Saya telah dihubungi oleh En. Rumaizi yang tinggal di Taman Meringin, Kajang. Beliau memberitahu air yang mengalir masuk ke semua bilik air di rumah beliau mengalir dengan perlahan. Air yang keluar itu pula berwarna keruh kehijauan dan berbau. Beliau meminta saya memeriksa apakah puncanya. Sebelum ini, beliau pernah memanggil kontraktor bagi membaiki masalah air yang mengalir dengan perlahan. Namun, masalah itu berulang semula.
Apabila diberitahu air yang mengalir perlahan itu adalah ke bilik-bilik air, ini bermakna masalah ini mestilah berkaitan dengan tangki air. Ini kerana tangki air simpanan, membekalkan air ke bilik-bilik air. Dibawah ini saya tunjukkan keadaan tangki air di rumah En. Rumaizi. Ia mungkin menjijikkan bagi sesetengah orang.
GAMBAR 1
Beginilah keadaan sebenar tangki simpanan air di rumah En. Ramizi.
GAMBAR 2
Tangki simpanan air yang dipenuhi dengan lumut dan berlendir.
GAMBAR 3
Tangki air yang dibiarkan tidak bertutup.
GAMBAR 4
Keadaan tangki simpanan air yang telah dibersihkan.
NOTA:
Keadaan tangki simpanan air yang kotor sering berlaku. Ia berpunca dari beberapa perkara:-
- Tangki simpanan air yang tidak ditutup dengan penutupnya (dibiar terbuka). Ini boleh menyebabkan pelbagai bendasing boleh memasukkinya. Contoh bendasing adalah burung, lipas, lalat, tikus dan pelbagai lagi.
- Tangki yang telah lama tidak dicuci. Lama kelamaan tangki simpanan air akan berkeladak dan boleh menyebabkan air tidak dapat disalurkan ke bilik-bilik air kerana tersumbat.
En. Rumaizi (Emel: wmdrumaizi@yahoo.com)
Sila lihat cerita tangki air kotor di Kosmo Online di http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
Sila lihat cerita tangki air kotor di Kosmo Online di http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
No. Tel : 012-6379460 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan