facebook

Khamis, 23 Januari 2014

FLOOR TRAP TERSUMBAT DI KEMENSAH HEIGHT

Hari ini saya hanya akan tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu membaiki floor trap yang tersumbat. Pelanggan ini tinggal di Kemensah Height. Saluran floor trap yang masih berkeadaan baik tiada lelemak keras yang meyelaputinya. Namun air tidak dapat mengalir dengan lancar.

Keadaan floor trap yang tersumbat. Air sentiasa bertakung disitu.

Setelah dipam, hanya sedikit sahaja lelemak yang keluar.

Saluran floor trap yang telah dibersihkan. Air telah mengalir dengan lancar.

Floor trap yang telah dibersihkan.


No. Tel : 012-6379460




Selasa, 21 Januari 2014

MENGENALPASTI DAN MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR DI PUTRAJAYA

Saya telah dihubungi oleh Puan Syikin yang tinggal di Putrajaya dan memaklumkan bumbung rumahnya bocor. Air sentiasa menitis dan membasahi keseluruhan ruang tamu rumahnya walaupun tidak hujan. Saya mencari punca kenapa air boleh memasukki ruang tamu rumahnya. Setelah diperiksa, saya dapati terdapat beberapa perkara yang menjadi punca kenapa air boleh memasukki ruang tamu. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini.

Gambar bumbung atap genting yang diambil dari bahagian atas. Jika dilihat bumbung ini masih berkeadaan baik. Tiada atap genting yang pecah dan retak mahupun atap yang renggang.

Ini adalah bahagian dimana tangki air diletakkan. Terdapat pokok-pokok renek yang tumbuh disitu.

Lantai/slab ditangki air yang dipenuhi dengan daun-daun kering serta berkulat. Apabila dibuka floor trap, daun-daun kering telah memasukkinya dan menyebabkan saluran floor trap tersumbat. Ini telah menyebabkan air sentiasa bertakung dilantai/slab. Jika dilihat betul-betul, lantai/slab ini sentiasa basah.

Ini adalah proses membuka bumbung atap genting. Ia bagi mengenalpasti punca air sentiasa mengalir walaupun tidak hujan.

Setelah diperiksa, didapati beberapa bahagian penyambungan paip dari tangki air ke rumah berkarat dan bocor.

Saluran paip yang berkarat dan bocor telah diganti dengan yang baru manakala lantai/slab yang dipenuhi dengan daun-daun kering dan pokok-pokok renek telah dibersihkan.

Proses memasang penyambung T jenis pvc.  Floor trap yang tersumbat telah dibersihkan dan air yang disiram diatas lantai telah mengalir dengan lancar.



No. Tel : 012-6379460




Rabu, 15 Januari 2014

AIR MELELEH DIBAWAH SINKI DAPUR

Pelanggan yang tinggal di Pinggiran Batu Caves, Selangor ini memberitahu saya bahawa air dibawah sinki sentiasa menitis. Beliau meminta saya mengenalpasti serta membaiki ia semula supaya tiada lagi air yang menitis. Sila lihat dibawah ini apakah puncanya air menitis.

Beginilah keadaannya seperti yang dimaklumkan oleh pelanggan ini. Air sentiasa menitis dibawah sinki.

Punca air sentiasa menitis adalah kerana terdapat jubin yang pecah diantara dinding dan sinki.

Saya telah memecah dan membuka jubin yang pecah tadi lalu dibersihkan sebelum disapu water proofing.

Jubin yang telah dikeluarkan dan bahagian itu dibersihkan sepenuhnya.

Tempat jubin yang pecah tadi telah disapu dengan water proofing. Kemudian ia dibiarkan kering sepenuhnya. Setelah itu barulah jubin yang baru dipasang semula.


No. Tel : 012-6379460




Isnin, 13 Januari 2014

MEMBAIKI ATAP BOCOR DI BANDAR NUSAPUTRA, PUCHONG

Seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Nusaputra, Puchong telah meminta saya mengenalpasti punca air mengalir masuk kedalam siling dirumah beliau. Terdapat kesan tompokan air disiling. Setelah diperiksa saya dapati terdapat atap genting yang renggang dan bahagian bucu atap tersebut telah menyerap air. Oleh itu, saya telah menyapukan water proofing ditempat-tempat tersebut.

Ini adalah atap genting yang dipasang tetapi ia renggang sedikit. Keadaan ini
boleh menyebabkan air hujan akan mengalir masuk ke dalam siling.

Bahagian bucu yang telah disimen tetapi masih terdapat ruang yang menyebabkan
air hujan masuk ke dalam siling. Oleh itu, bahagian ini akan disapu dengan water proofing.

