facebook

Selasa, 23 Julai 2013

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR DAN GANTIKAN DENGAN ATAP METAL DECK

Saya dihubungi oleh En. Nazri yang meminta saya membaiki bumbung rumah sewanya yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Menurut beliau, telah ramai kontraktor yang dipanggil bagi membaiki bumbung rumah tersebut. Namun masalah kebocoran itu terjadi juga dan akhir-akhir ini ia menjadi bertambah teruk. Apabila hujan lebat berlaku, air melimpah dengan banyaknya. Penyewa rumah tersebut amat khuatir sekiranya berlaku litar pintas sekiranya air hujan itu mengenai arus elektrik.Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu membaiki rumah sewa En. Nazri.

Gambar yang telah dibulatkan itu ialah bahagian yang mengalami masalah kebocoran yang sangat serious.

Gambar ini pula adalah bahagian atas bumbung.Terdapat daun-daun kering yang menutupi laluan air dan juga atap gentingnya pula telah pecah. Kebanyakkan atap genting ini telah reput.

Ini adalah proses membuang atap genting yang telah reput itu. Sebahagian dari kayu kerangkanya juga telah reput. Ia perlu diganti dengan yang baru.

Setelah proses membuang atap genting dilakukan, barulah pemasangan semula kayu kerangka dilakukan.

Sesalur air yang bocor telah disapu dengan sealant. Kemudian zinc flacing dipasang dibahagian kanan dan kiri sepanjang sesalur air tersebut.  Ini  bertujuan menghalang air daripada melimpah dan memasuki siling rumah.

Setelah proses-proses tadi dilakukan, atap metal deck dipasang. Dibahagian tengah atap metal deck itu dipasang atap PVC (clear roof) berwarna jernih. Tujuan ia dipasang adalah untuk pencahayaan.

 Ini adalah sesalur air. Sesalur air ini tidak dapat menampung air hujan yang banyak. Ia adalah kerana tiada sesalur air yang lain yang membolehkan sebahagian air hujan melaluinya.

 Beginilah saluran air yang dipasang sebelum ini.

Satu lagi sesalur air  telah dipasang bagi menampung lebihan air tersebut. Saiz asal sesalur adalah 3". Sesalur tambahan bersaiz 4". 

No. Tel : 012-6379460




Ahad, 14 Julai 2013

LAMINATING FLOOR - MEMASANG LANTAI BERLAMINA

Saya telah dihubungi oleh En. Faisal yang tinggal di SS2/77 Sea Park, Petaling Jaya bagi membaiki semula lantai dibilik tidur utama di rumah beliau. Lantai ini adalah jenis 'parquet'. Terdapat beberapa bahagian lantai ini yang telah rosak/terkopak. Beliau telah meminta saya menukarnya kepada lantai berlamina (laminating floor). Di bawah ini saya tunjukkan gambar-gambar yang telah diambil sewaktu proses membuka lantai 'parquet' dan seterusnya memasang lantai berlamina.

Gambar 1
Gambar ini menunjukkan bilik tidur utama rumah En. Faisal. Bilik ini berukuran 200 kaki persegi. Lantai 'parquet' yang telah lama digunakan telah rosak/terkopak. Punca lantai ini tidak dapat tahan lama kerana gam dilantai telah mengering dan berkemungkinan ia sering terkena air.

Gambar 2

Ini adalah lantai 'parquet' yang telah terkopak. Lantai 'parquet'  ini boleh diperbaiki dengan pelbagai cara. Diantaranya adalah menukar bahagian-bahagian yang telah terkopak itu sahaja, mengantikan lantai 'parquet' kepada pemasangan jubin lantai yang baru dan yang terkini memasang lantai berlamina (laminating floor). En. Faisal telah memilih untuk memasang lantai berlamina.

Gambar 3

Setelah mengeluarkan perabot-perabot yang terdapat didalam bilik tidur utama, barulah lantai 'parquet' dibuka keseluruhannya.

Gambar 4

Lantai parquet yang telah dibuka dan dikumpulkan disatu tempat. Kemudian lantai simen tadi di bersihkan bagi membuang kotoran seperti pasir, getah, habuk dan sebagainya.

Gambar 5

Ini adalah lantai lamina. Setiap 1 kotak lantai lamina ini terdapat 5 panel didalamnya. En. Faisal telah memilih untuk memasang lantai lamina berketebalan 12mm. Lantai lamina  ini didatangkan dalam dimensi  193mm lebar x 1283mm panjang x 12mm tebal. Sebelum proses pemasangan lantai ini dilakukan, satu lapisan yang dipanggil PE foam dipasang terlebih dahulu. Tujuan ia dipasang agar lantai ini tidak lari dari kedudukkan asal. Lapisan ini akan menyerap haba sejuk dari lantai simen dan tidak menyebabkan kaki terasa sejuk apabila dipijak. (Sekiranya menggunakan jubin lantai (tiles) kaki akan terasa sejuk apabila memijaknya.

Gambar 6
Proses pemasangan lantai lamina ini bermula. Ia dilakukan dengan penuh teliti. Setiap penjuru (hujung lantai) diletakkan 'transition' (peralihan antara lantai yang sama paras permukaan lantai).

Gambar 7
Gambar ini adalah dihadapan tandas dibilik tidur utama. Gambar disebelah kiri sebelum lantai lamina dipasang dan disebelah kanan pula setelah lantai lamina dipasang.

 Gambar 8

Ini adalah gambar yang diambil setelah lantai lamina ini siap dipasang. Namun ia masih tidak kelihatan menarik. Oleh itu En. Faisal telah meminta dipasang skirting dikeseluruhan bilik tidur utama tersebut.

Gambar 9
Ini adalah proses pemasangan skirting. En. Faisal telah memilih untuk memasang skirting yang berwarna putih. Ia bagi  dikontraskan dengan warna dinding.

Gambar 10
Dibahagian bucu skirting ini telah di sapu dengan silikon supaya ia melekat dan kelihatan lebih sempurna.

Gambar 11
Bilik tidur utama yang telah berubah wajah. Ia kelihatan lebih menarik.

PENERANGAN
Kebaikan lantai berlamina :

  • ia adalah lantai yang tahan lasak.
  • ia tidak mudah terbakar.
  • ia tahan pada hentakan yang kuat.
  • warnanya tidak akan pudar walaupun dibawah sinaran lampu.
  • ia tidak boleh dimakan anai-anai.
  • ia tidak membiak hama.
  • ia bersih dan mesra alam sekitar.
  • mudah dibersihkan apabila tertumpah cecair seperti kopi, teh, dakwat dan sebagainya.
  • ia tahan pada bahan-bahan kimia rumah seperti seperti penyembur nyamuk, sabun mencuci pakaian, clorox dan sebagainya.
  • pemasangannya tidak memerlukan gam atau pelekat yang lain.
  • pemasangannya yang cepat, hanya mengambil masa 1 hari sahaja.
  • ia juga boleh dipasang terus keatas lantai berjubin atau berkarpet tanpa ia perlu dibuka terlebih dahulu.

  1. Lantai lamina ini didatangkan dengan lebih dari 40 pilihan warna.
  2. Terdapat 2 jenis pilihan ketebalannya - 8mm (1 kotak 8 panel) dan 12mm (1 kotak 5 panel).
  3. Didatangkan dengan 'PVC Profile' iaitu :
  • Transition: - penyambung diantara lantai yang sama paras permukaannya.
  • End         : - pembahagi bersebelahan bendul.
  • Adaptation:-penyambung paras permukaan lantai yang berbeza.
  • Nosing    :-  penutup penjuru pelantar seperti anak tangga diantara tetingkat tangga dan pemijaknya. Ia dinamakan 'nosing' kerana menyerupai hidung.
Disamping itu ia juga didatangkan dengan penutup kiri dan kanan, penutup luaran berukuran 90 darjah, penutup dalaman berukuran 90 darjah dan penutup penyambung  dihujung bucu sepanjang dinding yang bersaiz 70mm tinggi.


Terdapat juga MDF Skirting - ia bagi menutup bahagian penyambungan diantara lantai dan dinding. Ia didatangkan dengan 3 pilihan ketebalannya iaitu 20mm(T), 60mm(T) dan 100mm(T).

