facebook

Khamis, 17 Januari 2013

PEMASANGAN CORNISH

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar sewaktu memasang cornish, dirumah rakan Cikgu Din yang tinggal di Apartmen Sri Wira, Ukay Perdana, Ampang, Selangor.

GAMBAR 1
Pemilik rumah telah memilih untuk memasang cornish berbentuk bunga ros diatas siling dirumahnya.



GAMBAR 2
Gambar ini menunjukkan siling yang belum diletakkan cornish.


GAMBAR 3
Gambar-gambar ini pula menunjukkan sewaktu dan selepas cornish siap dipasang.


No. tel : 012-6379460




Rabu, 16 Januari 2013

MEMASANG JUBIN LANTAI

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar pemasangan jubin lantai dibilik tidur. Projek pemasangan jubin lantai bilik ini adalah sambunngan daripada projek membina 'table top' di rumah rakan Cikgu Din yang tinggal di Apartmen Sri Wira, Ukay Perdana, Ampang, Selangor.

GAMBAR 1
Lantai yang asal jenis parquet. Proses membuka lantai parquet.


GAMBAR 2
Proses memasang jubin lantai bilik menggunakan jubin bersaiz 2' x 2' jenis berkilat.


GAMBAR 3


Gambar ini menunjukkan jubin lantai bilik tidur yang telah siap dipasang sepenuhnya.



No. tel : 012-6379460




Isnin, 14 Januari 2013

PROSES MEMBINA TABLE TOP (KABINET DAPUR)

Projek memecah dan membina 'table top' ini telah dilakukan pada bulan November yang lalu. Cikgu Din yang tingga di Apartmen Sri Wira, Ukay Perdana, Ampang, Selangor telah meminta saya membina 'table top' di rumah rakannya. Saya tunjukkan bagaimana table top tersebut dibina.

GAMBAR 1
Ini adalah kabinet dapur yang asal. Pemilik rumah ini mahu membina table top yang lurus memanjang dan yang bersesuaian dengan ruangan dapurnya. Setelah kabinet dapur yang lama dipecahkan proses membina kabinet dapur yang baru dimulakan.


GAMBAR 2
Proses membina bermula dengan menyusun batu bata dan seterusnya menysusun besi brc (kerangka) simen. Setelah itu, proses mengeringkan simen tadi mengambil masa sehari. 


GAMBAR 3
Pemilik rumah memilih jubin berkilat bersaiz 2' x 2'. Setelah jubin siap dipasang, pemasangan siniki dapur pula dilakukan dan juga dapur memasak.


No. tel : 012-6379460




Jumaat, 11 Januari 2013

TEKANAN AIR RENDAH - PEMASANGAN PAM DAN TANGKI AIR

Saya telah dihubungi oleh Puan May yang tinggal di Taman Nirwana, Ampang, Selangor tempohari. Beliau telah meminta saya memasang pam dan tangki air tambahan bagi keperluan rumahnya memandangkan  bekalan air di negeri Selangor terutamanya dikawasan Ampang amat terhad sekarang ini. Saya pernah memasang water pump dirumah Puan May sebelum ini. Lihat entrinya di sini. Pemasangan pam dan tangki air tambahan ini dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pemasangan pam dan tangki air tersebut bertujuan untuk menyalurkan air naik ke tangki utama  memandangkan tekanan air yang terlalu rendah. Dibawah ini saya tunjukkan bagaimana ia dilakukan.


GAMBAR 1
Pertama sekali, sebelum proses pemasangannya  dilakukan saya harus mengenalpasti dibahagian manakah yang sesuai untuk diletakkan pam dan tangki air itu. Setelah itu, barulah dibina tapak yang diperbuat dari kayu dan papan.


GAMBAR 2
Saya menggunakan pam jenama Hitachi jenis automatik yang diperbuat di Jepun. Sila lihat perincian mengenai pam ini dibawah.

 GAMBAR 3
 Gambar ini menunjukkan bagaimana proses penyambungan air dari water filter ke tangki dan dari water pump ke tangki utama. Saya juga menggunakan 'one way valve'. Ia bertujuan menghalang air daripada masuk semula ke water filter.

GAMBAR 5
Setelah proses penyambungan pam dan salurannya dilakukan, proses pemasangan tangki serta fitting pula dilakukan. Gambar yang keempat menunjukkan ball valve sedang diuji bagi memastikan ia berfungsi dengan baik dan tiada kebocoran. 

GAMBAR 6
Ini adalah gambar setelah kesemua proses siap dilakukan. Tangki air dan pam yang telah diuji tidak mengeluarkan bunyi yang bising.

NOTA

'Geganti pam air' (Water pump relay) akan berhenti beroperasi buat sementara waktu apabila kepala pam (pump heads) menjadi panas. Ia bertujuan mencegah kepala pam (pump heads) dari rosak/cacat. Tangkinya pula diperbuat dari keluli tebal dan disalut dengan 3 lapisan agen anti karat. Manakala badan tangki telah diperbuat dari logam yang telah diwarnakan. Ia bertujuan untuk mengekalkan ketahanannya dari sinaran matahari serta kelihatan menarik. Pam ini diperbuat dari tembaga yang tahan karat dan hakisan. Selain itu terdapat 3 pilihan saluran air 'output' dimana pemasangan yang lebih meluas dan flesibel.

