facebook

Sabtu, 7 Disember 2013

MENUKAR POLY PIPE ELBOW

Puan May yang tinggal di Taman Nirvana, Ampang telah meminta saya membaiki  penyambung paip air jenis polycarbonate yang telah bocor dari meter ke filter air. Lihat dibawah ini proses membaiki penyambung paip air.

Ini adalah filter air. Bahagian yang bocor berbalut dengan cellotape berwarna kuning.

Cellotape yang telah dibuka dan kelihatan penyambung paip yang bocor itu.
Penyambung paip ini juga di sebut 'poly pipe elbow'

'Poly pipe elbow' yang telah ditukar baru.

Terdapat kesan pecah di 'polypipe elbow' yang lama.



No. Tel : 012-6379460




Rabu, 4 Disember 2013

MENUKAR BALL VALVE

Saya telah dihubungi oleh Puan Maduu yang tinggal di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang meminta saya melihat tangki air dirumahnya. Menurut Puan Maduu air dari tangki sentiasa melimpah keluar. Saya dapati bola tangki (ball valve) di tangki air tersebut telah rosak. Sila lihat dibawah ini.

Tangki air dirumah Puan Maduu.

Kesan karat yang terdapat di tempat letak tangki. Ini bermakna air yang melimpah
dari tangki telah lama.

Puan Maduu sedang  melihat proses menukar ball valve.

Ball valve yang telah berkarat dan rosak.

Ball valve yang baru telah diganti dan proses menguji ball valve.

Setelah siap sepenuhnya.


No. Tel : 012-6379460



Sabtu, 30 November 2013

MEMBUAT DAN MEMASANG SILING ATAP RUMBIA DIBAWAH BUMBUNG POLYCARBONATE

Hari ini saya akan tunjukkan cara pemasangan  atap rumbia yang telah dijadikan siling dibawah bumbung polycarbonate. Idea untuk memasang siling atap rumbia ini telah dicetuskan oleh pemilik rumah. Rumah bercirikan tradisional ini telah dipasang bumbung polycarbonate dibahagian garaj bagi mengelakkan hujan dan panas. Namun begitu, pemilik rumah terasa bahang panas apabila beliau sekeluarga bersantai dikawasan beranda rumah tersebut. Walaupun bumbung polycarbonate ini tahan lasak namun, ia akan menyerap haba panas apabila cuaca panas terik. Ini telah menyebabkan pemilik rumah mengambil satu inisiatif untuk memasang siling atap rumbia. Oleh itu, beliau telah menghubungi saya bagi membuat dan memasang siling atap rumbia dirumah beliau. Sila lihat proses mula mengambil ukuran, membina kerangka kayu dan seterusnya memasang siling atap rumbia dibawah ini.

Ini adalah bumbung polycarbonate yang telah dipasang dibahagian garaj. Pemilik rumah telah
memilih bumbung polycarbonate yang berwarna hijau.

Proses pertama yang dilakukan adalah mengambil ukuran bagi membina kerangka kayu. Setelah itu, barulah kerangka kayu tadi dipotong mengikut ukuran yang diambil.

Proses kedua adalah pemasangan kerangka kayu tersebut. Jarak diantara satu kedudukkan
paku itu adalah 2".

Proses ketiga adalah pemasangan atap rumbia. Pemasangan ini haruslah tepat dan teliti
kerana sekiranya terdapat sedikit ruang kosong maka air hujan akan masuk melaluinya.
Kerangka dan siling atap rumbia ini dipasang dibahagian hujung (awning).

Ini pula adalah proses mengambil ukuran sebenar bumbung polycarbonate. Lampu dan wiring
dibuka terlebih dahulu.

Kerangka kayu yang telah dipasang dibawah bumbung polycarbonate. Paku telah dipasang 
dikerangka kayu itu berjarak 2" diantara satu dengan lain.

Proses menyusun atap-atap rumbia.

Atap rumbia yang telah disusun mengikut jarak yang telah ditetapkan.
Ia kelihatan kemas dan teratur.

Gambar ini menunjukkan atap rumbia yang telah dipasang dibahagian hujung yang dijadikan
awning dan bahagian siling garaj.

Siling atap rumbia yang telah dipasang dengan penuh ketelitian.


Setelah kesemua bahagian siling garaj dipasang dengan atap rumbia, barulah
wiring dilakukan semula dan seterusnya lampu dipasang.

Beginilah pemandangan dari bahagian hadapan rumah. Siling atap rumbia
yang telah dipasang dibahagian garaj dan juga hujung (awning).


No. Tel : 012-6379460



Jumaat, 29 November 2013

PAIP BOCOR DALAM DINDING

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Cheras, Kuala Lumpur tempohari. Beliau memaklumkan kepada saya paip air dirumah beliau bocor didalam dinding. Dibawah ini saya tunjukkan proses membaiki paip air yang bocor ini.

Ini adalah paip air yang telah patah didalam dinding. Saya telah membuka 
tempat penyambungan paip  bocor itu. Ia bagi membolehkan satu
penyambungan paip baru dilakukan. Sebelum itu, tempat yang bocor 
dibersihkan terlebih dahulu.

