facebook

Isnin, 7 Januari 2013

TANGKI AIR BOCOR (TUKAR BARU)

Hari ini saya tunjukkan proses menukar tangki air di rumah Puan Nabila yang tinggal di Wangsa Melawati. Puan Nabila tinggal dirumah teres dua tingkat, masalah tangki air yang bocor ini telah menyebabkan air sentiasa mengalir sehingga ke bawah dan banyak peralatan elektrik serta perabot Puan Nabila yang telah rosak. Dia telah meminta saya menukar tangki air tersebut. Sebelum ini saya pernah siarkan penukaran tangki air di sini. Dibawah ini saya akan tunjukkan dengan lebih terperinci bagaimana proses menukar tangki dilakukan dan rupa tangki yang bocor itu.

GAMBAR 1
GAMBAR 1 - ini menujukkan perkara pertama yang dilakukan setelah atap bumbung dan kayu kerangka dibuka , tangki air yang lama akan dikeluarkan. Proses ini memerlukan 2 orang untuk mengangkat keluar tangki air tersebut.

GAMBAR 2

Gambar 2 - ini pula menunjukkan bagaimana tangki air yang baru dinaikkan ke atas bumbung. Untuk makluman proses menukar tangki air ini dilakukan pada waktu pagi.

GAMBAR 3
Gambar 3 - disinilah tapak tangki air yang baru akan diletakkan.

GAMBAR 4

Setelah tangki air yang baru dinaikkan, ia diletakkan semula ditempat asalnya. Namun begitu saya telah menggantikan papan tapak tangki air dengan yang baru memandangkan papan lapis yang lama itu telah reput. Didalam gambar ini juga menunjukkan  bagaimana proses pemasangan bola tangki dan 'fitting'nya dilakukan.

GAMBAR 5
Gambar 5 -  ini menunjukkan sistem bola tangki air (ball valve) yang telah rosak. Ia tidak dapat mengawal pengaliran dan pengeluaran air. Ini adalah salah satu punca mengapa air sentiasa mengalir.

GAMBAR 6
Gambar 6 - kelihatan tangki air ini yang telah berkarat dan terdapat beberapa bahagiannya yang telah pecah dan berlubang.


No. tel : 012 - 6379460




9 ulasan:

  1. Salam.

    Boleh saya tau berapa anggaran untuk tukar tangki seperti di atas? Rumah saya juga mengalami masalah yg sama.

    Siti 0179573613

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Salam .Berapa anggaran kos tukar ganti tangki air dan pam sekali termasuk piping?Lokasi rumah ,Kg Sg Manggis,Banting Kuala Langat Tel 02 82375192

    BalasPadam
  4. salam. saya ada masalah . tetapi berkaitan dengan air dalam tangki. tuan ada cadangan bagaimana nak menyejukkan air dalam tangki? setiap kali cuaca panas, air yg keluar mmg panas dan saya ingatkan paip salir dr tangki ke bwh yg menjadi punca. zaman dulu , kalau sekejap panas boleh diterima. rasanya dgn keadaan air yg suam, tak perlu saya pakai water heater. terima kasih

    BalasPadam
  5. Assalam. Boleh sy tahu kos kerja penukaran di atas. AZIAH 0172435965.

    BalasPadam
  6. As'salam,

    Boleh saya tahu berapa anggaran kos untuk tukar tangki baru, buat piping dan tapak baru? Rumah jenis apartment G-floor. ANAS 012-4463171

    BalasPadam
  7. berapa kos tukar tangki baru? tangki di rumah retak and plumber quote RM5000. Standard price ke ni?

    BalasPadam
  8. Tukar tangki air - rumah teres satu tingkat. Kawasan taman sri andalas klang. Tangki biasa je. Berapa harga

    BalasPadam
  9. Salam..Saya mengalami masalah yg sama..Berapa kos tukar tangki air..Rumah apartment 4tingkat..Rmh saya tgkt 1..

    BalasPadam