facebook

Selasa, 7 Januari 2014

KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH/MENYELENGGARA RUMAH DI SETAPAK JAYA

Saya telah dihubungi oleh Puan Saadiah yang tinggal di Setapak Jaya, Kuala Lumpur tempohari bagi membaiki dan menyelenggara semula rumahnya. Beliau meminta saya mencuci tangki air, menukar ball valve yang telah rosak/berkarat, menggantikan awning atap zink kepada awning metal deck dan menukar pintu utama dirumahnya. Dibawah ini saya tunjukkan proses-prosesnya.

Rumah Puan Saadiah adalah rumah berkembar 2 tingkat. Tangki air terletak ditingkat atas rumah. Apabila hendak mencuci tangki air tersebut, disekeliling tangki air telah dipenuhi dengan pokok-pokok renek. Oleh itu saya membuang dan membersihkan dahulu sekeliling tangki air ini dengan mencabut pokok-pokok renek tersebut.

Setelah pokok-pokok renek tadi dicabut dan buang, tapak tangki air kelihatan lebih bersih. Selepas ini barulah proses mencuci tangki air dilakukan.

Gambar sebelah kiri adalah tangki air yang berkeledak sebelum dicuci. Manakala gambar sebelah kanan pula setelah tangki air dicuci. Ia kelihatan bersih.

Sebelah kiri adalah ball valve yang telah rosak manakala gambar sebelah kanan pula adalah ball valve yang telah ditukar baru. Gambar dibawahnya pula adalah proses menguji ball valve dan mengisi air tangki.

Ini adalah proses membuka zink yang sebelum ini merupakan awning. Awning zink ini telah berkarat dan bocor oleh itu Puan Saadiah meminta ianya dibuka dan diganti dengan awning metal deck.

Ini adalah proses memasang kayu kerangka yang baru bagi memasang atap metal deck.

Atap metal deck yang di potong mengikut ukurannya kemudian dipasang pada kayu kerangka tadi.

Gambar ini pula menunjukkan proses memotong pintu kayu. Pintu kayu ini lebar sedikit dari pintu asal. Oleh itu, pintu ini dipotong sedikit sebanyak 1/2 inci. Sebelum ia dipasang ia dilicinkan sekali lagi.

Gambar pintu yang telah siap dipasang.

 Ini adalah proses mengecat pintu. Sebelum pintu ini dicat, cat alas/undercoat telah disapukan pada pintu terlebih dahulu. Puan Saadiah telah memilih cat berwarna coklat terang/oren untuk dicat pada pintu rumahnya.


No. Tel : 012-6379460




Tiada ulasan:

Catat Ulasan