facebook

Rabu, 20 November 2013

MEMBUAT PENYAMBUNGAN PAIP AIR TERUS DARI METER (BY PASS)

En. Khairul Rizal yang tinggal di Lestari Putra, Puchong telah menghubungi saya dan mahu menukar tangki air. Ini adalah kerana tangki air yang lama telah bocor. Sebelum ini, beliau telah memanggil beberapa kontraktor bagi menampal semula bahagian-bahagian di tangki air yang bocor itu. Namun kebocoran  masih lagi berlaku. Oleh itu, saya mencadangkan agar menukar tangki air baru ataupun membuat penyambungan paip terus dari meter (by pass).
Menurut En. Khairul Rizal, beliau belum mempunyai kewangan yang cukup untuk menukar tangki air lalu beliau meminta untuk membuat penyambungan paip terus dari meter sahaja.

Tangki air lama - kelihatan air yang sentiasa menitik ke lantai.


Terdapat kesan karat dan bocor dibeberapa bahagian tangki air.

Proses penyambungan paip air terus dari meter dilakukan. Saluran paip yang
telah disambung ke tangki air dipotong.

Saluran paip yang baru disambung bagi membolehkan air disalur terus ke
bilik-bilik air.

NOTA:
Penyambungan paip air terus dari meter (by pass), adalah salah satu kaedah bagi rumah kediaman yang tidak mempunyai tangki air (air simpanan). Kebaikkan kaedah ini adalah mendapat air yang berterusan manakala keburukkannya pula adalah bil air mungkin akan meningkat sedikit sekiranya penggunaan air tidak dikawal. 


No. Tel : 012-6379460




Isnin, 18 November 2013

MENUKAR FLOOR TRAP JENIS STAINLESS STEEL

Dr. Norin yang tinggal di Taman Kosas, Ampang telah meminta saya menukarkan floor trap lama di rumah beliau. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini proses menukar floor trap dan kebaikkannya.


Floor trap yang terdapat dibilik air utama.

Floor trap yang lama adalah jenis plastik. Floor trap jenis ini akan sentiasa 
menakung air. Oleh kerana ia sentiasa menakung air, tandas akan
mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Ini adalah floor trap jenis stainless steel. Floor trap jenis ini tidak menakung air
dan boleh men'nyah' bau. Bermakna ia tidak akan meninggalkan bau-bauan
yang kurang menyenangkan selepas tandas digunakan.

Floor trap stainless steel ini  adalah lebih mahal daripada jenis plastik namun
fungsinya lebih baik daripada jenis plastik.



No. Tel : 012-6379460



Sabtu, 16 November 2013

MENGENALPASTI PUNCA BUMBUNG BOCOR DI BANDAR BARU BANGI

En. Kazidi  yang tinggal di Jalan Wawasan 5, Bandar Baru Bangi telah menghubungi saya dan meminta untuk mengenalpasti bahagian manakah bumbungnya yang bocor. Ini adalah kerana terdapat tompokkan air di siling rumah apabila hujan. Untuk mengenalpasti puncanya, saya telah naik ke atas bumbung. Saya dapati susun atur atap genting adalah betul. Sila lihat gambar dibawah untuk penerangan selanjutnya.

Ini adalah ruang meletak tangki air yang terdapat diatas bumbung.

Dibahagian tepi ruang meletak tangki air itu terdapat beberapa bahagian yang mana
simennya telah terkopak dan telah menyebabkan air hujan yang turun mengenai
penutup tangki dan mengalir ke situ. Itulah puncanya kenapa ada air yang masuk ke
dalam rumah En. Kazidi. 

Kaedah menutupi simen yang telah terkopak itu ialah, dengan menyimen semula
serta memasang zink (zinc flacing) dimana punca  kebocoran itu berlaku.

NOTA:
Walaupun punca kebocoran ini nampak mudah, sekiranya ia tidak dibaiki ia berkemungkinan akan merosakkan siling rumah.

No. Tel : 012-6379460



Rabu, 13 November 2013

MEMBAIKI SINKI TERSUMBAT

Puan Asniesa yang tinggal di Wangsa Maju, Seksyen 6, Kuala Lumpur telah menghubungi saya bagi membaiki sinki dapur rumahnya yang tersumbat. Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambar yang telah diambil sewaktu saya membaiki sinki dapur tersumbat dirumah beliau.

Ini adalah sinki dapur yang tersumbat itu.

Ini adalah saluran paip yang terdapat dibawah sinki. Saya mengesyaki 
bahagian yang tersumbat itu disini.

Setelah saluran paip dibuka, kelihatan lelemak yang telah membeku dan
menutupi saluran paip tersebut. Beginilah keadaannya.

Saluran paip yang telah dipenuhi dengan lelemak beku itu saya potong.
Kemudian saya menggantikan dengan saluran paip yang baru.

Saluran paip  yang telah diganti baru dan  tiada lagi air yang bertakung
di sinki.

NOTA
Saya terpaksa memotong saluran paip tersebut kerana lelemak yang telah membeku disitu telah mengeras dan sukar untuk dicairkan. Walaupun telah menggunakan kaedah menyiram air panas dan mengepam namun lelemak itu masih lagi tidak mencair. Oleh itu, kaedah yang kedua dilakukan dengan memotong saluran paip dan membuat penyambungan semula.



No. Tel : 012-6379460



Isnin, 11 November 2013

MEMASANG CERMIN MUKA

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur bagi membagi memasang cermin muka yang baharu di bilik air utama rumah beliau. Entri kali ini adalah ringkas sahaja. Anda dapat melihat proses membuka dan memasang cermin dibawah ini.

Ini adalah cermin muka yang lama yang terdapat dibilik air tersebut.

Cermin muka yang lama telah dibuka.

Cermin muka yang baharu telah siap dipasang.






Jumaat, 8 November 2013

MEMBUAT DAN MEMASANG AWNING METAL DECK

Saya telah diminta oleh En. Mohd Kufian yang tinggal di Kristal Height Apartment, Taman Sri Gombak untuk membekal dan memasang awning di balkoni dan tingkap bilik. Beliau mahu memasang awning dari atap jenis metal deck. Gambar-gambar dibawah ini adalah proses membuat kerangka kayu dan memasang awning metal deck.

En. Mohd Kufian tinggal di unit apartment dibahagian bawah. Tujuan beliau 
memasang awning adalah untuk mengelak tempias air hujan dari memasukki
rumah beliau. Ini adalah unit apartment beliau sebelum dipasang awning.

Ini adalah proses membina kerangka kayu bagi pemasangan awning. Kerangka kayu
bersaiz 2" x 3" dibina bagi pemasangan awning dibalkoni dan tingkap bilik.

Setelah kerangka kayu dibina mengikut saiznya kemudian ia dipasang dibalkoni dan tingkap
bilik. Ini adalah proses mengecat kerangka kayu dengan cat berwarna coklat.

 Awning metal deck yang telah siap dipasang. Untuk balkoni, awning metal deck
adalah berukuran 6' x 4' dan tingkap bilik pula berukuran 7' x 3'.


No. Tel : 012-6379460




Sabtu, 2 November 2013

CUCI TANGKI

Hari ini saya hanya akan tunjukkan gambar proses mencuci tangki. Sebelum ini saya telah beberapa kali menyiarkan entri bagaimana proses mencuci tangki air dilakukan.

Tangki air yang kotor dan berkeladak dicuci. Kemudian air yang kotor tadi dibuang.

Terdapat kesan kebocoran pada tangki air ini.

Bahagian yang bocor  telah disapu dengan sealant.

Tangki air yang telah dibersihkan sepenuhnya.


No. Tel : 012-6379460