facebook

Selasa, 31 Mac 2015

MENGECILKAN PINTU KAYU DI TAMAN KERAMAT, KUALA LUMPUR


Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Taman Keramat tempohari. Beliau meminta saya mengecilkan pintu kayu yang lama. Rumah pelanggan ini telah dibuat pengubahsuaian. Beliau mahu menggunakan semula pintu kayu ini kerana ia masih elok. Oleh kerana ukuran pintu kayu ini  lebih besar dari rangka pintu yang baru, dengan itu ia hendaklah dipendekkan sedikit.

kecik kan pintu
Pintu kayu yang lama bersaiz 36".

kecik kan pintu1
Proses memotong pintu kayu. Pintu ini dipotong 1” dibahagian atas dan 1” dibahagian bawah.

kecik kan pintu2
Proses memasang pintu.




1857752466514413290814
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Isnin, 30 Mac 2015

MENUKAR BALL VALVE DI USJ 16, SUBANG JAYA

Seorang pelanggan yang tinggal di USJ 16, Subang Jaya, Selangor telah menghubungi saya. Beliau memberitahu air sentiasa masuk ke tangki tanpa henti dan melimpah ke atas lantai. Limpahan air itu telah menyebabkan siling rumahnya basah. Saya telah memeriksa tangki air dan didapati ball valve didalam tangki telah tidak berfungi. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

ball valve 6
Dapat dilihat kesan basah pada lantai.

ball valve 61
Ball valve yang telah berkarat.

ball valve 62
Ball valve tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan air akan
sentiasa masuk ke dalam tangki tanpa henti.

ball valve 63
Setelah ball valve yang baharu dipasang, ia perlu diuji terlebih dahulu.


1857752466514413290814
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Sabtu, 28 Mac 2015

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR DI BANDAR SERI PUTRA

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu saya membaiki bumbung yang bocor di Bandar Seri Putra,  Selangor. Pelanggan ini memberitahu bahawa setiap kali hujan air akan masuk ke dalam rumah melalui dinding. Oleh itu beliau meminta saya membaiki semula bumbung yang bocor itu. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

bumbung sealant 2
Simen pada rabong yang telah merekah.

bumbung sealant 21
Simen yang telah tertanggal dari rabong T. Dapat dilihat keretakkan pada rabong.

bumbung sealant 22
Atap genting yang retak.

bumbung sealant 23
Proses menyapu sealant.



1857752466514413290814
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Khamis, 26 Mac 2015

MENUKAR BOTTLE TRAP

Seorang pelanggan menghubungi saya dan memberitahu sinki dapur rumahnya tersumbat. Beliau telah mencuba kaedah mengepam sinki bagi membebaskan air yang bertakung didalamnya. Namun air didalam sinki masih tidak mengalir ke gully trap. Setelah diperiksa floor trap dan gully trap, tiada yang tersumbat disitu. Saya dapati bahagian yang tersumbat itu adalah bottle trap. Setelah bottle trap dibuka, didapati lelemak keras  telah membeku didalamnya. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

tukar bottle trap
Beginilah keadaan bottle trap yang dipenuhi dengan lelemak beku dan telah mengeras.

tukar bottle trap1Saya telah membuka bottle trap tersebut bagi melepaskan air yang terdapat dalam sinki. Setelah itu sesalur paip dan bottle trap dipotong.

tukar bottle trap2
Kemudian bottle trap yang baru dipasang semula. Air dari sinki telah mula mengalir keluar dengan lancar.


1857752466514413290814
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Ahad, 22 Mac 2015

MEMBAIKI SALURAN AIR KUMBAHAN JENIS UPVC DI BANDAR SERI PUTRA, BANGI, SELANGOR

 Seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor telah menghubungi saya bagi membaiki bumbung yang bocor. Terdapat kesan tompokan pada siling diruang tamu rumahnya. Apa yang menghairankan pelanggan ini ialah ruang tamu dirumahnya sentiasa berbau busuk. Beliau mengesyakki bumbungnya bocor. Disamping itu beliau juga mahu tangki air diperiksa kerana dikhuatiri ball valvenya rosak.

Oleh itu, beliau telah meminta saya mencari punca air lelehan itu terlebih dahulu. Setelah diperiksa, ball valve pada tangki berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan tangki air. Tiada kebocoran yang terdapat disitu. Saya dan krew telah memotong siling dimana terdapatnya kesan tompokan air itu.  Air  lelehan itu berpunca dari pintu angin sesalur UPVC. Sila lihat penerangannya dibawah ini.


pintu angin
Ini adalah memotong siling yang dipenuhi dengan tompokan air bagi mencari punca kepada permasalahan.

pintu angin1
Sesalur yang berwarna putih itu adalah sesalur UPVC.

pintu angin2
Ini adalah proses membuka pintu angin. Kerja-kerja ini agak sukar untuk dilakukan kerana ia bersambung dengan sesalur air kumbahan. Sekiranya tidak dilakukan dengan berhati-hati berkemungkinan besar air kumbahan akan melimpahi siling tersebut. Sewaktu membaikinya, penggunaan tandas samada untuk mandi ataupun membuang air adalah tidak boleh dilakukan sama sekali.

pintu angin3
Beginilah bentuknya pintu angin bagi sesalur UPVC.

pintu angin4
Pintu angin sesalur UPVC yang telah siap dipasang.


NOTA:
Saluran air kumbahan jenis UPVC adalah saluran utama dari wc tandas yang membawa air kumbahan ke manhole. Saluran ini mempunyai ruangan pengaliran udara. Ia terletak didalam siling bagi rumah-rumah yang bertingkat seperti rumah teres 2 tingkat atau lebih, flat, apartmen dan kondominium.

Pintu angin ini berfungi bagi melancarkan laluan air. Sekiranya kaedah pemasangan pintu angin ini dilakukan dengan tidak sempurna/betul ia akan menyebabkan kebocoran. Pemasangan pintu angin ini juga perlu mengikut saiz yang betul. Saiz-saiz pintu angin ini adalah 4”, 3’' dan 2”. Kaedah penyapuan gam disekeliling pintu angin hendaklah dilakukan dengan sekata agar ia tidak longgar. Apabila ia longgar sebahagian air kumbahan yang sepatutnya mengalir terus ke manhole akan mengalir masuk ke pintu angin. Ini akan menyebabkan siling rumah sentiasa basah dengan titisan air kumbahan.

Pintu angin sesalur UPVC ini terletak di dalam siling. Bagi membaiki/menukarnya bergantung pada tahap kesukarannya. Sekiranya terdapat ruangan yang luas maka mudahlah kerja-kerja ini dilakukan. Jika ruangan itu sangat terhad kerja-kerja pembaikan/menukar akan menjadi sukar dan berkemungkinan kos membaikinya akan bertambah.



1857752466514413290814
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Khamis, 19 Mac 2015

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR (RABONG) DI BANDAR KINRARA, PUCHONG, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh En. Faizal yang tinggal di Jalan BK 9/3, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor bagi membaiki bumbung yang bocor di rumah sewaan beliau. Bumbung bocor ini telah menyebabkan air masuk ke dalam siling rumah dan membasahi bilik tidur utama dan juga ruang rehat di tingkat atas rumah tersebut. Oleh kerana jadual kerja yang padat, kerja-kerja bagi mencari punca bumbung bocor ini telah ditangguh beberapa kali. Kerja-kerja membaiki bumbung ini saya lakukan pada bulan Februari yang lalu.

Setelah saya memanjat bumbung dan mendapati beberapa tempat dibumbung itu yang menyebabkan air boleh masuk ke dalam siling rumah. Yang pertama adalah rabong yang telah terkopak simennya. Yang kedua, terdapat ketulan simen didalam sesalur air hujan. Ia telah menutup aliran air dan menyebabkan ia bertakung di bumbung. Terdapat pokok-pokok renek yang telah menjalar diatas bumbung.

Saya teleh memberitahu En. Faizal bahawa kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilakukan dengan segera atas faktor keselamatan. Faktor keselamatan ini amat penting kerana memanjat bumbung dirumah beliau amat merbahaya. Kedudukkan bumbung yang sangat curam iaitu lebih kurang 60 darjah kecuraman. Bagi memanjat bumbung, jentera kren terpaksa digunakan. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

FAIZAL BKK 9
Gambar-gambar ini menunjukkan bagaimana saya mencari punca air boleh masuk ke dalam siling. Saya terpaksa berada betul-betul diatas rabong yang sangat curam agar saya dapat melihat bahagian yang bocor. Sapuan simen pada rabong telah merekah, beberapa ketul simen masih berada didalam sesalur air hujan dan beberapa keping atap genting yang lari dari kedudukkannya.

FAIZAL BKK 91
Gambar ini pula menunjukkan kayu kekuda yang telah reput dimakan anai-anai.

FAIZAL BKK 92
Simen yang telah merekah dari rabong. Gambar disebelah kanan pula dapat dilihat cahaya dari dalam bumbung. Ini bermakna atap genting telah terenggang dari kedudukkan asalnya.

FAIZAL BKK 93
Jentera kren digunakan bagi membawa krew naik ke atas bumbung. Krew dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan. Ini adalah proses membuang simen yang terkopak pada rabong. Ia perlu dibersihkan terlebih dahulu barulah proses seterusnya dilakukan.

FAIZAL BKK 94Setelah simen dibuang barulah sekeping tar gulung  dilapiskan pada setiap rabong yang renggangannya agak besar sebelum ia disapu dengan sealant.

FAIZAL BKK 95
Ini adalah proses menyapu sealant. Sealant disapu pada setiap ruangan yang terbuka.

FAIZAL BKK 96
Kerja-kerja membaiki rabong yang bocor ini dilakukan selama 4 jam.

FAIZAL BKK 97 Bumbung yang bocor sebelum ini telah siap disapu dengan sealant.




1857752466514413290814
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Selasa, 17 Mac 2015

MEMBAIKI SALURAN PAIP ABS YANG BOCOR DI SETIA ALAM, TTDI 3, SELANGOR

Saya telah dihubungi seorang pelanggan yang tinggal di Setia Alam, TTDI 3, Selangor. Beliau memberitahu tangki air di rumahnya bocor. Titisan air itu telah menyebabkan siling dirumahnya bertompok-tompok dengan kesan lembapan. Setelah diperiksa tangki air dirumah beliau tidak bocor. Sebaliknya, saluran paip ABS yang menyalurkan air ke dalam rumah yang bocor. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Sesalur paip jenis ABS. Air sentiasa menitis dan menyebabkan
siling lembap. Didalam gambar dapat dilihat siling yang lembap
itu berwarna coklat.

Ini adalah proses memotong paip ABS yang bocor.

Ini adalah proses menyapu gam pada sesalur paip ABS yang baru.
Setelah itu barulah ia disambung semula.

Setelah disambung semula ia perlulah dibiarkan semalaman
agar ia benar-benar kering barulah boleh digunakan.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Ahad, 15 Mac 2015

MEMBAIKI TANDAS TERSUMBAT DI KOTA WARISAN, SEPANG, SELANGOR

Seorang pelanggan yang tinggal di Kota Warisan, Sepang, Selangor telah menghubungi saya dan meminta saya membaiki tandas tersumbat. Apabila dipam/flush air yang bertakung didalam lubang tandas akan mengalir keluar ke manhole dengan perlahan. Saya dan krew telah cuba mengepam tandas tersebut beberapa kali namun tidak berjaya. Setelah itu, kaedah memasukkan tangan ke dalam lubang tandas dan berjaya menarik keluar berus sabut yang terdapat didalamnya.

Tandas yang tersumbat. 

Proses mengepam berulang-ulang kali dan akhirnya berus
sabut dapat dikeluarkan.

Setelah berus sabut berjaya dikeluarkan, barulah air mengalir
keluar ke manhole dengan lancar.

Ini pula proses menukar inlet didalam tangki cistern. Inlet
ini ditukar baru kerana air sentiasa menitis.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Jumaat, 13 Mac 2015

MENUKAR TANGKI AIR DI SRI PRISTANA, SG. BULUH, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh En. Faris yang tinggal di Sri Pristana, Sg. Buluh, Selangor. Beliau hendak menukar satu unit tangki air yang baru. Tangki air yang lama telah bocor. Ia bocor dibahagian dasar tangki. Sila lihat penerangannya dibawah ini.


Tangki air yang baru berkapasiti 400 gelen.


Bahagian dasar tangki yang bocor.

Sebelum membawa keluar tangki air yang lama, sistem perpaipannya
dibuka terlebih dahulu.

Setelah dibuka sistem perpaipannya, barulah tangki air yang bocor itu
dikeluarkan. Gambar sebelah kanan menunjukkan papan lapis pelapik tangki
telah reput sama sekali. Ini adalah proses membersihkan tapak tangki.

Setelah tapak tangki dibersihkan, diatas tapak itu diletakkan kayu papan
sebagai pelapiknya. Saya menggunakan kayu papan sebagai pelapik kerana
ia lebih tahan daripada kayu papan lapis (plywood).

Setelah tangki air lama diturunkan, barulah tangki air yang baru dinaikkan.
Ini adalah proses menaikkan tangki air baru dan akan diletakkan ke tempat
asal.

Ini pula adalah proses menyambung semula sistem perpaipan.

Ini adalah proses membersihkan tangki dari habuk dan gam. Setelah itu,
menguji ball valve dan mengisi tangki air bagi memastikan tiada kebocoran
berlaku pada tangki air yang dibekalkan.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com