facebook

Isnin, 10 Mac 2014

MEMBAIKI PLASTER SILING DAN CORNISH DI KAJANG, SELANGOR

Seorang pelanggan ini telah meminta saya membaiki semula plaster siling/cornish yang telah rosak/berkulat akibat dari bumbung rumah beliau yang bocor. Air telah memasukki bahagian dalam siling rumah tersebut dan telah menyebabkan  siling dan cornish sentiasa basah. Keadaan yang basah dan lembab ini telah  menyebabkan pertumbuhan kulat. Tompokan hitam di siling rumah adalah kulat.

Tompokan hitam (kulat) jelas kelihatan di siling dan cornish.

Proses membuka siling yang telah rosak. Siling cardboard mudah menyerap air.
Ia akan mengembang. Ini akan menyebabkan keadaan siling seperti membengkak.

Ini adalah proses memasang semula siling yang baru. Bahagian cornish yang telah
berkulat juga dibuka akan diganti baru.

Saya membuat satu ruangan yang boleh dibuka dibahagian siling 
bagi melihat keadaan disiling  pada masa akan datang. Bahagian yang
terbuka disiling yang baru dipasang itu disapu dengan filler.

Ini adalah pemasangan cornish. Bahagian yang telah dibuka tadi dipasang semula
dengan cornish yang baharu. Kemudian ia akan dilepa supaya cornish yang baru ini
kelihatan lebih kemas.

Siling dan cornish telah disapu dengan cat dan dibiarkan kering sepenuhnya sebelum
dinding di cat semula.

Setelah siap dibaiki semula.

Rabong yang menjadi punca air memasukki kedalam siling disapu dengan
sealant.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Sabtu, 8 Mac 2014

TUKAR TANGKI AIR DI TAMAN BUKIT UTAMA, BUKIT ANTARABANGSA, AMPANG, SELANGOR

Seorang pelanggan yang tinggal di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, Selangor telah menghubungi saya tempohari. En. David meminta untuk menukar tangki air dirumahnya yang telah rosak/bocor. Tangki air lama adalah jenis fibre glass.  Sila lihat proses-proses memasang tangki air dibawah ini.

Ini adalah tangki poly berkapasiti 200 gelen (jenis bulat).

Ini adalah proses menaikkan tangki poly ke atas bumbung.

Proses membuka bumbung. Atap genting akan dibuka terlebih dahulu. Ia dilakukan
dengan berhati-hati agar tiada atap genting yang terpecah.

Ini adalah proses memotong kayu kekuda. Memotong kayu kekuda ini perlulah
mengikut ukuran yang betul kerana selepas proses memasukkan tangki ini kayu
kekuda akan dipasang semula.

Tangki air yang bulat tadi diletakkan ditempat asal tangki air fibre. Saya tidak
perlu membina tapak tangki yang baru kerana tapak tangki air yang lama masih
elok.

Setelah tangki air diletakkan ditempatnya, barulah penyambungan sistem perpaipan dilakukan.

Ini adalah proses menguji ball valve bagi mempastikan ia berfungsi dengan baik.

Tangki air yang baru ini telah diuji sepenuhnya bagi mempastikan tangki yang dibekal
 tidak  bocor.

Setelah kesemua proses dilakukan, kayu kekuda diganti/pasang semula. Kemudian
atap genting yang dibuka juga akan dipasang semula dengan berhati-hati.

Proses terakhir adalah membawa turun tangki fibre glass. Tangki ini adalah berat oleh itu
proses membawa turun tangki ini dilakukan dengan berhati-hati supaya atap genting tidak 
terpecah.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Khamis, 6 Mac 2014

GULLY TRAP TERSUMBAT

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar sewaktu saya membaiki gully trap yang tersumbat. Seperti sebelum ini, cara menghilangkan lelemak yang tersumbat ini adalah sama. Permasalahan ini sering timbul apabila gully trap yang sepatutnya menakung air untuk menyahbau telah tersumbat dengan lelemak yang telah lama dan membeku.

Gully trap yang tersumbat dipenuhi dengan lelemak yang telah membeku.

Lelemak yang membeku tadi telah mula memecah selepas dipam beberapa kali.

Proses mengepam, lebih banyak lelemak yang telah pecah.

Lelemak yang kehitaman tadi telah mula mengalir ke manhole.

Air kumbahan telah mengalir dengan lancarnya.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Isnin, 3 Mac 2014

PEMASANGAN WATER PUMP JENAMA HITACHI DI TAMAN MELAWATI

Seorang pelanggan yang tinggal di Taman Melawati, Kuala Lumpur telah menghubungi saya dan mahu memasang water pump. Tekanan air di rumah beliau amat rendah. Beliau tinggal di rumah jenis 'town house' 3 tingkat. Dibawah ini saya tunjukkan bagaimana saya memasang water pump tersebut.

Ini adalah tapak/ruang yang akan diletakan water pump tersebut.

Tapak/ruang yang akan ditempatkan water pump itu di tebuk lubang terlebih dahulu. Ini adalah 
laluan paip air untuk masuk ke water pump.

Ini adalah water pump jenama HITACHI yang berkapasiti 150 watts. Unit ini
adalah sesuai untuk sebuah keluarga yang sederhana besar. Saya juga sering mengesyorkan
penggunaan jenama ini kerana tahap getaran/gegaran dan bunyi adalah kurang.

Water pump yang telah dilakukan penyambungan perpaipannya.

Ini adalah proses pemasangan tangki air. Pelanggan ini meminta tangki air diletakkan
diatas bumbung.

Tangki air yang telah siap dipasang sistem perpaipannya.

Proses yang terakhir adalah menguji bola tangki dan mempastikan tangki air yang dibekal
tidak bocor. Setelah tangki di isi dengan air kita dapat melihat bahawa air yang ditadah ini
tidak jernih dan ia kelihatan kehijauan.




No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Sabtu, 1 Mac 2014

BUMBUNG KONKRIT BOCOR DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Hari ini saya hanya akan tunjukkan gambar-gambar sewaktu proses menyapu water proofing  pada lantai bumbung konkrit yang telah dilakukan dirumah seorang pelanggan yang tinggal di Seri Kembangan, Selangor.

Ini adalah water proofing jenama SIKA. Sering kali saya menggunakan 
produk ini sebagai alas/water proofing kerana produk ini sangat bagus dan
mendapat pengiktifan/pengesyoran dari pihak berwajib (JKR). Saya pernah
menyiarkan entri mengenai water proofing jenama SIKA di sini.

Ini adalah proses menyapu water proofing jenama SIKA. Produk yang digunakan
ini adalah untuk disapu pada lapisan lantai bersimen. Proses menyapu water proofing
ini dilakukan sebanyak 2 kali. Ini adalah proses yang pertama.

Ini pula adalah proses menyapu water proofing buat kali ke dua setelah 
water proofing yang pertama benar-benar kering.

Setelah siap water proofing disapu buat kali ke dua ia akan dibiarkan
kering sepenuhnya. 

NOTA:
Bagi permasalahan yang agak kritikal saya mengesyorkan water proofing disapu 2 lapisan agar kebocoran tidak lagi berlaku dimasa akan datang.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normsering@gmail.com



Jumaat, 28 Februari 2014

PAIP AIR TERSUMBAT DI BANDAR ENSTEK, NILAI, NEGERI SEMBILAN

Seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan telah menghubungi saya tempohari bagi mencari dan mengenalpasti apakah puncanya air di bilik mandi mengalir dengan perlahan. Tap airnya juga tidak boleh ditutup dengan rapat. Air sentiasa meleleh keluar. Tuan rumah terkejut apabila saya membuka tap air dan mendapati saluran tap air dipenuhi dengan sarang semut. Sila lihat perinciannya dibawah ini.

Air yang sentiasa meleleh dari tap. Walaupun telah ditutup
dengan rapat namun ia masih meleleh.

Apabila tap air dibuka, air mengalir dengan kuat. Ini bermakna
tekanan air dikawasan ini adalah tinggi.

Setelah dibiarkan air mengalir dalam 10 minit, barulah dapat
dilihat banyak semut yang keluar dari saluran tersebut. Ini bermakna
semut-semut itu telah membuat sarangnya disaluran air.

Setelah pasti tiada lagi sarang semut di saluran air, barulah
tap air dipasang semula.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Khamis, 27 Februari 2014

SINKI TERSUMBAT DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR

CikAnis dari Seri Kembangan, Selangor telah menghubungi saya dan meminta saya membaiki sinki dapur yang tersumbat. Air di sinki telah bertakung selama seminggu dan tidak mengalir keluar ke gully trap. Walaupun telah dipam beberapa kali air di sinki masih tidak mengalir keluar. Sila lihat punca permasalahannya dibawah ini.

Ini adalah sinki yang masih dipenuhi air.

Ini adalah proses membuka bottle trap dan membuang air yang bertakung disinki.
Saluran paip juga di bersihkan dengan memasukkan getah paip kedalamnya.

Gully trap yang dipenuhi lelemak beku. Ini adalah proses memecah 
lelemak beku dengan menggunakan rotan.

Air telah mula mengalir ke manhole.

Bottle trap yang telah dibersihkan dan dipasang semula.

Air mula mengalir dengan lancar dan tiada lagi bertakung disinki.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com