Sebelum ini juga saya telah memberitahu bahawa ramai yang telah menggunakan kaedah menyapu silikon ke bahagian lantai yang bocor. Begitu juga yang telah dilakukan oleh Cikgu Haliza. Beliau telah menyapu keseluruhan tandas dengan silikon namun ia tidak dapat bertahan lama. Apabila sering menggunakan tandas tersebut silikon akan mengembang dan mengalami kebocoran semula. Keadaan lantainya juga menjadi buruk.
GAMBAR 1
Beginilah keadaan lantai tandas yang telah disapu silikon pada keseluruhan lantai. Lantai tandas kelihatan keputihan dimerata tempat dan telah memburukkan jubin lantai.
GAMBAR 2
Gambar 2 - gambar ini menunjukkan lantai yang telah disapu dengan 2 lapisan water proofing. Tujuan saya menyapu dengan 2 lapisan water proofing adalah bagi memastikan lantai tandas benar-benar tahan. Kemudian saya akan pastikan lantai tadi kering sepenuhnya.
GAMBAR 3
Gambar 3 - Setelah saya pastikan lantai tandas yang telah disapu water proofing tadi betul-betul kering barulah proses memasang jubin lantai dilakukan. Pemasangan jubin lantai juga dibuat dengan teliti dan saya akan pastikan pekerja yang mempunyai kepakaran sahaja yang memasang jubin tersebut.
GAMBAR 4
Gambar 4 - ini adalah gambar-gambar yang diambil setelah kesemua proses membaiki semula lantai tandas dilakukan.
NOTA:
Proses membaikpulih lantai tandas ini mengambil masa 4 hingga 7 hari, ia bergantung kepada keluasan lantai dan cuaca. Bagi saya proses pengeringan lantai amat dititik beratkan kerana ketahanan jangka panjang bergantung kepada water proofing yang benar-benar kering.
No. tel : 012-6379460 |
Boss, berapa harga utk kerja-kerja di atas?
BalasPadam