facebook

Sabtu, 6 Oktober 2012

Saluran Air Kumbahan Tersumbat (2)

Hari ini saya dihubungi oleh En. Salleh yang tinggal di Saujana Impian, Kajang. Beliau memaklumkan saluran   air kumbahan dari bilik air dan saluran air kumbahan dari sinki dapur tersumbat. Setelah saya membuat pemeriksaan saya dapati masalah En. Salleh adalah sama seperti yang berlaku di rumah En. Halim di Wangsa Melawati, tempoh hari.

Sebelum ini saya pernah menyiarkan saluran air kumbahan yang tersumbat di rumah En. Halim. Tapi kali ini masalah yang dihadapi oleh En. Salleh hampir sama tapi tak serupa. Maksud saya, saluran kumbahan yang mengalirkan air kumbahan telah ditutup dengan lapisan jubin sepenuhnya. Oleh itu adalah sukar bagi saya untuk mencari dimana letakknya floor trap itu.



Walaupun saya telah mencuba beberapa kali mengepam air kumbahan agar ia keluar namun tidak berjaya. Bagi menyelesaikan masalah itu, saya harus memecah jubin lantai bagi mencari floor trap tersebut.



Saya telah mengesyorkan En. Salleh menghubungi semula kontraktor yang mengubahsuai rumahnya bagi mencari dimana letaknya floor trap tersebut. Hanya itulah caranya untuk menyelesaikan masalah disamping ia dapat mengurangkan kos yang bakal dikenakan kerana saya harus memecah lantai jubin tersebut.


Saya tunjukkan gambar-gambar yang telah saya ambil sewaktu membaiki saluran air kumbahan yang tersumbat itu. Nasihat saya sekiranya  anda ingin membuat ubahsuai rumah, pastikan floor trap tidak ditutupi oleh jubin. Tujuannya bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan sekiranya berlaku semula saluran air kumbahan tersumbat.


No. tel : 012 = 6379460



Tiada ulasan:

Catat Ulasan