Saya dihubungi oleh En. Karim yang tinggal di Seksyen 4, Puncak Jalil, Kuala Lumpur. Beliau mahu menambah satu unit lagi tangki air. Ini kerana tangki air sedia ada jenis tangki poly yang berkapasiti 300 gelen tidak mampu untuk menampung keperluan harian keluarga beliau sekiranya berlaku catuan air selama 2 hari. Untuk membuat penambahan tangki ini beliau telah mengesyorkan untuk membuat tapak tangki bertingkat bagi membolehkan tangki yang baru diletakkan diatasnya. Namun begitu, saya telah mengesyorkan untuk menukar tangki jenis stainless steel yang berkapasiti 600 gelen tanpa perlu untuk membuat tapak tangki. Ini kerana kos untuk membekal tangki poly dan membuat tapak tangki baru adalah lebih mahal dan tidak praktikal. Dibawah ini saya tunjukkan proses memasang tangki stainless steel ini.
Ini adalah tangki stainless steel jenama DELUXE.
(Vertical withstand/Round Bottom) CL60K dengan kapasiti 3000 liter.
Berketinggian 98" (8' 2") dengan lebar 58" (4' 10")
Sebelum menaikkan tangki ini, terlebih dahulu saya
memasang sebahagian dari 'fitting'nya.
Ini adalah proses menaikkan tangki stainless ke atas bumbung dan
kemudian akan diletakkan ditapak tangki asal.
Ini adalah tapak tangki air yang asal. Gambar sebelah kiri sebelum
ia dibersihkan dan sebelah kanan pula telah dibersihkan dan telah
sedia untuk diletakkan tangki.
Penyambungan sistem perpaipan telah dilakukan. Tangki stainless steel
ini telah dibekal dengan sistem inlet/outlet. Pusat perlepasan air adalah dibahagian
bawah tangki air.
Water pump sedia ada yang masih berfungsi dengan baik.
Gambar ini adalah proses menurunkan tangki air yang lama.
Tangki air ini diturun dengan berhati-hati kerana ia masih boleh digunakan.
Tangki air yang telah siap dipasang sistem perpaipannya.
Tangki air stainless steel jenama DELUXE
Tangki stainless steel jenama DELUXE ini telah mendapat pengiktirafan dari IKRAM, SIRIM dan SPAN. Waranti bagi produk ini adalah sehingga 10 tahun.
Kelebihan menggunakan tangki stainless steel ini adalah bebas toxin dan bau, bebas dari jangkitan bakteria, bahan-bahan kimia, fungus, alga, serangga dan pencemaran air. Ia juga mesra alam dan tahan panas.
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com
Tangki poly jual?
BalasPadamBerapa kos?
BalasPadamBerapa kos
BalasPadambrpa kos pemasangan boss
BalasPadammasih on lagi ke bussiness ni Tuan? kalau ada brapa kos ye?
BalasPadam