Lantai ini dijamin penggunaannya sehingga 15-25 tahun bagi rumah kediaman dan pejabat dan 10-15 tahun bagi kilang-kilang dan sebagainya.


No. tel : 012-6379460



Rabu, 10 Julai 2013

MENCUCI TANGKI AIR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang meminta saya mencuci tangki air dirumah beliau. Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambarnya. Sebelum ini saya telah pernah menyiarkan entri-entri mengenai cuci tangki air ini, setiap rumah kadar kekotorannya adalah berbeza-beza.


Kelihatan tangki air yang berkeladak.


Disebelah kiri ball valve dan bola tangkinya yang rosak. Gambar sebelah kanan  ball valve dan bola tangki yang telah diganti baru.

Tangki air yang telah bersih dan kelihatan baru.


Tangki air yang telah disapu dengan sealer. Tujuan ia disapu dengan sealer kerana terdapat beberapa bahagian tangki air ini yang bocor.


Dibahagian penyambungan saluran air ini juga disapu dengan sealer kerana terdapat titisan-titisan air yang mengalir keluar dari situ.


No. Tel : 012-6379460


Isnin, 8 Julai 2013

MENUKAR TANDAS DUDUK YANG PECAH

Hari ini saya akan tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu melakukan kerja-kerja menukar tandas duduk yang telah pecah. Tandas duduk ini  pecah akibat dari hentakan yang kuat oleh satu objek yang keras. Saya dihubungi oleh En. Hazim yang tinggal di Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Kajang, Selangor bagi menukar tandas tersebut. Sila lihat proses-proses pemasangannya dibawah ini.

Ini adalah tandas yang telah pecah.

Gambar tandas yang pecah telah diambil dari jarak dekat.

Ini pula proses membuka tandas yang pecah tadi. Bahagian bawah tandas yang telah disapu dengan simen, dipahat dengan teliti bagi membolehkan tandas yang pecah itu dibuka. Sekiranya ini tidak dilakukan dengan teliti berkemungkinan besar tandas tadi akan pecah dan lebih banyak kerja yang akan dilakukan.

Setelah  tandas itu dibuka, kawasan itu dibersihkan. Ini bagi memastikan tiada simen-simen kecil ataupun habuk yang melekat disitu. Adalah penting bagi memastikan tiada simen yang masuk kedalam lubang tandas. Ini dikhuatiri akan berlaku saluran tandas tersumbat di kemudian hari.

Ini adalah tandas baru yang akan dipasang.

Ini adalah proses memasang tandas. Gambar diatas menunjukkan tandas ini dibetulkan kedudukkannya terlebih dahulu. Selepas itu barulah proses penyimenan dilakukan. Proses penyimenan ini juga perlu dilakukan dengan teliti kerana jika tidak ia akan mengalami kebocoran. Air yang dipam akan mengalir ke lantai tandas.

Setelah proses penyimenan dilakukan, pemasangan saluran air yang disambung dari cistern ke tandas dilakukan.

Gambar dibahagian kanan adalah proses menguji saluran air yang telah disambung dari cistern ke tandas (menguji saluran inlet/outlet). Gambar dibahagian kiri pula menunjukkan tandas yang telah siap di ganti baru.



No. Tel : 012-6379460




Sabtu, 6 Julai 2013

PUNCA BIL AIR TINGGI DI TAMAN WANGSA UKAY, BUKIT ANTARABANGSA

Saya telah dihubungi oleh Puan Rohaya yang mahu saya mencari punca kebocoran saluran paip air yang menyebabkan bil air dirumahnya tinggi. Beliau mendapati tiada kesan kebocoran sama ada didalam mahupun diluar rumahnya. Bil air yang mencecah RM200 setiap bulan adalah mustahil bagi sebuah keluarga yang kecil. Setelah diperiksa diseluruh kawasan kediaman Puan Rohaya, saya dapati ditangki air ada penyambungan yang tidak diketahui ke mana aliran air tersebut. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah tangki air yang terdapat dibahagian atas siling dirumah Puan Rohaya. Air didalam tangki kelihatan berkeladak. Puan Rohaya telah meminta saya mencuci tangki tersebut. Ini adalah proses mencuci dan membuang air bagi mengenalpasti punca kebocoran tersebut.

Air yang berkeladak didalam tangki tadi dibuang.   Terdapat 2 outlet lama yang telah terpasang ditangki air itu. Outlet ini telah menyebabkan air sentiasa mengalir keluar tanpa di ketahui ke manakah aliran air tersebut.


Tangki yang telah dibersih dan dikosongkan airnya.

Ini adalah penyambungan outlet tadi. Disekelilingnya yang berkarat dan bocor telah disapu dengan sealer.

Kemudian saya telah memotong outlet tadi dan menutupnya dengan endcap. Ini bertujuan air di tangki tidak lagi akan mengalir keluar.

Setelah proses yang dikenal pasti sebagai punca berlakunya bil air tinggi, air dimasukkan semula ke dalam tangki.

Ini adalah proses memenuhi air ke dalam tangki dan dibahagian kanan setelah siap sepenuhnya.



No. tel: 012-6379460



Khamis, 4 Julai 2013

BUMBUNG BOCOR DI SRI PAJAM, NILAI, NEGERI SEMBILAN

Saya telah dihubungi oleh En. Zaini yang tinggal di Taman Mulia, Sri Pajam, Nilai, Negeri Sembilan. Beliau telah meminta saya mencari punca kebocoran yang sering terjadi apabila hujan. Terdapat beberapa kesan air di siling rumah beliau. Saya telah memanjat bumbung dirumah beliau dan mendapati kedudukkan rabong telah beralih dari tempat asal. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini. Untuk memahami punca-punca berlakunya kebocoran sila lihat penerangan dibawah  dan pada entri-entri saya di sini dan sini sebelum ini.

Ini adalah rabong yang telah beralih kedudukkannya. Terdapat simen yang ditutupi bahagian tepi rabong telah pecah.


Gambar rabong yang telah diambil dari dekat. Terdapat beberapa keping atap genting yang telah pecah.


Ini adalah proses membuka dan mengeluarkan rabong yang telah rosak dan pecah tadi.

Proses membuka sedikit demi sedikit rabong dan atap genting. Disamping itu, proses mengenal pasti kebocoran selain daripada rabong yang beralih tempat tadi.

Ini adalah proses menyusun semula rabong ke kedudukkan asal. Sebelum penyusunan itu dilakukan, satu lapisan yang dipanggil 'roofing flat' telah dipasang terlebih dahulu. Setelah itu, barulah dibahagian tepi rabong disimen semula supaya rabong ini tidak beralih dari kedudukkannya.

En. Zaini telah meminta saya memasang inlet dan outlet bagi mesin basuhnya. Gambar ini adalah sebelum inlet/outlet dipasang.

Gambar ini pula setelah inlet dan outlet dipasang.

PENERANGAN

Keretakkan Konkrit :- 
keretakan kontrit sering berlaku pada bumbung rumah yang dibina dengan menggunakan cara 'concrete slab gutter'. Kebiasaannya amat sukar untuk mengenal pasti tempat berlakunya kebocoran dengan tepat.

Keretakkan atap genting :-

  • keretakkan atau pecah pada rabong atau atap genting biasanya berlaku semasa pemasangan atap dilakukan. Ini terjadi kerana pekerja-pekerja pemasangan atap akan berjalan dan memijak atap-atap tersebut.
  • hujan yang lebat serta ribut juga boleh menyebabkan atap genting pecah dan rabong akan teralih dari tempat asalnya. Ribut juga boleh membawa objek-objek keras seperti batu dan besi dan menghempap bumbung.
  • atap genting yang pemasangannya adalah baru, jika kebocoran berlaku ia mungkin disebabkan oleh kecerunan atap yang rendah. Apabila hujan turun dengan lebat disertai dengan angin yang kuat ia akan menolak air yang turun naik keatas semula (berpatah balik atau 'reverse flow'). Jika selisih atau cerun atap rendah maka mudahlah air menitis ke dalam siling rumah.
  • adalah sukar untuk mengenalpasti berlakunya kebocoran jika ada pemasangan aluminium foil dibawah atap kerana ia menghalang kita mengenal pasti tempat sebenar yang bocor.

No. tel : 012-6379460