Bahagian bucu tadi telah disapu dengan water proofing.

Kelihatan tompokkan air di siling. Siling ini juga disapu dengan water proofing.

Tiada lagi tompokkan air di siling. Siling kelihatan lebih bersih.


No. Tel : 012-6379460




Sabtu, 11 Januari 2014

MEMBAIKI TANGKI AIR DI BANDAR SERI PUTRA, KAJANG

En. Rahaman yang tinggal di Bandar Seri Putra telah memaklumkan kepada saya bahawa bil airnya yang tinggi setiap bulan. Beliau juga berasa curiga apabila kedengaran air yang sentiasa mengalir dari tangki air rumahnya walaupun air ditangki sudah penuh. Setelah disiasat, punca bil air yang tinggi adalah kerana tangki penyimpanan air ini bocor.

Gambar ini adalah proses mencuci tangki air. Kelihatan keladak telah mendap 
dibahagian dasar tangki. Tangki yang telah dibersihkan kelihatan seperti baru.

Terdapat beberapa bahagian ditangki air ini yang bocor. Saya telah menampal
tangki air ini.

Bahagian tangki air yang bocor telah ditampal dari dalam. Ini adalah
gambar dari pandangan luar tangki.


No. Tel : 012-6379460




Khamis, 9 Januari 2014

FLOOR TRAP TERSUMBAT

Saya telah dihubungi seorang pelanggan yang tinggal di Saujana Utama, Kajang bagi membaiki floor trap dirumahnya yang tersumbat. Dibawah ini saya tunjukkkan proses-prosesnya.

Floor trap yang tersumbat telah menakung air yang dialirkan dari sinki ke mainhole.

Setelah dipam menggunakan rotan lelemak telah keluar kemudian saya  menyiram floor trap tadi dengan air panas bagi memastikan lelemak akan mencair dan air akan mengalir dengan lancar ke mainhole.


Tiada lagi air yang bertakung di floor trap.


No. Tel : 012-6379460




Selasa, 7 Januari 2014

KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH/MENYELENGGARA RUMAH DI SETAPAK JAYA

Saya telah dihubungi oleh Puan Saadiah yang tinggal di Setapak Jaya, Kuala Lumpur tempohari bagi membaiki dan menyelenggara semula rumahnya. Beliau meminta saya mencuci tangki air, menukar ball valve yang telah rosak/berkarat, menggantikan awning atap zink kepada awning metal deck dan menukar pintu utama dirumahnya. Dibawah ini saya tunjukkan proses-prosesnya.

Rumah Puan Saadiah adalah rumah berkembar 2 tingkat. Tangki air terletak ditingkat atas rumah. Apabila hendak mencuci tangki air tersebut, disekeliling tangki air telah dipenuhi dengan pokok-pokok renek. Oleh itu saya membuang dan membersihkan dahulu sekeliling tangki air ini dengan mencabut pokok-pokok renek tersebut.

Setelah pokok-pokok renek tadi dicabut dan buang, tapak tangki air kelihatan lebih bersih. Selepas ini barulah proses mencuci tangki air dilakukan.

Gambar sebelah kiri adalah tangki air yang berkeledak sebelum dicuci. Manakala gambar sebelah kanan pula setelah tangki air dicuci. Ia kelihatan bersih.

Sebelah kiri adalah ball valve yang telah rosak manakala gambar sebelah kanan pula adalah ball valve yang telah ditukar baru. Gambar dibawahnya pula adalah proses menguji ball valve dan mengisi air tangki.

Ini adalah proses membuka zink yang sebelum ini merupakan awning. Awning zink ini telah berkarat dan bocor oleh itu Puan Saadiah meminta ianya dibuka dan diganti dengan awning metal deck.

Ini adalah proses memasang kayu kerangka yang baru bagi memasang atap metal deck.

Atap metal deck yang di potong mengikut ukurannya kemudian dipasang pada kayu kerangka tadi.

Gambar ini pula menunjukkan proses memotong pintu kayu. Pintu kayu ini lebar sedikit dari pintu asal. Oleh itu, pintu ini dipotong sedikit sebanyak 1/2 inci. Sebelum ia dipasang ia dilicinkan sekali lagi.

Gambar pintu yang telah siap dipasang.

 Ini adalah proses mengecat pintu. Sebelum pintu ini dicat, cat alas/undercoat telah disapukan pada pintu terlebih dahulu. Puan Saadiah telah memilih cat berwarna coklat terang/oren untuk dicat pada pintu rumahnya.


No. Tel : 012-6379460