facebook

Sabtu, 8 Mac 2014

TUKAR TANGKI AIR DI TAMAN BUKIT UTAMA, BUKIT ANTARABANGSA, AMPANG, SELANGOR

Seorang pelanggan yang tinggal di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, Selangor telah menghubungi saya tempohari. En. David meminta untuk menukar tangki air dirumahnya yang telah rosak/bocor. Tangki air lama adalah jenis fibre glass.  Sila lihat proses-proses memasang tangki air dibawah ini.

Ini adalah tangki poly berkapasiti 200 gelen (jenis bulat).

Ini adalah proses menaikkan tangki poly ke atas bumbung.

Proses membuka bumbung. Atap genting akan dibuka terlebih dahulu. Ia dilakukan
dengan berhati-hati agar tiada atap genting yang terpecah.

Ini adalah proses memotong kayu kekuda. Memotong kayu kekuda ini perlulah
mengikut ukuran yang betul kerana selepas proses memasukkan tangki ini kayu
kekuda akan dipasang semula.

Tangki air yang bulat tadi diletakkan ditempat asal tangki air fibre. Saya tidak
perlu membina tapak tangki yang baru kerana tapak tangki air yang lama masih
elok.

Setelah tangki air diletakkan ditempatnya, barulah penyambungan sistem perpaipan dilakukan.

Ini adalah proses menguji ball valve bagi mempastikan ia berfungsi dengan baik.

Tangki air yang baru ini telah diuji sepenuhnya bagi mempastikan tangki yang dibekal
 tidak  bocor.

Setelah kesemua proses dilakukan, kayu kekuda diganti/pasang semula. Kemudian
atap genting yang dibuka juga akan dipasang semula dengan berhati-hati.

Proses terakhir adalah membawa turun tangki fibre glass. Tangki ini adalah berat oleh itu
proses membawa turun tangki ini dilakukan dengan berhati-hati supaya atap genting tidak 
terpecah.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



4 ulasan:

  1. Kerja yang bagus dengan harga yang berpatutan. Nasib baik tangki telah ditukar supaya bekalan simpanan air sedia ada semasa catuan air. Terima kasih Normal :)

    BalasPadam
  2. Kalau jenis metal Yang besar berapa harga?

    BalasPadam
  3. Tukar tangki stainless 1000 liter , ubah pasang dan tangki stainless berapa kos?

    BalasPadam