Seorang pelanggan menghubungi saya dan memberitahu sinki dapur rumahnya tersumbat. Beliau telah mencuba kaedah mengepam sinki bagi membebaskan air yang bertakung didalamnya. Namun air didalam sinki masih tidak mengalir ke gully trap. Setelah diperiksa floor trap dan gully trap, tiada yang tersumbat disitu. Saya dapati bahagian yang tersumbat itu adalah bottle trap. Setelah bottle trap dibuka, didapati lelemak keras telah membeku didalamnya. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Beginilah keadaan bottle trap yang dipenuhi dengan lelemak beku dan telah mengeras.
Saya telah membuka bottle trap tersebut bagi melepaskan air yang terdapat dalam sinki. Setelah itu sesalur paip dan bottle trap dipotong.
Kemudian bottle trap yang baru dipasang semula. Air dari sinki telah mula mengalir keluar dengan lancar.
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan