facebook

Isnin, 29 Oktober 2018

BUMBUNG BOCOR DAN TUKAR TANGKI U5, SHAH ALAM, SELANGOR

Saya dihubungi seorang pelanggan yang tinggal di Sekyen U5, Shah Alam, Selangor tempohari. Beliau memberitahu bumbung rumahnya bocor kerana siling berdekatan kipas angin terdapat kesan berkulat. Oleh itu, beliau meminta saya membaiki bumbung yang bocor itu. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Kesan berkulat pada siling.

Ini adalah proses membuka atap dan mencari punca air masuk kedalam siling.

Bocor berpunca dari rabong yang telah lari dari kedudukkan asal dan simen pada rabong kebanyakkannya telah lekang. Ini adalah proses membuang simen dan membuka rabong yang telah lari dari kedudukkan asal.

Gambar ini pula menunjukkan proses pemasangan semula rabong. Terdapat beberapa rabong yang telah pecah diganti dengan yang baru. Rabong dipasang mengikut susunan yang betul dan selepas itu sealant disapu pada setiap penyambung rabong.

Pelanggan ini juga meminta kami menukar tangki yang lama kerana ia bocor dan telah lama tidak digunakan.

Ini adalah proses memotong penyambungan paip ke tangki dan membawa keluar tangki yang bocor ini.

Membuka dan membuang kayu lapik tangki yang sudah reput.

Pada bulatan ini adalah bahagian yang bocor.

Memasang kayu lapik tangki yang baharu sebelum tangki diletakkan disitu.

Tangki baru telah dinaikkan dan diletakkan pada tapaknya. Selepas itu proses penyambungan sistem perpaipan dan juga memasang bola tangki. Kemudian air dimasukkan semula disamping menguji bola tangki itu. Bola tangki berfungsi dengan baik.



NO. TEL : 012-6379460
WHATS APP : 012-6379460





1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Nak tanya anggaran tukar bumbung untuk rumah lebih kurang 3500 ft² berapa ye?

    BalasPadam