersaiz 1' x 2' berjenis kilat.

Gambar ini menunjukkan keadaan sebelum dan selepas siap pemasangan jubin lantai yang baru.


No. Tel : 012-6379460




Khamis, 5 September 2013

PUNCA SINKI TERSUMBAT DI WANGSA MELAWATI, KUALA LUMPUR

Dibawah ini adalah gambar-gambar bagaimana sinki tempat  mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya boleh tersumbat. Sinki yang tersumbat ini ada banyak puncanya. Sikap pengguna itu sendiri yang menyebabkan sinki boleh tersumbat. Kita sering membuang sisa-sisa makanan, minyak dan pelbagai lagi barangan ke dalam sinki dapur. Sila lihat penerangan dibawah ini.

Sinki yang tersumbat telah menyebabkan air bertakung.

Air dari sinki juga meleleh ke bawah. 


Gully trap yang tersumbat telah menyebabkan air dari sinki mengalir keluar dengan perlahan. Outlet sinki juga dibuka dan terdapat banyak lelemak yang telah mengeras disekelilingnya.


Sesalur air dibawah sinki dipotong dan kelihatan lelemak yang telah membeku. Ia telah menutupi hampir keseluruhan lubang sesalur itu. Ini adalah punca kenapa air dari sinki tidak boleh mengalir keluar.

Sesalur yang dipotong tadi masih lagi mengeluarkan air kotoran dan terpaksa di takung dengan besin.

Beginilah keadaan air kotor dari sinki yang telah ditadah tadi. Sesalur air tadi telah dicuci bagi membuang lebihan kekotoran, setelah itu ia disambung semula.

Ini adalah gully trap. Air yang mengalir ke situ lebih lancar setelah di buang lelemak dan dibersihkan segala kekotoran yang ada.

Ini adalah proses membersih sesalur air dengan menggunakan 'hose' . Ia bagi membersihkan sesalur itu dan juga sinki. Ia bertujuan bagi memastikan tiada lagi saluran yang tersumbat.

Setelah proses tadi dilakukan air mengalir keluar dengan lancar. Manakala 'waste'nya pula ditukar baru dan floor trapnya juga telah dicuci.


NO. TEL : 012-6379460





Khamis, 29 Ogos 2013

BUMBUNG BOCOR (MENUKAR RABONG JENIS 3 WAY APEX)

Saya dihubungi oleh En. Faizal yang tinggal di Taman Kinrara, Puchong. Masalah yang dihadapi oleh beliau adalah bumbung bocor. Air akan masuk melalui bumbung ke siling rumah apabila hujan. Saya telah memanjat bumbung dan telah menjumpai tempat yang bocor itu. Ia terletak di hujung rabong. Sebelum ini saya telah pernah menyiarkan entri-entri mengenai rabong sebelum ini di sini dan sini.

GAMBAR 1
Gambar ini menunjukkan bahagian bucu rabong yang menjadi punca kenapa air hujan mengalir masuk ke dalam siling. Gambar ini diambil dari bahagian dalam bumbung (atas siling).

GAMBAR 2
Ini adalah proses membuka bucu rabong yang telah pecah. Proses membuka semula rabong ini perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana bumbung ini adalah curam. Disamping itu juga, harus memastikan tiada atap genting yang pecah semasa memijaknya.

GAMBAR 3
Beginilah keadaannya rabong yang pecah itu. Rabong ini pecah berkemungkinan dari angin yang kuat yang telah membawa sekali batu-batu dan telah tercampak ke rabong tersebut.

GAMBAR 4
Ini adalah proses memasang semula rabong. Rabong dan atap genting yang telah pecah   dikeluarkan dan selepas itu di simen semula sebelum rabong dipasang.

GAMBAR 5
Beginilah keadaan rabong yang telah dipasang semula. Gambar kanan semasa proses membuka dan menyimen manakala gambar kiri setelah rabong siap dipasang.

GAMBAR 6
Ini adalah  rabong yang telah dipasang tadi. Rabong ini dipanggil "3 WAY APEX" atau rabong penyambung 3 aliran. Kegunaannya adalah untuk menutup 3 persilangan diantara bumbung. 



No. Tel : 012-6379460




Selasa, 27 Ogos 2013

MEMBINA TABLE TOP UNTUK PERNIAGAAN ALA KAFE

Saya diminta oleh Puan Lela untuk membina table top bagi kakak iparnya menjalankan perniagaan ala kafe di rumah pusaka milik suami beliau. Beliau mahu membina table top jenis U. Di rumah pusaka tersebut terdapat kolam ikan yang telah lama tidak digunakan, oleh itu beliau telah meminta dibinakan table top disitu. Manakala bumbung kafe tersebut menggunakan atap rumbia. Ia adalah lebihan dari membuat bumbung di anjung rumah pusaka itu.Beliau mahu kafe tersebut bercirikan kampung yang kelihatan sejuk dan nyaman. 

Untuk makluman, Puan Lela adalah pelanggan tetap saya dan telah banyak projek-projek kecil yang telah pernah dilakukan dirumahnya sebelum ini. Lihat di sini dan sini untuk entri-entri yang telah pernah disiarkan. Dibawah ini ditunjukkan proses-proses membina table top tersebut.

GAMBAR 1
Ini adalah tapak kolam ikan yang telah tidak digunakan lagi. Disinilah table top akan dibina. Gambar-gambar ini menunjukkan proses memecah dan membuang batu-batu yang terdapat disitu.

GAMBAR 2
Setelah tapak kolam ikan tadi dibersihkan, proses pertama yang dilakukan adalah meratakan semula tapak tersebut. Lantai itu dipadatkan semula dengan simen pasir.

GAMBAR 3
Proses membina table top dengan memasang batu-bata. Ia dibuat mengikut ketinggian yang dikehendaki oleh Puan Lela

GAMBAR 4
Setelah mendapat ketinggian yang dikehendaki, barulah papan lapis yang telah dibentuk mengikut ukurannya dipasang. Ia akan menjadi acuan kepada table top tadi.

GAMBAR 5
Ini adalah tiang tembok. Puan Lela telah meminta saya memplasterkannya menggunakan shanghai plaster.

GAMBAR 6
Ini adalah proses memplaster dinding diluar dan dalam table top tersebut. Table top yang telah dibina akan dibiarkan kering.

GAMBAR 7
Table top tadi telah pun dibentuk manakala jubin pula dipasang didinding luar dan dalam. Ini adalah proses memasang jubin dibahagian luar dinding table top. Puan Lela telah memilih kombinasi warna coklat gelap dan oren bagi dinding table top tersebut.

GAMBAR 8
Dinding table top menggunakan jubin bersaiz 1' x 1'. Manakala table top pula di kemaskan dengan mengguna jubin kilat bersaiz 2' x 2'. Walaupun jubin kilat ini lebih mahal dari jubin jenis biasa namun ia kelihatan lebih bersih dan cantik setelah dipasang.

GAMBAR 9
Setelah table top siap dibina, proses memasang kerangka kayu bagi membina bumbung pula dilakukan.

GAMBAR 10
Gambar di atas menunjukkan kerangka kayu yang telah dipaku pada jarak 2" . Proses ini dilakukan dengan lebih teliti memandangkan atap rumbia akan dipasang sebagai bumbungnya. Setiap jaraknya akan dikira dan dipastikan betul kedudukkannya.

GAMBAR 11
Ini adalah proses memasang atap rumbia. Ia disusun mengikut perkiraan yang betul. Sekiranya perkiraan tadi tidak betul ada 2 kemungkinan akan berlaku. Pertama, sekiranya jarak antara 1 dengan lain adalah jauh dan tidak rapat berkemungkinan ia akan menyebabkan kebocoran. Kedua, sekiranya jarak antara 1 dengan lain terlalu rapat, ia akan berlaku pembaziran kerana kita perlu menggunakan lebih banyak atap rumbia.

GAMBAR 12
Gambar ini menunjukkan atap yang telah siap dipasang sepenuhnya. Atap rumbia yang digunakan ini masih lagi kehijauan. Namun lama-kelamaan ia akan mengering apabila terkena panas matahari. Atap rumbia ini dapat bertahan selama lebih kurang 10 tahun.

GAMBAR 13
Lebihan hujung atap rumbia  dihujung bumbung telah dipotong. Lebihan atap itu dibuang bagi mencantikkan dan kelihatan lebih kemas.

GAMBAR 14
Beginilah table top yang telah siap dibina dengan berbumbungkan atap rumbia.

NOTA:
KAFE BERATAP RUMBIA INI BOLEH DILAWATI DI KERAMAT HUJUNG, KUALA LUMPUR.


NO. TEL : 012-6379460