facebook

Sabtu, 30 November 2013

MEMBUAT DAN MEMASANG SILING ATAP RUMBIA DIBAWAH BUMBUNG POLYCARBONATE

Hari ini saya akan tunjukkan cara pemasangan  atap rumbia yang telah dijadikan siling dibawah bumbung polycarbonate. Idea untuk memasang siling atap rumbia ini telah dicetuskan oleh pemilik rumah. Rumah bercirikan tradisional ini telah dipasang bumbung polycarbonate dibahagian garaj bagi mengelakkan hujan dan panas. Namun begitu, pemilik rumah terasa bahang panas apabila beliau sekeluarga bersantai dikawasan beranda rumah tersebut. Walaupun bumbung polycarbonate ini tahan lasak namun, ia akan menyerap haba panas apabila cuaca panas terik. Ini telah menyebabkan pemilik rumah mengambil satu inisiatif untuk memasang siling atap rumbia. Oleh itu, beliau telah menghubungi saya bagi membuat dan memasang siling atap rumbia dirumah beliau. Sila lihat proses mula mengambil ukuran, membina kerangka kayu dan seterusnya memasang siling atap rumbia dibawah ini.

Ini adalah bumbung polycarbonate yang telah dipasang dibahagian garaj. Pemilik rumah telah
memilih bumbung polycarbonate yang berwarna hijau.

Proses pertama yang dilakukan adalah mengambil ukuran bagi membina kerangka kayu. Setelah itu, barulah kerangka kayu tadi dipotong mengikut ukuran yang diambil.

Proses kedua adalah pemasangan kerangka kayu tersebut. Jarak diantara satu kedudukkan
paku itu adalah 2".

Proses ketiga adalah pemasangan atap rumbia. Pemasangan ini haruslah tepat dan teliti
kerana sekiranya terdapat sedikit ruang kosong maka air hujan akan masuk melaluinya.
Kerangka dan siling atap rumbia ini dipasang dibahagian hujung (awning).

Ini pula adalah proses mengambil ukuran sebenar bumbung polycarbonate. Lampu dan wiring
dibuka terlebih dahulu.

Kerangka kayu yang telah dipasang dibawah bumbung polycarbonate. Paku telah dipasang 
dikerangka kayu itu berjarak 2" diantara satu dengan lain.

Proses menyusun atap-atap rumbia.

Atap rumbia yang telah disusun mengikut jarak yang telah ditetapkan.
Ia kelihatan kemas dan teratur.

Gambar ini menunjukkan atap rumbia yang telah dipasang dibahagian hujung yang dijadikan
awning dan bahagian siling garaj.

Siling atap rumbia yang telah dipasang dengan penuh ketelitian.


Setelah kesemua bahagian siling garaj dipasang dengan atap rumbia, barulah
wiring dilakukan semula dan seterusnya lampu dipasang.

Beginilah pemandangan dari bahagian hadapan rumah. Siling atap rumbia
yang telah dipasang dibahagian garaj dan juga hujung (awning).


No. Tel : 012-6379460



Tiada ulasan:

Catat Ulasan