Seorang pelanggan yang tinggal di Shah Alam telah menghubungi saya dan memberitahu siling di bilik tidur utama rumahnya sentiasa basah. Sekiranya hujan turun dengan lebat keadaan akan menjadi lebih serious lagi kerana air akan turun tanpa henti dan beliau terpaksa menadahnya dengan baldi. Kesan dari itu, lantai parquet di bilik tidur telah mulai terkopak. Terlebih dahulu saya perlu mencari punca kenapa siling dibilik tidur utama itu sentiasa basah. Untuk itu, saya telah melihat kawasan tangki air dan mendapati lantai/slab digenangi air. Tangki air juga diperiksa namun tiada kebocoran pada tangki air. Ini bermakna terdapat bahagian pada lantai/slab yang bocor. Sila lihat proses membaiki lantai/slab dibawah ini.
Keadaan lantai/slab yang sentiasa basah dan lapisan simen telah
pecah. Pokok renek telah tumbuh di situ dan akarnya pula telah
mula menjalar ke saluran air.
Mendapan keladak pada dasar tangki.
Proses membuka tangki air dan sistem perpaipannya.
Lantai/slab yang sentiasa basah.
Proses memecah simen yang terkopak dan membersihkan
semula lantai/slab sebelum proses menyapu water proofing dilakukan.
Water proofing jenama SIKA
Menyapu water proofing dan batu tapak tangki dan dibiarkan kering.
Proses ini dilakukan berulang kali bagi mempastikan lantai/slab ini tidak
bocor semula.
Setelah lantai/slab betul-betul kering barulah tangki air dan
Hari ini saya akan tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu membaiki floor trap yang tersumbat di 2 rumah pelanggan yang berlainan. Seorang tinggal di Bandar Baru Bangi dan seorang lagi di Sentul, Kuala Lumpur. Permasalahan yang dihadapi adalah sama iaitu floor trap tersumbat. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini.
RUMAH 1 (SENTUL, KUALA LUMPUR)
Ini adalah floor trap yang tersumbat. Floor trap ini dipenuhi
air dari sinki dapur yang tidak dapat mengalir ke lubang
manhole kerana tersumbat.
Ini adalah lubang manhole yang terdapat dibahagian belakang rumah.
Ini adalah proses mengepam saluran floor trap.
Setelah dipam berulang kali barulah air dapat mengalir dengan lancar
ke lubang manhole.
RUMAH 2 (BANDAR BARU BANGI)
Ini adalah lubang manhole yang telah dipasang jubin. Lubang manhole
ini terdapat dibahagian dapur rumah.
Beginilah keadaannya apabila air dari sinki tidak dapat mengalir
ke dalam lubang manhole. Ia akan sentiasa bertakung
di floor trap. Ini akan menyebabkan ruang dapur berbau busuk.
Proses mengepam dilakukan beberapa kali sehingga
air akan mengalir dengan lancar ke lubang manhole.
Telah siap sepenuhnya dan air telah mengalir dengan lancar ke
Saya dihubungi oleh En. Syamsul pemilik FISKE STEAKHOUSE yang sangat terkenal di Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur pada awal Januari yang lalu. Beliau mahu memasang 1 unit tangki stainless steel bagi menampung keperluan air di restoran milik beliau. Oleh itu, saya telah mengesyorkan untuk memasang 1 unit tangki air stainless steel jenama LSL. Pemasangan tangki air stainless steel dan water pump jenama HITACHI telah dibuat pada bulan Januari yang lalu. Dibawah ini saya tunjukkan proses-proses pemasangan tangki dan water pump tersebut.
Pada awal bulan April yang lalu pula, En. Syamsul telah menghubungi saya sekali lagi kerana beliau mahu menambah lagi tangki air. Tangki air yang ada adalah 3 unit, iaitu 1 unit tangki stainless steel dan 2 unit tangki poly. Kali ini beliau mahu menambah tangki poly yang berkapasiti 600 gelen sebanyak 2 unit. Penambahan tangki ini perlu dibuat kerana kawasan Lembah Kelang telah mengalami catuan air. Adalah sukar untuk menjalankan perniagaan makanan sekiranya bekalan air tidak mencukupi.
Tangki air stainless steel yang telah mendapat pengiktirafan dari
IKRAM dan SIRIM.
Pemasangan tapak tangki air dengan menggunakan panel besi.
Setelah itu tangki dinaikkan dan barulah papan disusun pada rangka besi.
Kemudian water pump dipasang termasuk penyambungan sistem perpaipannya.
Water pump jenama HITACHI GX series dengan 150 watts.
2 unit tangki poly baharu jenama KOSSAN yang
berkapasiti 600 gelen setiap unit.
Pemasangan water pump jenama HITACHI dan sistem perpaipannya.
Water pump ini dipasang bagi mengepam air dari tangki poly dan dipam
masuk ke tangki simpanan stainless steel.
2 unit tangki poly yang telah siap dipasang dan sedang diuji.
Tiada kebocoran pada tangki, serta ball valve berfungsi dengan baik.
Ini adalah proses mencuci 2 unit tangki poly yang sedia ada.
Water pump jenama HITACHI ini dibuka semula kerana ia sentiasa terhenti secara
tiba-tiba dan tidak dapat mengepam air ke tangki simpanan (stainless steel) secara
berterusan. Water pump HITACHI akan berfungsi dengan baik sekiranya ia di
pasang mengikut tekanan graviti iaitu mengepam air dari atas dan disalurkan kebawah.
Sekiranya pengepaman air dari bawah dan disalurkan ke atas, ia memerlukan
satu daya yang lebih tinggi. Oleh itu, saya telah menukar water pump tersebut
kepada water pump jenama TSUNAMI dimana penggunaannya yang lebih efektif.
Water pump jenama TSUNAMI. Sila lihat penerangan mengenai water pump
jenama ini dibawah.
Nota;
Water pump jenama TSUNAMI adalah satu produk dari Jepun. Produk ini telah dinaiktaraf dengan sistem pam automatik yang berteknologi tinggi. Ia mempunyai sistem pengawalan kering PCB ditambah dengan sistem kawalan kebocoran. Ciri-ciri tambahan yang lain ialah kawalan permulaan secara elektronik, sistem perlindung masa, elektrik, kejutan dan pelbagai ciri lagi.
Water pump jenama TSUNAMI ini sangat luas pengunaannya. Ia termasuk mengepam air dari telaga/perigi, sungai, air paip samada air panas atau sejuk dan ia sangat sesuai untuk mengepam air bersih seperti dari tangki tadahan. Selain dari itu penggunaan pam ini juga sangat praktikal, ekonomik dan mudah untuk digunakan.
Apabila water pump TSUNAMI ini dipasang, pengguna hanya perlu memusing tapnya sahaja dan ia akan beroperasi dan berhenti secara automatik apabila paras air didalam tangki itu sudah mencapai paras yang dikehendaki (level).
KELEBIHAN WATER PUMP TSUNAMI: - penjimatan penggunaan air dan penyelenggaraan. - penjimatan penggunaan tenaga elektrik. - mempunyai sistem kawalan kepanasan (over heating protection). - penutup yang mempunyai anti karat. - kurang bunyi (adakalanya tiada bunyi langsung). - kuat dan tahan lasak. - kapasiti aliran yang maksimum adalah 34 liter seminit. KEKURANGAN WATER PUMP TSUNAMI: Water pump jenama TSUNAMI ini hanya memberi waranti selama 1 tahun sahaja manakala produk-produk yang lain memberi waranti sehingga 5 tahun atau lebih bergantung cara pemasangan dan penggunaannya.
Hari ini saya tunjukkan proses mengecat di rumah Cikgu Noraini yang tinggal di Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor. Mengecat rumah Cikgu Noraini ini adalah entri terakhir dalam proses membaikpulih rumahnya. Di entri ini saya hanya dapat menunjukkan proses mengecat di kawasan luar rumah sahaja kerana gambar-gambar sewaktu mengecat dibahagian dalam rumah tiada dalam simpanan saya.
Sepertimana yang telah diketahui, kebocoran pada tangki air dan juga lantainya telah menyebabkan air memasukki ke bahagian ruang tamu dan juga hadapan rumah. Akibat terlalu lama terdedah kepada keadaan yang lembab, beberapa bahagian di dinding hadapan telah di tumbuhi kulat dan fungus. Manakala cat asal telah terkopak. Sila lihat dibawah ini proses mengecat yang telah dilakukan.
Bahagian hadapan rumah Cikgu Noraini.
Kulat dan fungus yang terdapat dibeberapa bahagian hadapan rumah.
Ini adalah proses mengikis cat lama yang telah terkopak.
Menggunakan water jet bagi membersih tompokan-tompokan kulat dan fungus.
Menyapu cat alat/undercoat terlebih dahulu barulah cat warna disapu.
Cikgu Noraini memilih kombinasi cat berwarna putih dan kelabu.
Cikgu Noraini mahu pintu utama rumahnya ditukar kepada pintu kayu jenis solid. Pintu jenis ini adalah lebih tebal dan berat. Pintu yang lama berukuran 38" iaitu lebih besar dari saiz standard. Pintu yang bersaiz standard adalah 34". Oleh itu, bingkai pintu akan dibuat kecil sedikit dari ukuran yang lama.
Ini adalah pintu utama jenis kayu.
Ini adalah proses mengambil sukatan dan membuka bingkai pintu.
Bingkai pintu yang lama adalah jenis kayu yang telah reput dimakan anai-anai.
Proses memasang bingkai pintu yang baru. Ia dibuat
Hari ini saya tunjukkan proses mengilat lantai (polishing) dirumah Cikgu Noraini. Proses mengilat lantai ini dilakukan dengan 9 proses bermula dengan membersih lantai (grinding) dari segala kekotoran dan juga kesan-kesan calar yang terdapat dipermukaan lantai barulah proses mengilat lantai (polishing) dilakukan.
Lantai marble yang terdapat di ruang tamu, makan dan bilik tidur utama.
Lantai marble kelihatan kusam.
Ini adalah proses 'grinding dan polishing'.
Lantai yang telah di polish kelihatan berkilat.
Nota:
1. Proses 'grinding' lantai menggunakan 'Diamond Abrassive Disc'.
2. Terdapat 6 gerigi pada disc yang setiap satunya mempunyai berbiji-biji mata berlian
3. Proses 'grinding' ini bermula dengan grit 100, 200, 400, 800, 1500, 2000 hingga ke 3000.
4. Proses ini dilakukan sebanyak 7 langkah agar segala kekotoran dan kesan calar dapat dibersihkan.
5. Proses 'polishing' menggunakan serbuk pengilat bagi memperbaiki semula permukaan lantai.
6. Proses ini menggunakan mesin yang mesra persekitaran dan ia amat berbeza dari mesin yang menggunakan sistem konvensional.
Kelebihan menggunakan mesin ini :
- kurang penggunaan air- lebih jimat dan tiada pembaziran berlaku.
- air tidak bertakung dikawasan yang sedang dibaiki.
- mesin ini tidak mengeluarkan bunyi yang kuat (senyap).
- mesin ini menggunakan sistem separa kering dan tidak menghasilkan debu.
- air yang terdapat dikawasan kerja akan disedut ke dalam bekal vakum dan tidak mengalir ke perpaipan. (water trap). Ia tidak akan menyebabkan saluran paip tersumbat.
Kerja-kerja membaikpulih bahagian bumbung dan dalam rumah Cikgu Noraini telah siap dilakukan, barulah bahagian pesiar kaki dibahagian belakang dapur rumahnya pula disimen. Hari ini saya tunjukkan proses menyimen bahagian tersebut. Bahagian belakang rumah yang telah lama tidak di dudukki, telah dipenuhi oleh rumput-rumput kecil dan bahan-bahan buangan.
Bahagian pesiar kaki yang akan disimen.
Ini adalah proses membancuh simen dan menyimen kasar.
Membiarkan simen kasar ini kering terlebih dahulu sebelum
disimen sekali lagi dengan simen licin.
Proses menyimen simen licin dan dibiarkan kering sepenuhnya.
Ini adalah proses membuang rumput dan menyimen dibahagian hadapan rumah.