facebook

Khamis, 27 Disember 2012

FLOOR TRAP TERSUMBAT

Saya telah dihubungi oleh Puan Suhana yang tinggal di Taman Kosas, Ampang . Masalah yang beliau hadapi ialah floor trap lantai dapur rumah ibunya yang tersumbat. Beliau telah beberapa kali menghubungi plumber bagi membaiki masalah tersumbat tersebut namun ia masih berlaku lagi. Menurut kata beliau, plumber yang datang hanya menyuruh dia menyiram lubang lantai dapur tersebut dengan air panas sahaja. Beliau telah melawat laman blog saya dan mendapati permasalahan yang di hadapi pernah saya lakukan.  Saya  pernah siarkan disini sebelum ini. 



GAMBAR 1

Ini adalah floor trap lantai dapur yang dipenuhi dengan lelemak. Air tidak dapat mengalir ke mainhole lalu menyebabkan sinki sentiasa dipenuhi dengan air basuhan.


GAMBAR 2

Floor trap yang dipenuhi lelemak mencair setelah disiram dengan air panas. Saya telah menggunakan rodding/rotan bagi mengepam keluar  lelemak yang cair itu.


GAMBAR 3

Lantai yang tadinya dilimpahi dengan lelemak cair telah dibersihkan dan air basuhan disinki pun telah tiada lagi. 


NOTA
Bagi mengelakkan masalah ini berulang saya mengesyorkan floor trap ini disiram dengan air panas setiap 2 minggu.

No Tel: 012 - 6379460





Selasa, 25 Disember 2012

TANDAS TERSUMBAT

Saya telah dihubungi oleh Jamil dari Taman Permata, Kuala Lumpur bagi membaiki tandas duduknya yang tersumbat. SILA LIHAT GAMBAR-GAMBAR DAN PERINCIANNYA DIBAWAH INI.


GAMBAR 1

Beginilah keadaan tandas dirumah En. Jamil yang tersumbat. Walaupun ia kelihatan menjijikkan akan tetapi ia sering berlaku di rumah kediaman kita. Gambar diatas adalah gambar sebelum dibaiki.

GAMBAR 2

Gambar ini pula setelah dipam/dibaiki air mengalir dengan lancarnya dan tiada lagi najis dilubang tandas.

GAMBAR 3

Gambar ini pula adalah tandas cangkung dirumah Puan Norzila yang tinggal di Taman Samudera, Gombak, Selangor. Masalahnya sama seperti En. Jamil, iaitu tandas tersumbat.


GAMBAR 4

Gambar diatas saya menggunakan rotan bagi mengepam tandas cangkung ini. Setelah beberapa kali dipam barulah air mengalir dengan lancar dan tiada lagi tersumbat.


GAMBAR 5

Air mengalir dengan lancar setelah dipam.

NOTA
Tandas tersumbat ini boleh berpunca dari sabun mandi, bekas plastik, tuala wanita dan pelbagai lagi yang terjatuh kedalam lubang tandas. Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi anda haruslah berhati-hati(alert) apabila sesuatu benda terjatuh kedalam lubang tandas.


No. tel : 012 - 6379460





Sabtu, 22 Disember 2012

TUKAR BOLA TANGKI YANG ROSAK


En. Faisal telah pergi bercuti selama 2 minggu keluar negara. Apabila pulang beliau terkejut  melihat ruang tamunya yang basah sehingga ke dapur. Dibahagian dindingnya  pula masih terdapat  air yang mengalir. Beliau telah menghubungi saya dan meminta saya mencari punca aliran air itu serta membaiki semula beberapa bahagian rumahnya yang telah rosak. Untuk makluman En. Faisal tinggal di SS 2/77 Petaling Jaya.
Hari ini saya akan tunjukkan bola tangki yang telah rosak.

.
GAMBAR 1

Gambar ini menunjukkan bola tangki air yang seperti berfungsi dengan biasa/baik. Namun ia tidak dapat mengawal kemasukkan air kedalam tangki. Walaupun air ditangki telah penuh ia masih mengeluarkan air sehingga ia melimpah keluar dari tangki. Ini adalah satu pembaziran dan akan menyebabkan air itu mengalir masuk kedalam rumah.

GAMBAR 2

Gambar ini pula menunjukkan satu set bola tangki telah ditukar. Tiada lagi air yang menitis dan melimpah keluar dari tangki air.

GAMBAR 3

Gambar ini menunjukkan tiada lagi air yang menitis keluar.

NOTA
Sering kali terjadi air mengalir/menitis kedalam rumah dan kita menyangka ia berpunca dari bumbung yang bocor. Kita perlu memeriksa dengan teliti adakalanya ia berpunca dari bola tangki yang telah rosak di  tangki  tempat penyimpanan air mungkin menjadi puncanya.

No. tel: 012 -6379460




Selasa, 18 Disember 2012

METER AIR ROSAK

Hari ini saya telah dihubungi oleh Cikgu Haliza dari Jalan J4, Taman Melawati, Kuala Lumpur meminta saya memeriksa meter  airnya yang sentiasa menitis keluar. Setelah diperiksa, kerosakkan itu berpunca dari meter plastik milik SYABAS  rosak sebelum meter. Saya telah meminta beliau melaporkan tentang kerosakkan ini terus ke pihak SYABAS.


Begitu juga masalah yang dihadapi oleh Cikgu Melati yang tinggal di Kuarters Guru UIA, Gombak. Air yang  menitis selepas meter air telah menyebabkan bil air bulanannya tinggi.



Gambar ini menunjukkan air yang menitis selepas meter.


Nota
Sebagai seorang tukang paip saya tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menukar meter air tanpa kebenaran dari pihak SYABAS


No. tel : 012 - 6379460




Khamis, 13 Disember 2012

TANGKI AIR BOCOR DAN DITUKAR BARU

Kolonel (B) Bob adalah rakan lama saya yang tinggal di Taman Zooview, Kuala Lumpur. Beliau telah tinggal disitu sejak 25 tahun lalu. Minggu lepas beliau menghubungi saya mengenai air yang sering menitik dari siling rumahnya.  Oleh itu beliau telah  meminta saya  menyiasat apakah punca air itu menitik. Saya dapati tangki air dirumahnya bocor. SILA LIHAT PERINCIANNYA DIBAWAH.

GAMBAR 1

GAMBAR 1 -  ini adalah tangki air dan penutupnya.

GAMBAR 2

GAMBAR 2 - ini adalah proses pertama sewaktu hendak memasang tangki air. Pada peringkat awalnya atap perlu dibuka dan kayu-kayu  kekuda   perlu dipotong bagi memudahkan proses mengeluar dan memasukkan tangki air.

GAMBAR 3

GAMBAR 3 - ini adalah tangki air lama yang telah bocor. Pada peringkat ini, tangki yang lama akan dikeluarkan secara perlahan-lahan kerana masih terdapat air didalamnya.

GAMBAR 4

GAMBAR 4 - ini adalah gambar tangki air yang bocor (berwarna putih). Kebocorannya sangat besar dan terdapat dibeberapa tempat. Gambar ini juga menunjukkan proses mencuci tangki air dilakukan.

GAMBAR 5

GAMBAR 5 - setelah tangki air yang lama dikeluarkan, tangki air yang baru  dimasukkan semula di tempatnya. Setelah itu,  proses memasang bola tangki dan saluran-saluran  paip (fitting) dilakukan. Pemeriksaan yang teliti dilakukan bagi memastikan tiada kebocoran berlaku dan pemasangan bola tangki mestilah dilakukan dengan betul barulah kekuda kayu dipasang semula. Pada peringkat akhir, atap-atap yang dibuka tadi dipasang dengan susunan yang betul.

NOTA
Tangki air ada pelbagai jenis saiz, bentuk  dan kapasitinya. Ia adalah mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing. Sering kali saya diajukan pertanyaan kenapa kos menukar tangki air agak tinggi.  Ia adalah kerana proses melaksanakannya adalah rumit dan berisiko. Dan ia juga bergantung kepada faktor cuaca.
No. tel : 012 - 6379460




Selasa, 11 Disember 2012

BUMBUNG BOCOR

Saya telah dihubungi oleh Cik Sabariah dari Nusaputra, Putra Perdana,  2 minggu yang lalu. Beliau memaklumkan kepada saya, bumbung rumahnya  bocor. Bumbung bocor telah lama berlaku ia lebih ketara diwaktu sekarang kerana setiap hari berlakunya hujan. Menurut beliau, apabila hujan air akan menitis masuk ke dalam bilik hadapan (utama). Beliau tidak mahu kebocoran yang berlaku berlarutan lalu memohon saya untuk menyiasat apakah punca berlaku kebocoran itu.

Setelah diperiksa saya dapati terdapat 2 batang kayu  disaluran air atas bumbung. Kayu-kayu tersebut telah menghalang laluan air dan menjadi punca air hujan itu menitis masuk kedalam bilik utama Cik Sabariah.

GAMBAR 1
Kayu yang telah menghalang laluan air.

GAMBAR 2
Setelah dibuang kayu-kayu tersebut tiada lagi kebocoran.


NOTA
Kejadian sebegini seringkali berlaku kerana adakalanya pekerja-pekerja kontrak terlupa untuk membawa turun/membuang kayu-kayu tersebut setelah tidak digunakan lagi. Ia adalah kecuaian manusia.


No. tel : 012 - 6379460




Ahad, 9 Disember 2012

MEMBAIKI PAM TANDAS

Saya telah dihubungi oleh Cikgu Din yang tinggal di Ukay Perdana, Ampang, Selangor, yang mahu saya membaiki semula tandas di Apartmen miliknya. Gambar-gambar di bawah ini menunjukkan permasalahan yang dihadapi oleh Cikgu Din.

GAMBAR 1

  • Gambar no. 1 - sinki yang tiada bottle trap.
  • Gambar no. 3 - bottle trap yang tersumbat.
  • Gambar no. 2 & 4 - pam tandas yang rosak.




GAMBAR 2

  • Gambar 1 & 2 - bottle trap yang telah diganti baru dan dibaiki semula  perpaipannya.
  • Gambar 3 & 4 - pam tandas yang telah dibaiki dan berfungsi dengan baik.

No. tel : 012 - 6379460