facebook

Sabtu, 1 April 2017

MENUKAR PAIP ABS YANG BOCOR KEPADA PAIP PVC DI BUKIT MAHKOTA, BANGI, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Bukit Mahkota, Bangi, Selangor. Beliau memberitahu tangki air dirumahnya bocor. Beliau mengesyaki tangki air itu bocor  kerana siling dirumahnya lembab dan berkulat. Pada asalnya beliau meminta saya menukar tangki yang dikatakan bocor itu. 
Saya telah memeriksa tangki tersebut dan mendapati saluran paip ABS yang disambung ke tangki air yang bocor. Terdapat 2 bahagian yang bocor iaitu dibahagian penyambung atas dan  juga bawah. Dibawah ini saya terangkan dengan lebih lanjut.

Saluran paip ABS yang disambung ke tangki telah bocor.Ini adalah dibahagian atasnya.

Bahagian bawahnya juga bocor.

Saya telah membuka paip ABS dan memasang paip PVC yang baru.

Setelah siap dipasang saluran paip PVC, tiada lagi kebocoran.



NO. TEL/WHATS APP : 012-6379460
Emel : normalplumbing@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan