facebook

Sabtu, 22 Mac 2014

CUCI TANGKI AIR YANG BERLUMUT DAN MEMBAIKI LANTAI TAPAK TANGKI

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Sri Pristana, Saujana Utama, Sg. Buloh, Selangor. Beliau memberitahu, siling diruang tamu rumahnya sentiasa lembab dan apabila musim hujan air akan mengalir masuk dengan banyaknya. Rumah ini telah lama dibeli namun tidak didudukki. Oleh itu, beliau berhasrat untuk mendudukki rumah ini. Sebelum itu, beliau ingin membaiki mana-mana bahagian rumah yang rosak terlebih dahulu. Seperti yang diberitahu, saya akan mencari punca air memasukki bahagian siling rumah. Saya dapati ada resapan pada lantai tangki air. Sebelum membaiki lantai tangki air ini, saya diminta oleh pelanggan ini untuk mencuci tangki air terlebih dahulu. Ini kerana tangki air dirumah beliau telah berlumut. Sebelum ini saya telah pernah menyiarkan entri-entri mencuci tangki air yang sangat kotor di sini dan sini.

Ini adalah tangki air yang dipenuhi lumut. Terdapat juga pertumbuhan
kulat dan alga di dalamnya.

Ini adalah lantai tangki air yang terdapat kesan resapan. Dibahagian ini
nanti akan diperbaiki semula.

Proses membuang air dan mencuci tangki. Lumut-lumut yang terdapat
dibahagian tepi dan dasar tangki.

Setelah lumut-lumut dibuang tangki air dicuci dengan berus supaya
mendapan yang terdapat dibahagian dasar tangki akan hilang.

Lumut-lumut yang telah dikeluarkan dimasukkan kedalam beg plastik sampah untuk dibuang.

Tangki air yang telah dibersihkan, dibiarkan kering sepenuhnya sementara
tapak tangki air diperbaiki semula.

Lantai tapak tangki dibersihkan terlebih dahulu. Rumput-rumput kecil
dan tanah dikeluarkan.

Lantai tapak tangki akan disapu dengan water proofing jenama SIKA.

Ini adalah proses merende semula lantai tapak tangki. Tujuan ia dilakukan adalah
untuk mempastikan kecuraman tapak tangki bersesuaian agar air yang mengalir akan
disalirkan terus ke lubang saluran.

Ini adalah proses membancuh simen dan meratakan (level).

Ini adalah proses melicinkan lantai.

Setelah siap dilicinkan, ia akan dibiarkan kering sepenuhnya sebelum
lantai ini disapu dengan water proofing.

Water proofing akan disapukan sebanyak 2 kali.

Setelah water proofing kering sepenuhnya, barulah tangki air diletakkan ditempak asal.
Dan penyambungan paip dilakukan.

Ini adalah proses penyambungan paip ke tangki air dan menguji semula
tangki air.

Ini pula proses menyapu water proofing bagi kali ke 3 dan dibiarkan
kering sepenuhnya.

Lantai (slab) dan juga lantai tapak tangki yang telah siap disapu dengan water proofing.

NOTA:
Tangki air yang dibekal, didatangkan berpasangan iaitu tangki dan juga penutupnya. Oleh itu, tangki air hendaklah sentiasa ditutup rapat agar ia tidak dimasukki oleh benda-benda asing seperti lipas, cicak, burung, katak dan pelbagai binatang kecil. Apabila tidak ditutup, ia akan menyebabkan pertumbuhan kulat, lumut dan alga kerana ia sering terdedah pada cahaya matahari. Bagi mengelakkan daripada mendapat penyakit yang dibawa oleh air, kaedah menutup tangki dengan penutupnya hendaklah dipatuhi.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan