Pelanggan yang tinggal di Bandar Baru Bangi ini telah meminta saya membaiki bumbung yang bocor dirumah beliau. Air hujan telah menyerap masuk ke siling rumahnya. Terdapat kesan tompokan air pada siling. Saya telah memanjat bumbung dan mendapati tiada atap genting yang pecah mahupun tidak betul kedudukkannya.
Oleh itu, saya terpaksa mencari punca permasalahan itu dari dalam rumah. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Saya terpaksa membuat satu ruangan bagi membolehkan saya memasukki
ke bahagian siling. Untuk pengetahuan, keseluruhan rumah ini telah di tutupi
dengan plaster siling dan tidak ada ruang bagi memasukki ke kawasan bumbung.
Setelah itu barulah dapat dilihat keadaan bumbung rumah tersebut dari bahagian
dalam. Dapat dilihat kesan tompokan basah di beberapa tempat pada atap genting.
Saya telah menyapu silikon dibahagian-bahagian yang terdapat tompokan air.
Setelah siap siling yang dibuka tadi telah dipasang semula. Ia kemudiannya,
disapu dengan filler joint bagi menutup bahagian yang terbuka. Setelah itu
Dibawah ini adalah gambar-gambar yang diambil sewaktu saya membaiki bumbung rumah seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Pelanggan ini memberitahu, setiap kali hujan air akan masuk melalui siling rumahnya dengan banyak sekali. Oleh itu, beliau meminta saya mencari punya kenapa air boleh masuk ke dalam siling rumahnya. Dibawah ini saya terangkan puncanya.
Beginilah keadaan bumbung rumah pelanggan ini.
Terdapat beberapa bahagian atap genting yang pecah dan rabongnya pula telah retak. Manakala susunan atap gentingnya juga tidak disusun dengan teratur. Kontraktor yang dipanggil sebelum ini hanya menutup atap genting itu dengan sekeping plastik yang tidak diketahui jenisnya. Penggunaan penutup plastik ini hanya bersifat sementara kerana plastik akan mudah mereput apabila terdedah kepada cuaca panas dan hujan.
Keadaan siling yang telah mula mengembang akibat dari air hujan
yang masuk ke dalamnya.
Saya telah membuka dan membuang plastik yang menutupi atap genting itu.
Kemudian atap genting yang tidak betul susunannya, telah disusun semula dengan
betul barulah atap genting dan rabong yang retak dan pecah itu disapu dengan sealant.
Seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Sg. Way telah menghubungi saya bagi mencuci tangki air dirumah beliau. Beliau khuatir akan kebersihan air ditangki simpanan tersebut kerana telah lama tidak dibersihkan. Tangki air ini terletak diatas bilik mandi kedua. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Air yang berkeladak didalam tangki.
Ini adalah proses mencuci tangki air. Setelah bahagian atasnya dicuci
barulah bahagian dasar tangki dicuci dan kemudiannya dibilas beberapa
kali bagi mempastikan tangki air ini betul-betul bersih.
Tangki yang telah siap dicuci. Ia kelihatan bersih.
Gambar sebelah kiri adalah 1 unit bola tangki/ball valve.
Gambar sebelah kanan bola tangki/ball valve telah dipasang.
Ini adalah proses mengisi air ke dalam tangki dan menguji
Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Tun Husin Onn, Cheras, Selangor yang memberitahu air sentiasa menitis melalui siling rumahnya. Beliau mengesyakki air yang menitis itu datang dari tangki air yang bocor. Oleh itu, beliau telah meminta saya memberi anggaran kasar kos membaiki dan menukar tangki air tersebut.
Sebelum seseorang memilih untuk menukar tangki, terlebih dahulu saya akan bertanya beberapa perkara mengenai tangki itu. Ini bagi memastikan tangki itu memang perlu untuk ditukar. Ini bagi mengurangkan kos pelanggan. Jika sekiranya tangki itu bocor dibahagian dasarnya ataupun bocor itu bergaris melintang dan menegak ini bermakna ia tidak boleh dibaiki. Namun, jika ia merupakan satu bulatan pada bahagian dinding tangki ia boleh dibaiki.
Saya telah meminta izin untuk melihat sendiri keadaan tangki air tersebut. Saya dapati tangki air yang dikatakan bocor itu masih dalam keadaan yang baik.Air yang menitis itu sebenarnya berpunca dari salur air masuk ke water pump yang longgar. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Ini adalah water pump yang terletak bersebelahan tangki air diatas siling rumah.
Water pump ini berjenama Grunfos. Dapat dilihat air yang menitis dari
water pump tersebut dan telah menyebabkan kayu pelapik water pump ini
sentiasa basah. Oleh kerana ia sentiasa basah, ini telah membolehkan air
menitis terus ke bahagian siling rumah.
Setelah mengenalpasti puncanya, barulah proses membaikinya dilakukan.
Salur air masuk ke water pump telah dibuka bagi membaikinya semula.
Setelah salur air masuk dibaiki, tiada lagi air yang menitis keluar.
Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan tempohari. Beliau memberitahu bumbungnya bocor dan telah menyebabkan air hujan masuk ke siling rumahnya. Terdapat beberapa kesan tompokkan basah dibahagian siling tersebut. Sebelum ini beliau telah memanggil kontraktor bagi membaiki bumbung yang bocor itu. Namun kebocoran pada bumbung masih lagi berlaku.
Saya telah memanjat bumbung dirumah beliau bagi mencari punca kebocoran itu. Apa yang mengejutkan adalah terdapat kesan retakan pada rabong dan pecah pada atap genting. Namun kesan-kesan pecah dan retak itu hanya ditutup dengan masking tape. Saya tunjukkan gambar-gambar tersebut kepada pemilik rumah dan beliau berasa amat kecewa dan terkejut. Silat lihat gambar-gambarnya dibawah ini.
Rumah bangalow semi-D di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan
Ini adalah kesan bocor yang terdapat pada atap genting. Ia hanya
ditutup oleh sejenis silikon yang mudah mencair apabila terkena panas.
Atap bumbung dibuka dan dapat dilihat kesan kulat(basah) pada kayu kekuda.
Yang bertanda itu adalah tompokan air yang telah menyebabkan siling
mulai mengembang.
Renganggan pada rabong hanya ditutup dengan masking tape berwarna hitam sahaja.
Pemasangan rabong yang tidak sempurna. Dapat dilihat kerenggangan
pada setiap rabong. Ini boleh menyebabkan air hujan masuk kedalam siling rumah.
Ini adalah proses menyapu sealant pada setiap rabong yang renggang.
Gambar sebelah kiri- rabong hanya ditutup dengan silikon. Sebelah kanan
pula adalah proses menyapu sealant selepas membuang silikon.
Atap genting yang pecah hanya di tutup dengan masking tape. Masking tape itu
dibuka dan bahagian yang pecah itu disapu dengan sealant.
Atap genting yang retak. Ini juga salah satu daripada punca
kenapa air hujan boleh masuk ke dalam siling rumah.
Atap genting yang renggang susunannya.
Atap genting yang renggang susunannya di tutup dengan silikon jenama SIKA
(Sila lihat penerangannya dibawah ini)
Selepas itu, bahagian yang telah ditutup dengan silikon disapu
sekali lagi dengan sealant.
Bahagian rabong dan atap genting yang pecah dan retak telah
disapu dengan sealant.
Gambar sebelah kiri menunjukkan atap genting yang telah
pecah pada bahagian bucunya hanya ditutup dengan masking tape
pada bahagian dalam. Manakala bahagian luarnya disapu dengan
silikon. Atap genting yang pecah itu, saya gantikan dengan
sekeping atap yang baharu.
PENERANGAN:
Silikon jenama SIKA ini dipanggil SIKASIL. Ia adalah sejenis silikon yang berkualiti tinggi yang berfungsi sebagai pengedap (sealant) dan pelekat (adhessive). Ia boleh menutup dan memampatkan ruang-ruang yang terbuka. Ia juga mudah digunakan. Penggunaannya pula amat meluas. Ia boleh digunakan pada kenderaan samada laut ataupun darat. Pada rumah kediaman seperti dibahagian pintu, tingkap, bumbung dan sebagainya dan lain-lain lagi kegunaannya.
Saya dihubungi En. Amir yang tinggal di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor. Beliau mahu menukar tangki air yang lama jenis fibre. Tangki air fibre ini telah bocor dibeberapa bahagian. Sila lihat proses menukar tangki air dibawah ini.
Proses pertama yang dilakukan adalah membuka atap genting dan
memotong kayu kekuda yang menyokong atap genting itu.
Proses ke dua adalah membuka sistem perpaipan yang telah
disambung ke tangki dan mengeluar/membawa turun tangki tersebut.
Proses ke tiga adalah membersihkan tapak tangki air.
Tangki air jenis poly jenama KOSSAN (N250RA) berkapasiti 300 liter.
Proses ke empat menaikkan tangki poly. Ia dilakukan dengan
berhati-hati agar atap genting tidak pecah. Manakala tangki
tidak akan bocor.
Proses ke lima adalah membuat penyambungan sistem
perpaipan.
Proses ke enam adalah menguji bola tangki dan mempastikan ia
berfungsi dengan baik. Tangki air juga di periksa
bagi memastikan tiada kebocoran pada tangki yang dibekalkan.
Proses yang ke tujuh adalah memasang semula kayu kekuda
dan atap genting. Atap genting disusun semula dengan betul
Seorang pelanggan yang tinggal di Bukit Rimau, Shah Alam, Selangor telah menghubungi saya dan memberitahu siling dirumahnya sentiasa basah. Beliau mengesyaki tangki air di dalam bumbung rumahnya bocor. Bagi mengelak air dari terus menitis ke siling beliau telah menutup paip utama yang menyalurkan air ke tangki tersebut. Oleh itu, beliau mahu menukar tangki air yang dikatakan bocor itu.
Sebelum menukar tangki tersebut, terlebih dahulu saya mencari punca kenapa air menitis ke siling rumahnya. Setelah saya melihat sendiri keadaan tangki air itu, saya dapati ia tidak bocor. Hanya saluran paip yang membekalkan air ke tangki yang bocor. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Tangki air yang kering kerana paip utama ditutup agar air tidak masuk
ke dalam tangki.
Saluran paip yang bocor.
Saluran paip yang bocor telah ditukar baru yang
bersaiz 3/4".
Setelah pasti saluran paip tadi tidak bocor barulah air disalurkan
semula ke dalam tangki. Ini adalah proses memenuhkan tangki air.
NOTA:
Saya berprinsip bahawa setiap permasalahan ada penyebabnya. Bermakna setiap kerosakkan yang berlaku di setiap rumah pasti ada puncanya. Oleh itu, saya terpaksa mencari punca kepada setiap permasalahan terlebih dahulu barulah saya mengesyorkan apakah yang sepatutnya pemilik rumah lakukan. Saya tidak akan mencari keuntungan semata-mata.