Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan tempohari. Beliau memberitahu bumbungnya bocor dan telah menyebabkan air hujan masuk ke siling rumahnya. Terdapat beberapa kesan tompokkan basah dibahagian siling tersebut. Sebelum ini beliau telah memanggil kontraktor bagi membaiki bumbung yang bocor itu. Namun kebocoran pada bumbung masih lagi berlaku.
Saya telah memanjat bumbung dirumah beliau bagi mencari punca kebocoran itu. Apa yang mengejutkan adalah terdapat kesan retakan pada rabong dan pecah pada atap genting. Namun kesan-kesan pecah dan retak itu hanya ditutup dengan masking tape. Saya tunjukkan gambar-gambar tersebut kepada pemilik rumah dan beliau berasa amat kecewa dan terkejut. Silat lihat gambar-gambarnya dibawah ini.
Rumah bangalow semi-D di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan
Ini adalah kesan bocor yang terdapat pada atap genting. Ia hanya
ditutup oleh sejenis silikon yang mudah mencair apabila terkena panas.
Atap bumbung dibuka dan dapat dilihat kesan kulat(basah) pada kayu kekuda.
Yang bertanda itu adalah tompokan air yang telah menyebabkan siling
mulai mengembang.
Renganggan pada rabong hanya ditutup dengan masking tape berwarna hitam sahaja.
Pemasangan rabong yang tidak sempurna. Dapat dilihat kerenggangan
pada setiap rabong. Ini boleh menyebabkan air hujan masuk kedalam siling rumah.
Ini adalah proses menyapu sealant pada setiap rabong yang renggang.
Gambar sebelah kiri- rabong hanya ditutup dengan silikon. Sebelah kanan
pula adalah proses menyapu sealant selepas membuang silikon.
Atap genting yang pecah hanya di tutup dengan masking tape. Masking tape itu
dibuka dan bahagian yang pecah itu disapu dengan sealant.
Atap genting yang retak. Ini juga salah satu daripada punca
kenapa air hujan boleh masuk ke dalam siling rumah.
Atap genting yang renggang susunannya.
Atap genting yang renggang susunannya di tutup dengan silikon jenama SIKA
(Sila lihat penerangannya dibawah ini)
Selepas itu, bahagian yang telah ditutup dengan silikon disapu
sekali lagi dengan sealant.
Bahagian rabong dan atap genting yang pecah dan retak telah
disapu dengan sealant.
Gambar sebelah kiri menunjukkan atap genting yang telah
pecah pada bahagian bucunya hanya ditutup dengan masking tape
pada bahagian dalam. Manakala bahagian luarnya disapu dengan
silikon. Atap genting yang pecah itu, saya gantikan dengan
sekeping atap yang baharu.
PENERANGAN:
Silikon jenama SIKA ini dipanggil SIKASIL. Ia adalah sejenis silikon yang berkualiti tinggi yang berfungsi sebagai pengedap (sealant) dan pelekat (adhessive). Ia boleh menutup dan memampatkan ruang-ruang yang terbuka. Ia juga mudah digunakan. Penggunaannya pula amat meluas. Ia boleh digunakan pada kenderaan samada laut ataupun darat. Pada rumah kediaman seperti dibahagian pintu, tingkap, bumbung dan sebagainya dan lain-lain lagi kegunaannya.
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com
berapa kos buat macam ni? sbb atap sy pun bocor..dah panggil 3 org baiki..tolong call sy di 019-6263935
BalasPadamAdakah Sikasil dpt dgunakan pada kayu tuan?
BalasPadamBrapa kos tuan
BalasPadamNo contact sy 0122368528
BalasPadamNo contact sy 0122368528
BalasPadammcm mana nak cari air bocor dlm simen atau concrete slab. dari bilik air ketempat bocor 20meter
BalasPadamBoleh call no 0196612246 pakar slab bocor
PadamAssalamualaikum.
BalasPadamBerapa kos Tuan? Area senawang.
sealant@SIKA dari jenama apa? nak try guna sealant..ni sebab bumbung bocor jugak..
BalasPadamBaiki atap bocor
BalasPadamRenovate dan plumber
Daill 0129784828
BERAPA KOS UTK BAIKI ATAP RUMAH AREA BANTING
BalasPadambrapa kos baiki atap area sepang?
BalasPadammohon encik contact sy:
wasap.my/60198338721
Boleh call no nie 0196612246 pakai waterproofing
BalasPadam