facebook

Khamis, 25 Mei 2017

MENUKAR TANGKI POLY YANG BOCOR KEPADA TANGKI STAINLESS STEEL DI BANDAR SRI PUTRA, PUCHONG, SELANGOR

Seorang pelanggan telah menghubungi saya tempohari. Beliau meminta saya melihat tangki air jenis poly yang bocor di rumahnya. Beliau merasakan tangki itu bocor kerana terdapat kesan air pada siling rumahnya. Setelah diperiksa tangki ini memang bocor. Setelah berbincang dengan pelanggan ini beliau mahu menukar tangki poly kepada tangki stainless steel. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Tangki poly yang terletak disatu ruang  bahagian bumbung.

Gambar ini menunjukkan bahagian bucu tangki yang bocor.

Setelah tangki poly dikeluarkan lantai konkrit yang dipenuhi dengan pokok-pokok renek
dibuang dan lantai itu dibersihkan. Krew saya sedang membersihkan kawasan dimana
tangki stainless steel akan diletakkan.

Kali ini saya menggunakan kren untuk menaikkan tangki stainless steel  ke
tapaknya.

Tangki stainless steel diletakkan perlahan-lahan  ke tapaknya.

Gambar ini menunjukkan tangki stainless steel ini berada diatas konkrit. Sistem
perpaipan juga telah siap dipasang.

Pelanggan ini juga meminta saya memasang water pump.

Water pump yang telah siap dipasang dan diuji.

Ini adalah proses memasukkan air ke dalam tangki stainless steel.

Tangki yang telah dipenuhi air sebelum penutupnya ditutup.

Tangki stainless steel jenama LSL yang telah siap dipasang dan diuji sepenuhnya.



No. Tel / Whats App : 012-6379460
Emel : normalplumbing@gmail.com

1 ulasan:

  1. Bos, sambungan pada pam air kenapa bos buat sambungan polypipe ke PVC dalam 1 kaki tu? Ikutkan boleh terus sambung PVC ke pam air.

    BalasPadam