Sumber rujukan : http://hitachiconsumer.com.my


No. tel : 012 - 6379460




Isnin, 7 Januari 2013

TANGKI AIR BOCOR (TUKAR BARU)

Hari ini saya tunjukkan proses menukar tangki air di rumah Puan Nabila yang tinggal di Wangsa Melawati. Puan Nabila tinggal dirumah teres dua tingkat, masalah tangki air yang bocor ini telah menyebabkan air sentiasa mengalir sehingga ke bawah dan banyak peralatan elektrik serta perabot Puan Nabila yang telah rosak. Dia telah meminta saya menukar tangki air tersebut. Sebelum ini saya pernah siarkan penukaran tangki air di sini. Dibawah ini saya akan tunjukkan dengan lebih terperinci bagaimana proses menukar tangki dilakukan dan rupa tangki yang bocor itu.

GAMBAR 1
GAMBAR 1 - ini menujukkan perkara pertama yang dilakukan setelah atap bumbung dan kayu kerangka dibuka , tangki air yang lama akan dikeluarkan. Proses ini memerlukan 2 orang untuk mengangkat keluar tangki air tersebut.

GAMBAR 2

Gambar 2 - ini pula menunjukkan bagaimana tangki air yang baru dinaikkan ke atas bumbung. Untuk makluman proses menukar tangki air ini dilakukan pada waktu pagi.

GAMBAR 3
Gambar 3 - disinilah tapak tangki air yang baru akan diletakkan.

GAMBAR 4

Setelah tangki air yang baru dinaikkan, ia diletakkan semula ditempat asalnya. Namun begitu saya telah menggantikan papan tapak tangki air dengan yang baru memandangkan papan lapis yang lama itu telah reput. Didalam gambar ini juga menunjukkan  bagaimana proses pemasangan bola tangki dan 'fitting'nya dilakukan.

GAMBAR 5
Gambar 5 -  ini menunjukkan sistem bola tangki air (ball valve) yang telah rosak. Ia tidak dapat mengawal pengaliran dan pengeluaran air. Ini adalah salah satu punca mengapa air sentiasa mengalir.

GAMBAR 6
Gambar 6 - kelihatan tangki air ini yang telah berkarat dan terdapat beberapa bahagiannya yang telah pecah dan berlubang.


No. tel : 012 - 6379460




Jumaat, 4 Januari 2013

WATER PROOFING JENAMA SIKA

Saya telah dihubungi oleh Cik Salbiah dari Taman Putra Perdana, Putrajaya. Beliau  memberitahu terdapat  kebocoran dibeberapa bahagian dipejabatnya. Saya telah memanjat bumbung pejabatnya dan mendapati terdapat beberapa bahagian bucu lantai bumbungnya yang menyerap air. Begitu juga saluran air yang dipasang tidak panjang mengikut spesifikasinya. Saya akan menyiarkan saluran air di entri akan datang.


Walaupun pejabat yang didudukinya merupakan satu bangunan yang baru disiapkan, namun ia masih mengalami masalah kebocoran.
GAMBAR 1

Ini adalah proses pertama saya menyapu water proofing.

GAMBAR 2

Saya telah menyapu dibeberapa bahagian sudut bucu lantai dimana terletaknya tangki air. Saya dapati dibahagian ini terdapat keretakkan yang menjadi punca air itu menyerap masuk ke siling  pejabat.



Ini adalah produk yang saya gunakan sebagai water proofing bagi menghalang kebocoran berlaku.
Sila lihat video mengenai jenama SIKA ini.


Sika 1 Waterproof RenderAcceptable Unevenness


NOTA
SIKA - adalah satu jenama unggul dunia yang terbukti keberkesanannya kepada penyelesaian masalah penyerapan air. Syarikat ini telah beroperasi semenjak tahun 1910  dan mengeluarkan pelbagai produk yang berkualiti selain dari waterproofing. Hampir seluruh dunia menggunakan produk jenama SIKA ini.
SIKA WATERPROOFING - dicipta bagi menyelesaikan masalah penyerapan air. Ia diperbuat dengan mengguna pakai teknologi seperti :

  • berkonsepkan 'white box' iaitu menyatupadukan konkrit kedap air dan sendi-sendi pengalisan air.
  • PVC fleksibel yang berkualiti tinggi dan membran FPO dengan sistem kompartmen Polyurea yang unik dan bersalut poliuretana dan epoksi.
  • mengandungi sistem injeksi yang lengkap.
Waterproofing jenama SIKA ini boleh digunakan dibeberapa tempat seperti :
  • balkoni
  • tingkat bawah tanah (basement)
  • geladak anjungan (bridge deck)
  • terowong
  • kolam renang dan lain-lain lagi

Jenama SIKA juga diiktiraf oleh JKR.
No. tel : 012 - 6379460


POKOK TUMBANG - (MEMOTONG POKOK)

Kejadian ini berlaku pada pertengahan November 2012. Sebatang pokok besar telah tumbang di laluan utama Consist College (Training Centre) yang terletak di Hulu Klang, Selangor. Pada malam kejadian hujan yang turun dengan lebatnya telah menyebabkan pokok besar itu tumbang. En. Meor Azman adalah rakan lama saya. Beliau  meminta saya memotong pokok yang tumbang itu. Saya juga boleh memberi perkhidmatan memotong pokok.


GAMBAR 1

Ini adalah gambar pokok yang tumbang. Pokok yang tumbang itu telah menyebabkan akarnya tercabut sekali. Gambar ini diambil pada waktu malam hari kejadian.


GAMBAR 2

Gambar ini pula diambil sewaktu siang harinya. Batang-batang pokok yang telah dipotong pada malam hari telah disusun ditepi.


No. tel : 012 - 6379460