Saya telah dihubungi oleh En. Tazilan yang tinggal di Puchong, Selangor. Beliau telah membuat penambahan (extension) pada dapur dan juga sebuah bilik lagi dibahagian atas. Setelah penambahan itu dilakukan beliau dapati air akan masuk ke bilik anaknya setiap kali hujan. Beliau telah berkali-kali menghubungi semula kontraktor yang membuat penambahan itu namun tidak pernah datang. Oleh itu, beliau telah meminta saya mencari punca kenapa air hujan boleh masuk ke bilik tidur anaknya sedangkan sebelum melakukan penambahan air hujan tidak pernah memasukki ke ruang dapur.
Setelah diperiksa, saya dapati bumbung yang dipasang adalah landai. Apabila bumbung yang dipasang itu landai, ini akan menyebabkan air hujan berpatah balik dan bertakung diantara atap genting. Ini adalah punca kenapa air hujan boleh memasukki ke bilik tidur tersebut. Bagi membaiki semula bumbung itu, kos pembaikan akan menjadi lebih tinggi. Ini kerana, atap genting dan kerangka kayu akan dibuka. Selepas itu, kerangka kayu akan dibetulkan semula kedudukkan dan ketinggiannya.Untuk itu, lebih banyak kayu akan diperlukan. Besar kemungkinan kos pembelian kayu akan bertambah. Masa yang diperlukan bagi membuka, memasang dan memperbetulkan semula bumbung ini adalah seminggu. Dengan cuaca yang lembap sekarang ini adalah sukar untuk mempastikan kerja-kerja ini dapat disiapkan dalam masa 7 hari.
Oleh itu, saya mencadangkan agar bumbung itu digantikan dengan metal deck. Pemasangan atap metal deck boleh dilakukan dalam tempoh satu hari sahaja. En. Tazilan bersetuju untuk memasang atap metal deck. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Proses pertama yang dilakukan adalah membuka atap genting pada bahagian dapur.
Ini adalah proses membuang atap genting tersebut.
Setelah ke semua atap genting tadi dibuang, atap metal deck dinaikkan dan proses
pemasangan atap metak deck dilakukan.
Beginilah rupanya atap metal deck yang telah dipasang.
Ini pula adalah proses menaikkan tangki stainless steel jenama DELUXE yang
berkapasiti 220 gelen. En. Tazilan telah meminta saya menukarkan tangki air poly
kepada tangki stainless steel kerana tangki air tersebut telah bocor.
Ini adalah proses membuang air yang terdapat didalam tangki poly. Kemudian, sistem
perpaipan dibuka dan kawasan tapak tangki dibersihkan terlebih dahulu.
Tangki stainless steel yang telah dinaikkan dan diletakkan pada tapak asal.
Tangki ini telah dipasang semula sistem perpaipannya dan telah diuji sepenuhnya
bagi mempastikan tiada kebocoran dimana-mana bahagian.
NOTA:
Atap metal deck yang dibekalkan adalah jenis PU DECK yang berketebalan 0.35mm hingga 0.48mm + C7 dan panjang 762 mm, setiap tinggi lekukkan adalah 23mm. Kebaikkan atap metal deck jenis ini adalah :
- Ia tahan pada haba panas sehingga 120 celcius.
- Ia akan menebat haba sehingga 60% ke 70%.
- Cetakan timbul (embossed pvc) pada atap adalah untuk menghalang dari berlakunya kondensasi.
- Ia sangat kukuh dan menarik serta dapat memberi kecerahan pada bahagian dalam rumah.
- Mempunyai daya lekatan yang kuat.
- Struktur atap yang dibina dengan gelembung dapat memisahkan bunyi. Oleh itu, ia tidak menyerap bunyi bising.
- Atap jenis ini tahan pada asid, alkali dan bahan-bahan kimia.
- Ketahanannya telah diuji dan dapat bertahan sehingga 10 tahun atau lebih.
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan