facebook

Jumaat, 24 Ogos 2012

WATERLESS URINAL

Saya telah dipanggil oleh BALISYA TRADING untuk memasang 2 unit WATERLESS URINAL tempohari. WATERLESS URINAL ini telah dipasang di INTERNATIONAL SCHOOL KUALA LUMPUR, Ampang. Dibawah ini saya tunjukkan bagaimanakah rupanya WATERLESS URINAL  ini.







Nota :

Waterless Urinal (Urinal tanpa air) GBH dihasilkan di Malaysia dibawah lesen daripada Waterless Co. LLC, sebuah syarikat yang diperbadankan di California, USA. Ia menggunakan teknologi terkini bertujuan menjimatkan penggunaan kuantiti air dalam proses mengumbahkan pengumbahan urinal (air kencing). Produk ini melambangkan kecanggihan teknologi yang telah terbukti keberkesanannya dan telah digunakan di USA sejak 1991.
Kepingan tengah dalam rekabentuk urinal tanpa air GBH ini menggunakan WATERLESS Co. LLC Eco-trap'K' yang telah diisi dengan WATERLESS BLUE SEAL K ('Seal biru' LLC tanpa air). 'Blue seal' adalah 95% terbiodegradasi dan direkacipta untuk bertindak sebagai penutup yang membenarkan air kencing mengalir melalui Eco-trap (Perangkap Eco) ke dalam laluan kumbahan bagi mengelak berlakunya aliran songsang iaitu bau busuk ke dalam tandas. 'Blue seal' dan 'Eco-trap' perlu diganti dari semasa ke semasa.

Sumber maklumat dari http//: www.gbhgroup.com.my



No. tel : 012 - 6379460



Tiada ulasan:

Catat Ulasan