facebook

Jumaat, 26 Oktober 2018

MEMBAIKI LANTAI KONKRIT YANG BOCOR DI TAMAN SUPREME, CHERAS, KUALA LUMPUR

Seorang pelanggan telah menghubungi saya dan memberitahu ada kebocoran pada bumbung rumahnya. Bocor itu telah menyebabkan air hujan mengalir masuk melalui dinding dan mengenai kotak suiz utama (main switch). Beliau telah memanggil kontraktor untuk membaikinya sebelum ini. Namun apabila hujan lebat air masih mengalir masuk malahan dengan lebih banyak lagi. Air hujan yang mengalir masuk dengan banyak itu telah menyebabkan beliau berasa bimbang perkara buruk akan berlaku. Saya telah melakukan penyiasatan dan mendapati ada rekahan pada lantai konkrit. Untuk mengetahui lebih lanjut sila lihat penerangannya dibawah ini.

Gambar ini menunjukkan dinding yang basah.

Ini adalah proses membersih lantai konkrit. Menyapu dan membuang lumut-lumut yang terdapat dilantai konkrit. Setelah dibersihkan barulah bahagian-bahagian yang bocor/merekah dapat dikenalpasti.

Kontraktor yang terdahulu hanya meletakkan sekeping zink  dibelakang sesalur air bagi menghalang air dari masuk melaluinya.

Zink dibelakang sesalur air dan juga sesalur air yang rosak dibuka.

Gambar ini menunjukkan terdapatnya lubang dibelakang sesalur air. Kontraktor yang dahulu hanya menutup bahagian yang berlubang ini dengan sekeping zink sahaja. Menutup bahagian ini dengan zink tidak dapat mengurangkan air mengalir masuk ke dalam rumah malahan air akan mengalir masuk dengan lebih banyak lagi kerana apabila hujan lebat air akan bertakung dilantai konkrit dan ia akan berpatah balik lalu memasukki ruang terbuka itu.

Dibahagian dinding ini terdapat retakan. Retakan ini juga boleh menyebabkan air mengalir masuk.

Ini adalah proses menyapu SIKA107 pada lantai konkrit, dinding dan juga bahagian yang berlubang dibelakang sesalur air. Proses ini dilakukan berulangkali agar kesemua bahagian dilitupi dengannya.

Setelah disapur SIKA107 lantai tadi dibiarkan kering.



Sila tonton video membaiki lantai konkrit ini agar anda dapat melihat dengan lebih jelas lagi.




No, Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460




1 ulasan: