facebook

Sabtu, 2 Februari 2013

MENUKAR TAP (KEPALA PAIP) BARU

Hari ini saya akan tunjukkan gambar-gambar menukar tap baru. Saya telah dihubungi Puan Nonee yang tinggal di Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor bagi membaiki dan mengganti tap lama yang telah rosak. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini.

GAMBAR 1

Gambar ini menunjukkan tap lama yang telah rosak. Masalah kerosakannya ialah, ia akan terpusing ke kiri dan kanan (bergoyang-goyang) apabila di pulas pemusingnya dan pemusing sebelahnya juga telah tertanggal.  Puan Nonee juga meminta saya menukar saluran air PVC itu kepada tembaga.


GAMBAR 2


Gambar ini pula menunjukkan saluran air telah diganti dengan tembaga dan tapnya pula telah diganti baru.


GAMBAR 3

Gambar 3 - ini adalah gambar yang telah diambil sewaktu saya menukarkan tap baru dirumah Puan Nora yang tinggal di Taman Kosas, Ampang, Selangor tempohari. Beliau juga menghadapi masalah yang sama iaitu tap air yang telah patah/rosak. Beliau meminta saya menukarnya kepada yang baharu.


GAMBAR 4

Gambar ini menunjukkan tap yang telah ditukar baharu. Setelah diuji airnya mengalir dengan lancar.


GAMBAR 5

Beginilah rupanya tap yang baharu itu.




NO. TEL : 012 - 6379460





Isnin, 28 Januari 2013

MEMASANG SESALUR AIR

Kerja-kerja memasang sesalur air ini telah dilakukan dirumah En. Faisal yang tinggal di SS 2, Petaling Jaya. Beliau meminta saya menukar sesalur air itu kerana ia telah terlalu lama dan terdapat kebocoran di beberapa bahagian. Air sering kali  masuk kedalam rumah melalui bahagian yang bocor itu apabila hujan berlaku.
Gambar-gambar dibawah ini adalah proses bagaimana sesalur air itu dibuka dan kemudian dipasang semula.

GAMBAR 1

Gambar 1 - ia menunjukkan dibahagian atas bumbung. Sesalur air yang terletak di bahagian hujung bumbung rumah telah dibuka dengan teliti. Sebelum membawah keluar sesalur yang lama, atap genting yang terdapat disitu juga dibuka. 

GAMBAR 2

Gambar 2 - beginilah gambar sesalur air yang telah dipasang dibahagian hujung bumbung. Seorang pekerja sedang menyapu gam dengan teliti agar bahagian yang akan disambung itu tidak akan bocor dikemudian hari.



No. Tel : 012-6379460





Sabtu, 26 Januari 2013

MENUKAR AWNING KEPADA ATAP ASBESTOS

Saya tunjukkan gambar-gambar yang saya ambil sewaktu saya membaiki rumah En. Faisal yang tinggal di SS2 Petaling Jaya. Beliau mahu menggantikan awning yang terdapat di bahagian dapur rumah beliau kepada atap asbestos. Awning yang telah lama dan terdapat beberapa tempat yang bocor.

GAMBAR1
Beginilah awning yang terdapat dibahagian dapur rumah En. Faisal.
Terdapat banyak tempat yang bocor dan adalah terlalu sukar mencari bahan yang sesuai untuk membaikinya. Saya telah memberi  pilihan kepada En Faisal samada mahu menggantikan dengan awning yang baharu ataupun menukarkannya kepada atap asbestos.


GAMBAR 2
Setelah awning dibuka dan dibuang, kerangka kayu dipasang. Seterusnya atap asbestos dipasang dengan teliti bagi memastikan tiada atap yang bocor.


GAMBAR 3
Ini adalah gambar atap asbestos yang telah disusun dengan baik dan telah dipaku serta ditepinya telah dipasang dengan lapisan zink bagi memastikan tiada air yang mengalir dari tepi dinding.


