facebook

Sabtu, 10 Mei 2014

MENGECAT RUMAH DI TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Hari ini saya tunjukkan proses mengecat di rumah Cikgu Noraini yang tinggal di Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor. Mengecat rumah Cikgu Noraini ini adalah entri terakhir dalam proses membaikpulih rumahnya. Di entri ini saya hanya dapat menunjukkan proses mengecat di kawasan luar rumah sahaja kerana gambar-gambar sewaktu mengecat dibahagian dalam rumah tiada dalam simpanan saya. 
            
Sepertimana yang telah diketahui, kebocoran pada tangki air dan juga lantainya telah menyebabkan air memasukki ke bahagian ruang tamu dan juga hadapan rumah. Akibat terlalu lama terdedah kepada keadaan yang lembab, beberapa bahagian di dinding hadapan telah di tumbuhi kulat dan fungus. Manakala cat asal telah terkopak. Sila lihat dibawah ini proses mengecat yang telah dilakukan.

Bahagian hadapan rumah Cikgu Noraini.

Kulat dan fungus yang terdapat dibeberapa bahagian hadapan rumah.

Ini adalah proses mengikis cat lama yang telah terkopak.

Menggunakan water jet bagi membersih tompokan-tompokan kulat dan fungus.

Menyapu cat alat/undercoat terlebih dahulu barulah cat warna disapu.
Cikgu Noraini memilih kombinasi cat berwarna putih dan kelabu.

Rumah yang telah berubah wajah.




No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Jumaat, 9 Mei 2014

MENUKAR PINTU KAYU DI TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Cikgu Noraini mahu pintu utama rumahnya ditukar kepada pintu kayu jenis solid. Pintu jenis ini adalah lebih tebal dan berat. Pintu yang lama berukuran 38" iaitu lebih besar dari saiz standard. Pintu yang bersaiz standard adalah 34". Oleh itu, bingkai pintu akan dibuat kecil sedikit dari ukuran yang lama.


Ini adalah pintu utama jenis kayu.


Ini adalah proses mengambil sukatan dan membuka bingkai pintu.
Bingkai pintu yang lama adalah jenis kayu yang telah reput dimakan anai-anai.

Proses memasang bingkai pintu yang baru. Ia dibuat
mengikut ukuran pintu kayu yang baru.

Bingkai pintu jenis besi telah dipasang dan
kemudiannya disapu dengan cat berwarna coklat.

Pintu kayu jenis solid yang telah divarnish.




No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Khamis, 8 Mei 2014

MENGILAT/POLISHING LANTAI MARBLE DI TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Hari ini saya tunjukkan proses mengilat lantai (polishing) dirumah Cikgu Noraini. Proses mengilat lantai ini dilakukan dengan 9 proses bermula dengan membersih lantai (grinding) dari segala kekotoran dan juga kesan-kesan calar yang terdapat dipermukaan lantai barulah proses mengilat lantai (polishing) dilakukan.

Lantai marble yang terdapat di ruang tamu, makan dan bilik tidur utama.
Lantai marble kelihatan kusam.


Ini adalah proses 'grinding dan polishing'.

Lantai yang telah di polish kelihatan berkilat.



Nota:
1. Proses 'grinding' lantai menggunakan 'Diamond Abrassive Disc'.
2. Terdapat 6 gerigi pada disc yang setiap satunya mempunyai berbiji-biji mata berlian
3. Proses 'grinding' ini bermula dengan grit 100, 200, 400, 800, 1500, 2000 hingga ke 3000.
4. Proses ini dilakukan sebanyak 7 langkah agar segala kekotoran dan kesan calar dapat dibersihkan.
5. Proses 'polishing' menggunakan serbuk pengilat bagi memperbaiki semula permukaan lantai.
6. Proses ini menggunakan mesin yang mesra persekitaran dan ia amat berbeza dari mesin yang menggunakan sistem konvensional.

Kelebihan menggunakan mesin ini :
- kurang penggunaan air- lebih jimat dan tiada pembaziran berlaku.
- air tidak bertakung dikawasan yang sedang dibaiki.
- mesin ini tidak mengeluarkan bunyi yang kuat (senyap).
- mesin ini menggunakan sistem separa kering dan tidak menghasilkan debu.
- air yang terdapat dikawasan kerja akan disedut ke dalam bekal vakum dan tidak mengalir ke perpaipan. (water trap). Ia tidak akan menyebabkan saluran paip tersumbat.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com





Rabu, 7 Mei 2014

MENYIMEN PESIAR KAKI DI BAHAGIAN BELAKANG DAPUR DI TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Kerja-kerja membaikpulih bahagian bumbung dan dalam rumah Cikgu Noraini telah siap dilakukan, barulah bahagian pesiar kaki dibahagian belakang dapur rumahnya pula disimen. Hari ini saya tunjukkan proses menyimen bahagian tersebut. Bahagian belakang rumah yang telah lama tidak di dudukki,  telah dipenuhi oleh rumput-rumput kecil dan bahan-bahan buangan.

Bahagian pesiar kaki yang akan disimen.

Ini adalah proses membancuh simen dan menyimen kasar.

Membiarkan simen kasar ini kering terlebih dahulu sebelum 
disimen sekali lagi dengan simen licin.



Proses menyimen simen licin dan dibiarkan kering sepenuhnya.

Ini adalah proses membuang rumput dan menyimen dibahagian hadapan rumah.




No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Selasa, 29 April 2014

MENUKAR TAP SINKI DI TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Hari ini saya tunjukkan proses menukar tap sinki. Tap sinki telah patah dan digantikan kepada yang baru. Cikgu Noraini yang tinggal di Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor telah memilih untuk menukar tap sinki ini kepada tap jenama MOCHA. 

Tap sinki yang lama telah patah.

Tap sinki yang baru telah dipasang.

Tap sinki jenama MOCHA yang dipanggil 'wall-mounted sink tap' (M128).

Tap sinki yang telah ditukar.




No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Ahad, 27 April 2014

MEMASANG PLASTER SILING DI TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Ini adalah kerja-kerja pemasangan plaster siling. Bermula dengan memasang kerangka siling sehinggalah pemasangan papan siling, pendawaian elektrik, cornish, L-Box, lampu dan kipas angin. Ke semuanya ini dilakukan di rumah Cikgu Noraini yang tinggal di Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor. Pemasangan L-Box adalah diruang tamu manakala cornish pula di bilik tidur utama. Sila lihat dibawah ini bagaimana proses-proses pemasangan plaster siling dilakukan.

Pemasangan besi kerangka siling.

Besi kerangka siling dipasang dengan jarak 2 kaki.

Sebelum pemasangan papan siling, penyambungan pendawaian elektrik dilakukan.

Proses pemasangan papan siling.

Cornish telah dipasang didalam bilik tidur utama.

Membiarkan cornish mengering terlebih dahulu.

Membuat pendawaian elektrik bagi lampu dan kipas angin.

L-Box serta pendawaian elektrik telah dipasang diruang tamu.

Dome jenis berbunga yang bersaiz 18" dipasang di bilik tidur utama.

Kipas angin dan lampu down light juga telah dipasang.

Ruang tamu yang telah siap sepenuhnya. L-Box, Dome, Kipas angin dan lampu down light
telah dipasang.





No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com





Jumaat, 25 April 2014

MEMBAIKI SEMULA KABINET DAPUR YANG DIMAKAN ANAI-ANAI DI TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Rumah yang dibeli oleh Cikgu Noraini ini mempunyai sebuah kabinet yang telah dipasang di ruang makan rumahnya. Namun begitu, kabinet ini telah menjadi sarang anai-anai. Apabila pintu kabinet dibuka kelihatan anai-anai  telah membuat sarang di salah satu  lacinya. Cikgu Noraini mahu kabinet ini dikekalkan diruang makan dan tidak mahu ia dibuang. Oleh itu, beliau mahu sarang anai-anai ini dihapuskan dan kabinet ini di baikpulih semula. 

Ini adalah kabinet yang terletak diruang makan.

Laci didalam kabinet ini telah menjadi sarang anai-anai.

Sarang anai-anai.

Proses mengeluarkan sarang anai-anai dan kemudian kabinet ini
disembur dengan racun anai-anai. Ia dibiarkan selama 2 hari agar ke semua
anai-anai mati. Selepas itu, barulah kabinet ini dibaiki semula dan di cat varnish 
dengan warna kayu.

Kabinet yang telah dibaikpulih. Tiada lagi anai-anai. Kabinet
kelihatan seperti baru.





No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com