facebook

Selasa, 12 Mac 2019

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR, CUCI TANGKI DAN WATER PROOFING TAPAK TANGKI DI KEMENSAH HEIGHT, ULU KLANG, SELANGOR

En. Razif yang tinggal di Kemensah Heights, Ulu Klang menghubungi saya dan meminta membaiki bumbung rumahnya yang bocor. Beliau juga memberitahu air hujan akan mengalir masuk melalui atas bumbung. Sebelum itu, saya memeriksa bumbung dan mendapati kayu papan manis telah reput. Disamping itu, lantai tapak tangki juga meresap air. Dibawah ini saya tunjukkan gambar dan penerangannya.

Ini adalah gambar kayu papan manis yang telah reput dan juga tempat tangki air.

Tapak tangki yang basah dan ditumbuhi pokok-pokok renek.

Proses memasang kayu papan manis. Sebelum ia dipasang, kayu papan manis yang telah reput itu dibuka terlebih dahulu. Atap genting diatas kayu papan manis itu juga dikeluarkan. Kayu papan manis ini selalunya diletakkan pada hujung atap ataupun pada pangkal atap. Kayu papan manis ini boleh mereput kerana atap genting yang telah gelongsor dari tempat asal. Faktor cuaca panas dan hujan juga boleh menyebabkan ia mereput. 

Ini adalah proses mencuci tangki. Kelihatan keladak pada dasar tangki. Tangki yang telah dicuci bersih akan dikeluarkan dan dibiarkan kering.

Ini adalah proses mencuci lantai tapak tangki. Pokok-pokok renek yang terdapat disitu telah dibuang.
Begitu juga dengan kayu pelapiknya.

Setelah dicuci lantai tapak tangki ini dibiarkan kering terlebih dahulu.

Lantai tapak tangki ini disapu dengan water proofing jenam SIKA107.

Setelah lantai tapak tangki ini kering barulah dipasangkan kayu pelapik tangki yang baharu. Kemudian tangki air lama diletakkan disitu. Sistem perpaipannya juga disambung semula.

Simen pada rabong yang telah merekah dikeluarkan dan disapu dengan sealant.

Ini adalah proses mengecat kayu papan manis dengan undercoat. Selepas itu ia akan dicat sekali lagi dengan cat warna.

Diatas kayu papan manis ini diletakkan zinc flacing. Selepas itu ia juga dicat dengan cat warna.

Kerja-kerja membaiki bumbung bocor, cuci tangki dan waterproofing tapak tangki telah siap dilakukan.



No. Tel / Whats App: 012 - 6379460



3 ulasan:

  1. sauna control box

    WAJA sauna is specialist manufacturer of top quality sauna products. Products include sauna rooms, steam rooms, barrel saunas, wooden hot tubs, and all kinds of sauna accessories.

    BalasPadam