facebook

Sabtu, 19 April 2014

MENGUBAHSUAI TANDAS DI BILIK TIDUR UTAMA DI TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Hari ini saya akan tunjukkan bagaimana proses menaiktaraf tandas dibilik tidur utama di rumah Cikgu Noraini yang tinggal di Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor. Tandas asal adalah jenis tandas duduk. Oleh itu, proses menaiktaraf tandas ini adalah lebih mudah sedikit kerana masih mengekalkan penggunaan sesalur kumbahan yang lama. 

Ini adalah tandas duduk yang lama. Proses memecah
dinding dan lantai telah dilakukan. Tandas duduk yang lama
ini akan dibuka dan dipasang dengan 1 unit yang baru.

Seperti tajuk membaiki tandas di entri sebelum ini, dinding
ditandas ini dipecahkan sedikit bagi membina laluan untuk
pemasangan saluran paip.

Saluran paip yang telah dipasang.

Ini adalah proses memasang jubin dinding dan lantai. Cikgu
Noraini telah memilih warna hitam dan putih bagi kedua-dua
tandas dirumah beliau.

Setelah jubin lantai dan dinding siap dipasang, tandas duduk
yang baru dipasang. Begitu juga dengan flexible hose dan kemudian
ia diuji.

Shower mandi dan water heater telah dipasang.


Gambar disebelah kiri adalah shower mandi jenama MOCHA jenis Stainless steel.
Manakala gambar disebelah kanan adalah water heater. Saya telah menggunakan
saluran paip tembaga bagi penyambungan air ke water heater.

Sinki separa bulat jenama MOCHA telah dipasang.



Tandas dibilik tidur utama yang telah siap sepenuhnya namun sewaktu gambar
ini diambil tandas ini  belum di cuci.





No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com





3 ulasan: