facebook

Selasa, 6 Januari 2015

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR DI TAMAN KERAMAT, KUALA LUMPUR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Taman Keramat, Jalan AU1J, Kuala Lumpur. Beliau memberitahu bumbung rumahnya bocor. Apabila hujan, air akan memasukki ke ruang tamu dan juga dibilik tidur utama. Sila lihat perinciannya dibawah ini.

Saya telah memanjat bumbung rumah pelanggan ini dan mendapati 
banyak kesan retak pada rabong walaupun telah disimen beberapa kali.
(Warna putih/kelabu yang terdapat pada rabong adalah simen).

Beberapa keping atap genting telah retak.

Atap asbestos yang disapu menggunakan tar masih bocor. Saya tidak
menggalakkan pelanggan menggunakan tar sebagai bahan untuk menutup
bahagian atap/bumbung yang retak. Sila lihat penerangan bahan TAR 
dibawah ini.

Ini adalah proses membuka atap asbestos yang bocor. Kemudian ia akan
diganti dengan atap asbestos yang baharu.

Kayu kerangka yang baharu juga dipasang bagi mengukuhkan lagi
kedudukkan  atap asbestos tersebut.

Gambar ini menunjukkan sesalur air yang bocor. Air hujan akan
mengalir masuk ke bahagian dalam rumah melalui ruangan yang kosong ini.

Ini pula adalah proses membuka dan memasang zink flacing. Tujuan ia 
dipasang bagi menghalang air hujan dari memasukki/mengalir masuk ke
dalam rumah melalui dinding.

Rabong dan atap yang retak telah disapu dengan sealant.


NOTA:

Bahan sapuan jenis TAR:
Bahan ini dibekalkan didalam tin. Kandungannya berupa cecair berwarna hitam. Ia mudah disapukan pada permukaan yang retak dan bocor. Namun begitu, ia akan mengeras apabila terdedah pada cuaca panas dan lembap. Apabila ia telah mengeras, kesan rekahan mula terjadi pada bahagian yang telah disapu dengan bahan ini. Maka, kebocoran pada bahagian yang sama akan berlaku semula. Untuk menutupi bahagian yang bocor/retak pada jangka masa yang panjang, bahan ini tidak sesuai untuk digunakan.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Ahad, 4 Januari 2015

SALUR PAIP PATAH DALAM DINDING DI TAMAN MELAWATI, KUALA LUMPUR

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu membaiki paip bocor didalam dinding di Klinik Haiwan PETCARE yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Dr. George memberitahu, paip air itu telah bocor beberapa hari. Setelah melihat keadaan paip tersebut, saya dapati ia bocor didalam dinding. Sila lihat perinciannya dibawah ini.

Gambar ini menunjukkan air sentiasa mengalir walaupun tidak digunakan.

Ini adalah proses membuka saluran paip yang bocor. Ia dilakukan dengan berhati-
hati bagi memastikan bahgian yang bocor sahaja akan dikeluarkan.

Saluran paip yang bocor tadi telah dikeluarkan dan akan disambung dengan saluran yang baru.

Saluran paip telah kering, paip yang lama dipasang semula. Paip yang lama masih boleh
digunakan lagi. Oleh itu, tidak perlu untuk diganti dengan yang baru. 

Ada simen putih yang telah tertanggal dari saluran paip.

Proses yang terakhir adalah menyimen semula dibahagian yang terbuka dengan
simen putih agar ia kelihatan lebih kemas dan bersih.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Khamis, 1 Januari 2015

MEMBAIKI SINKI YANG TERSUMBAT DI TAMAN MELAWATI, KUALA LUMPUR

Saya telah dihubungi seorang pelanggan yang tinggal di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Beliau mahu saya membaiki sinki di pejabatnya yang tersumbat. Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambar yang telah diambil sewaktu membaiki sinki yang tersumbat tersebut.

Ini adalah sinki yang dimaksudkan. Air akan sentiasa bertakung didalam sinki setelah
ia digunakan. Air akan mengalir keluar dengan perlahan.


Setelah dipam berulang kali, didapati bahagian tengah sesalur  telah tersumbat.
Air tidak dapat mengalir terus ke manhole. Ia akan berpatah balik ke dalam sinki. Inilah punca kenapa air tidak boleh mengalir dengan lancar ke manhole.

Bahagian yang tersumbat itu telah dikenalpasti. Lihat gambar disebelah kanan.Saya telah membuka dan mengantikan  satu bahagian sesalur yang tersumbat itu dengan yang baharu. Gambar disebelah kanan menunjukkan benda yang berada didalam sesalur tersebut. Saya juga telah membaiki semula sistem perpaipannya.

Setelah selesai mengantikan sesalur air itu proses menguji bagi memastikan air yang
dilepaskan boleh mengalir dengan lancar.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Selasa, 14 Oktober 2014

TUKAR TANGKI DI TAMAN BUKIT UTAMA, BUKIT ANTARABANGSA, AMPANG, SELANGOR

Saya dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Beliau mahu menukar tangki air lama yang telah bocor. Tangki air lama adalah dari jenis fibre. Dibawah ini saya tunjukkan penerangannya.

Tangki air baru yang berkapasiti 200 liter dinaikkan ke atas bumbung.

Ini adalah membuka atap genting dan memotong kayu kekuda bagi 
membolehkan tangki air yang lama dibawa keluar dan tangki air
yang baru diletakkan di situ.

Ini adalah proses mengeluarkan tangki air yang lama.


Kemudian tangki air yang baru dimasukkan dan diletakkan diatas tapak tangki.


Setelah tangki air baru dimasukkan, kayu kekuda yang telah dipotong tadi
disambung semula mengikut ukurannya. Kemudian, atap genting akan dipasang
semula mengikut susunan yang betul.

Pelanggan ini juga telah meminta saya membaiki atap yang bocor. Apabila
hujan, air akan memasukki ke bilik tidur. Saya dapati beberapa keping atap
genting yang telah pecah dan rabongnya pula retak.

Rabong dan atap genting yang pecah/retak telah disapu dengan water proofing.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Jumaat, 5 September 2014

DIY - CARA MEMBAIKI FLOOR TRAP YANG TERSUMBAT

Sering kali saya dihubungi oleh pelanggan yang meminta saya membaiki floor trap yang tersumbat. Floor trap tersumbat kerana minyak dan lelemak seperti lemak ayam, daging dan sebagainya sering dibuang ke dalam sinki. Kemudian ia dialirkan terus ke saluran paip. Apabila lelemak/minyak yang dialirkan ke sinki itu sejuk, pembekuan akan berlaku. Lama kelamaan lelemak/minyak tersebut akan menebal dan menutupi saluran paip, floor trap dan juga gully trap. Ini akan menyebabkan laluan floor trap menjadi sempit dan menyukarkan air kumbahan mengalir ke manhole. 

Bagi membaiki floor trap yang tersumbat ini saya tunjukkan cara-caranya didalam video dibawah ini. Saya berharap anda akan mencuba dan terus mencuba sehingga berjaya.






No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Selasa, 2 September 2014

MEMBAIKI GULLY TRAP TERSUMBAT DI SG. BULUH, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang meminta saya membaiki gully trap yang tersumbat. Untuk makluman, gully trap ini terletak dibahagian dapur kerana rumah ini telah dibuat penambahan pada bahagian dapurnya. Gully trap pada asalnya terletak dibahagian luar dapur. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Beginilah keadaan gully trap yang tersumbat itu. Air kumbahan dari sinki 
telah melimpah ke bahagian lantai dapur.

Setelah beberapa kali dipam.

Tiada air yang mengalir ke manhole.

Setelah dipam beberapa kali barulah air kumbahan dapat mengalir ke mahole.

Gully trap yang telah dibersihkan.

No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Isnin, 1 September 2014

MEMASANG ATAP METAL DECK (PU DECK) DAN TANGKI STAINLESS STEEL JENAMA DELUXE DI PUCHONG SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh En. Tazilan yang tinggal di Puchong, Selangor.  Beliau telah membuat penambahan (extension) pada dapur dan juga sebuah bilik lagi dibahagian atas. Setelah penambahan itu dilakukan beliau dapati air akan masuk ke bilik anaknya setiap kali hujan. Beliau telah berkali-kali menghubungi semula kontraktor yang membuat penambahan itu namun tidak pernah datang. Oleh itu, beliau telah meminta saya mencari punca kenapa air hujan boleh masuk ke bilik tidur anaknya sedangkan sebelum melakukan penambahan air hujan tidak pernah memasukki ke ruang dapur.

Setelah diperiksa, saya dapati bumbung yang dipasang adalah landai. Apabila bumbung yang dipasang itu landai, ini akan menyebabkan air hujan berpatah balik dan bertakung diantara atap genting. Ini adalah punca kenapa air hujan boleh memasukki ke bilik tidur tersebut. Bagi membaiki semula bumbung itu, kos pembaikan akan menjadi lebih tinggi. Ini kerana, atap genting dan kerangka kayu akan dibuka. Selepas itu, kerangka kayu akan dibetulkan semula kedudukkan dan ketinggiannya.Untuk itu, lebih banyak kayu akan diperlukan. Besar kemungkinan kos pembelian kayu akan bertambah. Masa yang diperlukan bagi membuka, memasang dan memperbetulkan semula bumbung ini adalah  seminggu. Dengan cuaca yang lembap sekarang ini adalah sukar untuk mempastikan kerja-kerja ini dapat disiapkan dalam masa 7 hari.

Oleh itu, saya mencadangkan agar bumbung itu digantikan dengan metal deck. Pemasangan atap metal deck boleh dilakukan dalam tempoh satu hari sahaja. En. Tazilan bersetuju untuk memasang atap metal deck. Sila lihat penerangannya dibawah ini.


Proses pertama yang dilakukan adalah membuka atap genting pada bahagian dapur.

Ini adalah proses membuang atap genting tersebut.


Setelah ke semua atap genting tadi dibuang, atap metal deck dinaikkan dan proses
pemasangan atap metak deck dilakukan.


Beginilah rupanya atap metal deck yang telah dipasang.



Ini pula adalah proses menaikkan tangki stainless steel jenama DELUXE yang
berkapasiti 220 gelen. En. Tazilan telah meminta saya menukarkan tangki air poly
kepada tangki stainless steel kerana tangki air tersebut telah bocor.

Ini adalah proses membuang air yang terdapat didalam tangki poly. Kemudian, sistem
perpaipan dibuka dan kawasan tapak tangki dibersihkan terlebih dahulu.

Tangki stainless steel yang telah dinaikkan dan diletakkan pada tapak asal.
Tangki ini telah dipasang semula sistem perpaipannya dan telah diuji sepenuhnya
bagi mempastikan tiada kebocoran dimana-mana bahagian.






NOTA:
Atap metal deck yang dibekalkan adalah jenis PU DECK yang berketebalan 0.35mm hingga 0.48mm + C7 dan panjang 762 mm, setiap tinggi lekukkan adalah 23mm. Kebaikkan atap metal deck jenis ini adalah :


  1. Ia tahan pada haba panas sehingga 120 celcius.
  2. Ia akan menebat haba sehingga 60% ke 70%.
  3. Cetakan timbul (embossed pvc) pada atap adalah untuk menghalang dari berlakunya kondensasi.
  4. Ia sangat kukuh dan menarik serta dapat memberi kecerahan pada bahagian dalam rumah.
  5. Mempunyai daya lekatan yang kuat.
  6. Struktur atap yang dibina dengan gelembung dapat memisahkan bunyi. Oleh itu, ia tidak menyerap bunyi bising.
  7. Atap jenis ini tahan pada asid, alkali dan bahan-bahan kimia.
  8. Ketahanannya telah diuji dan dapat bertahan sehingga 10 tahun atau lebih.

No. Tel : 012-6379460

Emel : normserin@gmail.com