Ahad, 26 Ogos 2012
floor trap lama tukar baru
FLOOR TRAP
- Gambar disebelah kiri atas menunjukkan floor trap yang lama jenis PVC.
- Gambar disebelah kanan atas pula menunjukkan floor trap yang lama sedang dibuka untuk diganti baru.
- Kedua-dua gambar dibawah menunjukkan floor trap jenis Stainless Steel telah dipasang.
Saya telah melakukan penukaran floor trap ini di rumah Dr Sarah tempohari sewaktu saya memasang water pump.
Jumaat, 24 Ogos 2012
Sinki tersumbat
Kali ini saya tunjukkan insiden yang sering berlaku dirumah terutamanya didapur. Sinki tersumbat adalah satu masalah yang paling menyiksakan terutama dimusim perayaan. Insiden in berlaku di rumah Puan Nabilah dari KAMPUNG WARISAN, di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Ia berlaku pada malam raya tempohari. Sedang Puan Nabilah sibuk untuk menyediakan juadah hari raya timbul pula masalah ini. Lalu beliau menghubungi saya.
- Gambar diatas sebelah kiri menunjukkan sinki dapur yang dipenuhi air dan Puan Nabila telah cuba mengepam air keluar dari sinki tersebut tetapi tidak berhasil.
- Gambar diatas sebelah kanan pula menunjukkan punca air dari sinki tidak dapat mengalir keluar. Setelah saya membuka saluran paip itu dan mendapati ia telah diselaputi dengan lemak-lemak/minyak yang telah lama terkumpul dan telah membeku.
- Gambar dibawah sebelah kiri menunjukkan tiada lagi air yang bertakung di sinki dan pengaliran air berjalan lancar.
- Gambar dibawah sebelah kanan pula menunjukkan saluran paip yang lama telah dipotong dan diganti dengan yang baru dan saluran air masuk telah diganti dengan flexible hose.
Paip air pecah dibawah sinki
Bulan ramadan telah pun berlalu dan apa yang saya tunjukkan dibawah ini berlaku pada bulan ramadan juga. En. Mustapa dari Taman Bukit Indah, Ampang menghubungi saya bagi membaiki saluran paip air yang pecah di bawah singki. Saluran paip yang pecah telah menyebabkan air melimpah hingga ke ruang tamu En. Mustapa. Gambar-gambar yang saya ambil ini menunjukkan apa yang berlaku.
WATERLESS URINAL
Saya telah dipanggil oleh BALISYA TRADING untuk memasang 2 unit WATERLESS URINAL tempohari. WATERLESS URINAL ini telah dipasang di INTERNATIONAL SCHOOL KUALA LUMPUR, Ampang. Dibawah ini saya tunjukkan bagaimanakah rupanya WATERLESS URINAL ini.
Nota :
Waterless Urinal (Urinal tanpa air) GBH dihasilkan di Malaysia dibawah lesen daripada Waterless Co. LLC, sebuah syarikat yang diperbadankan di California, USA. Ia menggunakan teknologi terkini bertujuan menjimatkan penggunaan kuantiti air dalam proses mengumbahkan pengumbahan urinal (air kencing). Produk ini melambangkan kecanggihan teknologi yang telah terbukti keberkesanannya dan telah digunakan di USA sejak 1991.
Kepingan tengah dalam rekabentuk urinal tanpa air GBH ini menggunakan WATERLESS Co. LLC Eco-trap'K' yang telah diisi dengan WATERLESS BLUE SEAL K ('Seal biru' LLC tanpa air). 'Blue seal' adalah 95% terbiodegradasi dan direkacipta untuk bertindak sebagai penutup yang membenarkan air kencing mengalir melalui Eco-trap (Perangkap Eco) ke dalam laluan kumbahan bagi mengelak berlakunya aliran songsang iaitu bau busuk ke dalam tandas. 'Blue seal' dan 'Eco-trap' perlu diganti dari semasa ke semasa.
Sumber maklumat dari http//: www.gbhgroup.com.my
![]() |
| No. tel : 012 - 6379460 |
Khamis, 9 Ogos 2012
Water pump installation (Pemasangan pam air)
Saya telah dihubungi oleh Dr Sarah dari Taman Kosas, Ampang tempohari. Beliau telah membeli set 'Water Pump' dari BALISYA TRADING, di Batu Caves dan meminta saya untuk memasang set 'Water Pump' tersebut. Water Pump tersebut telah dipasang diatas siling berhampiran tangki air. Pemilihan tempat pemasangan water pump ini adalah pilihan Dr Sarah sendiri. Dibawah ini saya tunjukkan proses pemasangan water pump tersebut bermula dari penyediaan tapak, punca air masuk/keluar dan punca elektrik.
Untuk makluman semua, kerja-kerja pemasangan water pump ini mengambil masa lebih kurang 6 - 8 jam termasuk ujian kebocoran.
Nota :
Walaupun Dr Sarah berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dilakukan namun terdapat rungutan dari beliau kerana ganguan bunyi dari siling yang amat ketara sekali. Oleh itu, saya amat mengesyorkan sekiranya anda ingin memasang water pump pilihlah tempat yang sesuai untuk meletakkan water pump itu. Ini bagi mengelakkan getaran bunyi yang kuat dari water pump.
Untuk makluman semua, kerja-kerja pemasangan water pump ini mengambil masa lebih kurang 6 - 8 jam termasuk ujian kebocoran.
![]() |
| 012 - 6379460 |
Nota :
Walaupun Dr Sarah berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dilakukan namun terdapat rungutan dari beliau kerana ganguan bunyi dari siling yang amat ketara sekali. Oleh itu, saya amat mengesyorkan sekiranya anda ingin memasang water pump pilihlah tempat yang sesuai untuk meletakkan water pump itu. Ini bagi mengelakkan getaran bunyi yang kuat dari water pump.
Selasa, 7 Ogos 2012
PAIP BOCOR DIBAWAH SINGKI
Hari ini saya telah dipanggil oleh Puan Masitah dari Lembah Keramat. Beliau memberitahu terdapat kebocoran paip di bawah singki dapurnya. Kebocoran ini telah menyebabkan lantai dapur rumahnya sentiasa basah. Ini telah menyebabkan beliau berasa tidak selesa apabila memasak dan membasuh pinggan mangkuk. Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambarnya.
![]() |
Gambar ini menunjukkan saluran air yang bocor itu. |
Gambar ini menunjukkan saluran paip yang bocor tadi telah ditukarkan kepada saluran 'flexible hose'.
![]() |
| 012 - 6379460 |
Langgan:
Catatan (Atom)