No. Tel : 012-6379460




Khamis, 24 Januari 2013

MENGGANTI SALURAN AIR BASUHAN DARI SINKI

Hari ini saya dihubungi oleh Mohamed dari Saujana Impian, Sungai Buloh, Selangor. Beliau mahu saya membaiki saluran air sinki yang tertanggal. Punca ia sering tertanggal adalah penggunaan gam yang tidak berkualiti serta pemasangan yang tidak betul.


Saya telah menggantikan saluran tersebut menggunakan  UPVC. 




No. Tel : 012-6379460




Rabu, 23 Januari 2013

PEMASANGAN JERIJI (GRILL) DAN AWNING

Gambar-gambar dibawah ini adalah sambungan daripada projek membaikpulih rumah rakan Cikgu Din yang tinggal di Apartmen Sri Wira, Ukay Perdana, Ampang, Selangor. Dia telah meminta saya untuk memasang jeriji/grill di tingkap bilik dan beranda  dapur. Manakala awning pula dipasang dibahagian dapur.


GAMBAR 1
Gambar 1 - dibahagian inilah yang dikehendaki oleh rakan Cikgu Din bagi memasang jeriji dan awning.



GAMBAR 2
Gambar 2 - setelah jeriji dan awning ditempah, barulah dipasang ditempat-tempat yang telah ditetapkan.


GAMBAR 3
Gambar 3 - awning yang telah siap dipasang dibahagian beranda dapur.


No. Tel : 012-6379460





Isnin, 21 Januari 2013

MENUKAR KAYU PAPAN LAYAR

Ramai yang tidak tahu apakah itu kayu papan layar ataupun papan manis. Kayu papan layar(papan manis) adalah papan yang terdapat dipenghujung atap.  Kerja menukar papan layar ini telah dilakukan dirumah En. Faisal yang tinggal di SS2 Petaling Jaya pada awal November, 2012 yang lalu.


GAMBAR 1
GAMBAR 1 - Gambar ini menunjukkan bagaimana rupanya papan layar yang telah reput dan usang. Tujuan kayu papan layar ini diletakkan dihujung atap bagi menghidari dari terkena hujan selain ia mencantikkan bahagian tepi bumbung. Saya telah menggantikan kayu papan layar ini yang terletak dibahagian atas rumah, disitulah terletaknya tangki air.


GAMBAR 2
GAMBAR 2 - gambar ini pula menunjukkan kayu papan layar yang telah diganti baru.



No. Tel : 012-6379460






Sabtu, 19 Januari 2013

SALURAN KUMBAHAN PECAH - (JENIS CAST IRON)

Saya telah dihubungi oleh Kolonel (B) Bob yang tinggal di Taman Zooview, Ampang, Selangor. Beliau telah meminta saya membaiki saluran kumbahan yang telah pecah. Sebelum ini saya pernah siarkan entri menukar tangki air di rumah beliau. Sila lihat di sini.  Kolonel (B) Bob telah mendiami rumah ini selama  25 tahun. Terdapat banyak kerosakkan yang berlaku dirumah beliau. Hari ini saya tunjukkan saluran kumbahan yang pecah dibawah lantai bilik air ditingkat atas. 

GAMBAR 1
GAMBAR 1 - ini adalah saluran kumbahan yang telah ditutup dengan simen putih. Kol (B) Bob telah menyimen sendiri saluran yang pecah itu dengan tujuan ia tidak akan bocor/menitis ke bilik bawah. Namun ia masih lagi menitis. Saluran kumbahan yang  lama dan reput telah menyebabkan ia bocor. Saluran ini adalah jenis cast iron.

GAMBAR 2
GAMBAR 2  - saya telah memotong saluran kumbahan tersebut bagi membina satu laluan saluran yang baru.

GAMBAR 3
Setelah dibuang bahan-bahan yang telah menyebabkan saluran kumbahan bocor, saluran  jenis UPVC yang baharu dipasang.


No. Tel : 012-6379460