facebook

Ahad, 22 Mac 2015

MEMBAIKI SALURAN AIR KUMBAHAN JENIS UPVC DI BANDAR SERI PUTRA, BANGI, SELANGOR

 Seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor telah menghubungi saya bagi membaiki bumbung yang bocor. Terdapat kesan tompokan pada siling diruang tamu rumahnya. Apa yang menghairankan pelanggan ini ialah ruang tamu dirumahnya sentiasa berbau busuk. Beliau mengesyakki bumbungnya bocor. Disamping itu beliau juga mahu tangki air diperiksa kerana dikhuatiri ball valvenya rosak.

Oleh itu, beliau telah meminta saya mencari punca air lelehan itu terlebih dahulu. Setelah diperiksa, ball valve pada tangki berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan tangki air. Tiada kebocoran yang terdapat disitu. Saya dan krew telah memotong siling dimana terdapatnya kesan tompokan air itu.  Air  lelehan itu berpunca dari pintu angin sesalur UPVC. Sila lihat penerangannya dibawah ini.


pintu angin
Ini adalah memotong siling yang dipenuhi dengan tompokan air bagi mencari punca kepada permasalahan.

pintu angin1
Sesalur yang berwarna putih itu adalah sesalur UPVC.

pintu angin2
Ini adalah proses membuka pintu angin. Kerja-kerja ini agak sukar untuk dilakukan kerana ia bersambung dengan sesalur air kumbahan. Sekiranya tidak dilakukan dengan berhati-hati berkemungkinan besar air kumbahan akan melimpahi siling tersebut. Sewaktu membaikinya, penggunaan tandas samada untuk mandi ataupun membuang air adalah tidak boleh dilakukan sama sekali.

pintu angin3
Beginilah bentuknya pintu angin bagi sesalur UPVC.

pintu angin4
Pintu angin sesalur UPVC yang telah siap dipasang.


NOTA:
Saluran air kumbahan jenis UPVC adalah saluran utama dari wc tandas yang membawa air kumbahan ke manhole. Saluran ini mempunyai ruangan pengaliran udara. Ia terletak didalam siling bagi rumah-rumah yang bertingkat seperti rumah teres 2 tingkat atau lebih, flat, apartmen dan kondominium.

Pintu angin ini berfungi bagi melancarkan laluan air. Sekiranya kaedah pemasangan pintu angin ini dilakukan dengan tidak sempurna/betul ia akan menyebabkan kebocoran. Pemasangan pintu angin ini juga perlu mengikut saiz yang betul. Saiz-saiz pintu angin ini adalah 4”, 3’' dan 2”. Kaedah penyapuan gam disekeliling pintu angin hendaklah dilakukan dengan sekata agar ia tidak longgar. Apabila ia longgar sebahagian air kumbahan yang sepatutnya mengalir terus ke manhole akan mengalir masuk ke pintu angin. Ini akan menyebabkan siling rumah sentiasa basah dengan titisan air kumbahan.

Pintu angin sesalur UPVC ini terletak di dalam siling. Bagi membaiki/menukarnya bergantung pada tahap kesukarannya. Sekiranya terdapat ruangan yang luas maka mudahlah kerja-kerja ini dilakukan. Jika ruangan itu sangat terhad kerja-kerja pembaikan/menukar akan menjadi sukar dan berkemungkinan kos membaikinya akan bertambah.



1857752466514413290814
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan