facebook

Sabtu, 10 Mei 2014

MENGECAT RUMAH DI TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Hari ini saya tunjukkan proses mengecat di rumah Cikgu Noraini yang tinggal di Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor. Mengecat rumah Cikgu Noraini ini adalah entri terakhir dalam proses membaikpulih rumahnya. Di entri ini saya hanya dapat menunjukkan proses mengecat di kawasan luar rumah sahaja kerana gambar-gambar sewaktu mengecat dibahagian dalam rumah tiada dalam simpanan saya. 
            
Sepertimana yang telah diketahui, kebocoran pada tangki air dan juga lantainya telah menyebabkan air memasukki ke bahagian ruang tamu dan juga hadapan rumah. Akibat terlalu lama terdedah kepada keadaan yang lembab, beberapa bahagian di dinding hadapan telah di tumbuhi kulat dan fungus. Manakala cat asal telah terkopak. Sila lihat dibawah ini proses mengecat yang telah dilakukan.

Bahagian hadapan rumah Cikgu Noraini.

Kulat dan fungus yang terdapat dibeberapa bahagian hadapan rumah.

Ini adalah proses mengikis cat lama yang telah terkopak.

Menggunakan water jet bagi membersih tompokan-tompokan kulat dan fungus.

Menyapu cat alat/undercoat terlebih dahulu barulah cat warna disapu.
Cikgu Noraini memilih kombinasi cat berwarna putih dan kelabu.

Rumah yang telah berubah wajah.




No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan