facebook

Jumaat, 9 Mac 2018

MEMBAIKI WATER PUMP JENAMA HITACHI ROSAK DI TAMAN SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR

Seorang pelanggan yang tinggal di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur menghubungi saya tempohari. Beliau meminta saya memeriksa water pump yang telah rosak. Pelanggan ini memberitahu water pump tersebut berbunyi kuat sewaktu ia mengepam air dan dibawahnya terdapat air yang sentiasa mengalir. 
Saya telah membuka water pump tersebut dan mencari punca yang menyebabkan ia berbunyi dengan kuat. Setelah diperiksa didapati capacitor telah rosak. Ia menyebabkan air mengalir keluar dan berbunyi dengan kuat. Dibawah ini saya tunjukkan video membaiki water pump tersebut.





No. Tel./Whats App: 012-6379460



NOTA:
Water pump jenama Hitachi memberi waranti selama 5 tahun untuk bahagian motor. Pelanggan ini telah  menggunakan water pump ini lebih dari 5 tahun dan telah tamat tempoh warantinya.

Rabu, 7 Mac 2018

MEMBAIKI RABONG YANG BOCOR DI JALAN KEBUN, KLANG, SELANGOR

Seorang pelanggan yang tinggal di Jalan Kebun, Klang telah menghubungi saya  dan meminta saya membaiki bumbung yang bocor dirumahnya. Apabila hujan lebat air akan mengalir masuk dan telah menyebabkan siling dirumah lembab dan berkulat. Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu saya dan krew membaiki bumbung bocor itu.

Ini adalah rabong. Terdapat beberapa kesan basah disitu. Ini bermakna air hujan
mengalir masuk melaluinya.

Gambar 1 menunjukkan rabong yang telah dibuka. Gambar 2 menunjukkan terdapatnya
aluminium foil yang telah koyak. Gambar 3 terdapat air yang bertakung di aluminium foil dan
gambar 4 menunjukkan keseluruhan rabong telah dibuka.

Ini adalah proses memasang pelapik rabong. Pelapik rabong ini dipasang bagi menghalang
kebocoran berlaku semula.

Pelapik rabong ini mempunyai gam dan akan melekat pada atap genting. Ia lebih tahan
lama daripada menggunakan simen.

Gambar ini menunjukkan pelapik rabong yang telah siap dipasang.



No. Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460


NOTA:
Pemasangan atap genting dirumah pelanggan ini berjarak agak jauh sedikit pada bahagian rabong. Oleh itu, terdapat ruang-ruang yang membolehkan air masuk ke dalam. Disebabkan itu, keliling rabong telah disimen bagi menghalang air masuk. Namun begitu, atas faktor cuaca lama-kelamaan simen akan merekah dan air hujan boleh masuk ke dalam. Bagi mengatasi masalah itu, pelapik rabong digunakan bagi menutupi bahagian itu. Selepas itu barulah rabong dipasang semula. 
Kos penggunaan pelapik rabong ini lebih mahal daripada simen dan ketahanannya lebih lama.


Isnin, 5 Mac 2018

MENUKAR WATER FILTER DI KLANG, SELANGOR

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu menukar water filter di rumah seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Klang, Selangor. Pelanggan ini meminta saya menukar water filter ini kerana ia bocor. Beliau telah mengguna water pump ini semenjak 10 tahun yang lalu. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini.

Ini adalah proses membuka water filter. Water filter ini dipasang selepas meter air.

Water filter yang lama dan bocor telah dibuka.

Memasang semula water filter yang baharu.

Water filter yang baharu telah dipasang.



No. Tel : 012-6379460
WhatsApp : 012-6379460

Khamis, 25 Mei 2017

MENUKAR TANGKI POLY YANG BOCOR KEPADA TANGKI STAINLESS STEEL DI BANDAR SRI PUTRA, PUCHONG, SELANGOR

Seorang pelanggan telah menghubungi saya tempohari. Beliau meminta saya melihat tangki air jenis poly yang bocor di rumahnya. Beliau merasakan tangki itu bocor kerana terdapat kesan air pada siling rumahnya. Setelah diperiksa tangki ini memang bocor. Setelah berbincang dengan pelanggan ini beliau mahu menukar tangki poly kepada tangki stainless steel. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Tangki poly yang terletak disatu ruang  bahagian bumbung.

Gambar ini menunjukkan bahagian bucu tangki yang bocor.

Setelah tangki poly dikeluarkan lantai konkrit yang dipenuhi dengan pokok-pokok renek
dibuang dan lantai itu dibersihkan. Krew saya sedang membersihkan kawasan dimana
tangki stainless steel akan diletakkan.

Kali ini saya menggunakan kren untuk menaikkan tangki stainless steel  ke
tapaknya.

Tangki stainless steel diletakkan perlahan-lahan  ke tapaknya.

Gambar ini menunjukkan tangki stainless steel ini berada diatas konkrit. Sistem
perpaipan juga telah siap dipasang.

Pelanggan ini juga meminta saya memasang water pump.

Water pump yang telah siap dipasang dan diuji.

Ini adalah proses memasukkan air ke dalam tangki stainless steel.

Tangki yang telah dipenuhi air sebelum penutupnya ditutup.

Tangki stainless steel jenama LSL yang telah siap dipasang dan diuji sepenuhnya.



No. Tel / Whats App : 012-6379460
Emel : normalplumbing@gmail.com

Selasa, 23 Mei 2017

MEMBAIKI TANDAS YANG TERSUMBAT DI LA COTTAGE, PUTRA PERDANA, PUCHONG, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Putra Perdana, Puchong, Selangor. Beliau memberitahu tandas di rumahnya telah seminggu tersumbat. Air najis bertakung dimangkuk tandas dan tidak mengalir keluar apabila dipam. Dibawah ini saya tunjukkan video bagaimana krew saya menggunakan rotan untuk membebaskan air najis dari mangkuk tandas.



No. Tel/Whats App: 012-6379460
Emel: normalplumbing@gmail.com