Ini adalah bahagian paip air yang bocor/patah didalam dinding.

Setelah penyambungan paip baru dilakukan, bahagian yang berlubang itu
telah disimen semula.

Telah siap sepenuhnya, tiada lagi air bocor didinding.



No. Tel : 012-6379460




Rabu, 27 November 2013

TUKAR BALL VALVE

Saya telah dihubungi oleh Puan Farah yang tinggal di Kajang, meminta saya melihat tangki airnya. Saya dapati air ditangki beliau tidak melepasi paras yang sepatutnya. Ini bermakna ball valve yang terdapat ditangki air telah tidak berfungsi. Sila lihat gambar-gambar dibawah dan penerangannya.

Ini adalah ball valve yang telah rosak.  Fungsi ball valve ini adalah mengawal keluar
masuk air. Ada 2 kemungkinan akan berlaku sekiranya ball valve ini rosak. Yang pertama
ia tidak dapat mengawal air keluar. Oleh itu, ia boleh menyebabkan air akan
melimpah keluar walaupun tangki telah penuh. Yang keduanya pula, ia tidak dapat
mengawal air masuk ke tangki. Ini bermakna air yang masuk ke tangki hanya sedikit sahaja.

Saya telah menukar 1 unit ball valve yang baru jenis tembaga.

Ini adalah proses menguji ball valve serta memenuhkan tangki air.



No. Tel : 012-6379460



Isnin, 25 November 2013

PROSES MEMASANG SINKI BARU JENIS CERAMIC DI TAMAN MULIA JAYA, AMPANG

En. Faizal yang tinggal di Taman Mulia Jaya,Ampang telah meminta saya memasang 1 unit sinki jenis ceramic di tandas utama rumah beliau. Dibawah ini saya tunjukkan proses pemasangan sinki ceramic itu.

Ini adalah tempat dimana sinki ceramic itu akan dipasang. Sinki lama telah 
dikeluarkan.

Ini adalah proses membersih dah membuang kekotoran yang terdapat
di tepi lubang sinki. Terdapat kesan gam, simen dan pecahan sinki yang 
lama.

Ini adalah sinki ceramic yang telah siap dipasang termasuk memasang
paip air dan bottle trap. Ia juga telah diuji.



No. Tel : 012-6379460



Sabtu, 23 November 2013

TUKAR TANGKI AIR JENIS STAINLESS STEEL JENAMA LSL

Saya dihubungi oleh En. Izzwanul yang tinggal di Cyberjaya. Beliau mahu menukar tangki air yang lama. Tangki air yang lama telah bocor di beberapa bahagian. Air dari tangki sentiasa mengalir keluar dan menyebabkan satu pembaziran. Tangki air lama adalah dari jenis poly yang berkapasiti 300 gelen telah dibekal oleh pihak pemaju. Sila lihat proses-proses pemasangan tangki air jenis stainless steel dibawah ini.

Ini adalah tangki air jenis poly yang berkapasiti 300 gelen.

Gambar ini menunjukkan kebocoran tangki air berlaku dibeberapa tempat.

Ini adalah proses membuang air dari tangki poly. En. Izzwanul meminta tangki
air yang baharu di letakkan di tapak asal. Oleh itu, tangki air yang lama
akan dikeluarkan.

Ini adalah tangki air jenis stainless steel jenama LSL yang berkapasiti 200 gelen.

Tangki air yang telah dinaikkan dan akan ditempatkan ditapak asal.

Proses membetulkan kedudukkan tangki air sebelum membuat pemasangan 'piping.

Pemasangan dan penyambungan 'piping' telah dilakukan.

Ini adalah proses mengisi air kedalam tangki air yang baru. Disamping itu,
menguji sistem 'piping' yang telah dibuat.


Ini adalah gambar tangki air jenis stainless steel yang telah siap dipasang dan diuji sepenuhnya.
Tangki air stainless steel ini telah mendapat kelulusan dari IKRAM dan SIRIM.

NOTA:
Kelebihan mengguna tangki air  jenis stainless steel :
  1.  Tangki air jenis ini tahan panas dan tidak akan meleding walaupun berada dibawah matahari yang terik.
  2.  Tahan karat - air akan kekal jernih dan bersih.
  3. Tidak berkarat dan kalis bocor - ini bermakna ia adalah satu pelaburan jangka panjang yang mana tidak  perlu menukar kepada pelbagai jenis tangki air lagi.
  4.  Ia dapat mencegah pertumbahan kulat dan alga yang biasa terdapat didalam tangki-tangki air lain.
  5.  Reka bentuknya yang dinamik boleh mencegah serangga dari memasukki dan membawa penyakit air.
  6.  Titik perlepasan (discharge point) yang terletak dibahagian bawah tangki bertujuan memudahkan pembuagan enap cemar ataupun baki air apabila mencuci tangki air dilakukan.
  7.  Tangki air ini adalah ringan dan mudah untuk memasangnya.
  8.  Harga mampu milik dan satu pelaburan jangka panjang
Sumber maklumat dari http://www.lsl.com.my/


No. Tel : 012-6379460